Bab 11

7 5 1
                                    

               Punggung aku labuhkan ke atas tilam empuk katil, kakiku yang terjuntai tidak mencecah lantai aku hayunkan perlahan. Tubuhku di situ tetapi mindaku hanyut. Hanyut ke mana aku pun tidak pasti. Sama ada ke lautan yang meluas, ke langit yang meninggi atau daratan yang tidak berpenghujung. Satu persatu peristiwa hari ini menjengah mindaku sehinggalah ianya berakhir dengan satu keluhan yang aku tidak pasti atas sebab apa.

"Puteri, saya minta maaf." Suara sayu milik Emerald memanggil aku untuk kembali ke dunia realiti.

Kepala aku angkat sedikit mendongak untuk melihatnya yang sedang berdiri. Emerald tunduk sahaja. Sesuatu di tangannya menarik perhatian aku. Dulang yang ditatang berisi segelas susu bewarna merah jambu yang aku pasti berperisa strawberi dan juga satu pinggan putih yang di penuhi kira kira lima keping biskut coklat. Asap masih keluar dari kepingan biskut itu dan cip coklat masih kelihatan mencair, ini pasti baru siap dibakar ! Sedapnya !

"Puteri tak boleh maafkan saya ?" Suara takut takut dan sayu milik Emerald bergema buat kali kedua. Haih, aku ni pun satulah, boleh pula hanyut tengok makanan, ha sudahnya si Emerald rasa serbasalah.

"No worries, Emerald. Small matter." Aku ukir sedikit senyuman. Entah kenapa aku tidak terasa dengan tindakkan Emerald tetapi aku sedikit sedih kerana dia membenci Cecelia.

"Macam mana awak tahu saya suka susu strawberi ?" Aku mula mengubah topik perbualan.

Mahu mengungkit tentang Cecilia ? Aku rasa belum lagi waktunya. Biar sahaja Emerald sendiri memilih untuk membuka cerita. Aku pasti setiap perkara punya akar umbinya, punya punca dan penyebab kewujudannya. Siapalah aku untuk menghukum tanpa mengetahui kebenarannya.

"Sebab Puteri dari kecil hanya inginkan susu berperisa strawberi. Kalau yang coklat Puteri sakit perut, kalau yang putih Puteri loya. Jadi, ayahanda, Puteri pernah menurunkan arahan kepada kami untuk mencipta satu formula susu yang boleh diterima tubuh Puteri dan jawapannya berakhir dengan strawberi. Susu strawberi." Emerald berbicara yakin. Ada secalit senyuman terbit di hujung bibirnya, mungkin sedikit terhibur ? Atau itu merupakan memori yang indah ?

"Puteri tak mahu tahu mengapa saya membenci Cecelia ?" Emerald yang sudah duduk di sisiku sekali lagi berbicara. Entah kenapa soalan yang dia lontarkan mengusik tangkai hatiku. Hampir tersedak susu aku dibuatnya.

"Saya tak akan bertanya sehingga awak sendiri yang memilih untuk membicarakannya." Lantas kenyataan itu aku lontarkan. Aku tidak suka dipaksa, makanya, aku tidak akan pernah memaksa. Kepingan biskut coklat itu aku sua ke mulut sebelum satu gigitan aku ambil. Sedap ! Cair di mulut macam makan aiskrim !

"Cecilia adalah permulaan titik hitam hidup saya. Di hadapan saya, ibu dibunuh dengan kejam, ayah pula diseksa sehingga mati. Semua itu berlaku depan mata saya Puteri ! Di mana kerajaan Cecilia ketika itu ? Tiada. Kosong." Ada getaran aku dapat kesan dalam bicara Emerald, matanya pula kosong tiada reaksi. Dulang berisi susu dan biskut tadi aku alihkan ke tepi sebelum tangan Emerald aku genggam.

"Lari Sya. Lari !" Suara lembut ibunya, genggaman erat milik tangan hangatnya, larian laju sepasang kakinya dan wajah cemasnya masih jelas dalam ingatan milik seorang gadis kecil bernama Emerald Aisyah.

"Kita nak ke mana ibu ?" Suara kecilnya menyapa gegendang telinga si ibu. Masih utuh genggaman tangan mereka. Mereka lari selaju yang boleh, sehingga hampir sahaja anak kecil itu terseret di atas tanah tanah hutan.

"Ibu jawablah. Kita nak ke mana ibu ? Ayah mana ?" Emerald yang masih kecil tidak dapat menahan persoalan yang berada di mindanya. Kanak kanak kecil yang tidak mengerti apa apa.

"Sya sayang. Duduk sini diam diam ya ? Ibu cari ayah. Ibu sorokkan Sya. Sya jangan gerak gerak tau sayang ? Jangan pernah keluar." Pandangan mata ibunya ketika itu menyimpan seribu satu rasa. Suara ibunya ketika itu mengandungi kerisauan dan cemas sahaja.

Dia, CamelliaWhere stories live. Discover now