Bab 4

136 6 0
                                    

Jantung Aysha berdegup laju. Lelaki yang ada di sebelah kawan mummy (yang dia tak dengar pun apa namanya sebab asyik merenung anak teruna orang) itu lelaki yang sama di pasaraya. Tapi apa dia buat dekat sini?

Aysha ketuk kepalanya. Dah sah-sahlah lelaki tu anak kawan mummy takkan lah anak jiran pula nak bawak datang rumah orang.

"Ha yang kamu ni kenapa? Dah bijaksana sangat ke yang ketuk kepala sendiri tu?" Tegur Puan Faezah

"Bukanlah mummy, ada nyamuk tadi. Nyamuk kebodohan." Perlahan saja dia tuturkan ayat yang terakhir itu. Risau kalau-kalau Puan Faezah keluarkan ketamnya.

"Ini Aysha ke Kak Zah? Comel orangnya."

"Inilah orangnya. Comel ke? Comellah sikit kot." Puan Faezah mengusik.

Aysha hanya mampu diam, tak terasa nak membalas usikan mummy.

"Nampak gaya macam jadi aje ni. Dah asyik pandang-pandang satu sama lain. Apa itu orang kata, dari mata jatuh ke hati?" Kawan mummy (yang dia masih tak tahu nama) itu turut mengusik sama.

Barulah dia perasan yang lelaki itu juga sibuk memandang kearahnya. Macam mana lah tadi boleh tak perasan. Laju-laju Aysha memalingkan kepalanya ke tempat lain. Risau nanti masuk berita jantung seorang gadis dijumpai di luar badannya selepas bertemu dengan mak mentua.

Oh wait! Mummy cakap nak kenenkan dengan kak ngah… maksudnya ini bukan untuk dia. Tapi lelaki itu dia punya… Eh tak! Dia yang minat dulu. Automatik mukanya berubah mendung.

Puan Faezah bukannya tak perasan wajah anaknya yang berubah mendung tu. Tapi nak menjayakan rancangan punya fasal, terus dia buat tak tahu saja.

Adli hanya simpan senyum. Tetapi matanya masih memandang gadis yang bernama Aysha tu. Inilah gadis yang dia cari sejak minggu lepas. Kalau dia tahu mama memang nak kenalkan dia dengan Aysha, tak perlu dia bersusah payah menziarahi pasaraya setiap hari dengan harapan terjumpa dengan gadis itu.

"Lee, sudah-sudahlah tu tenung anak dara orang. Dia dah masuk dapur pun sibuk nak tenung sofa yang dia duduk ya." Puan Zahirah mencucuk bahu anak terunanya. Teruk betul.

"Mata Lee ni yang salah ma, asyik nak tengok situ je. Bukan salah Lee."

"Banyaklah kamu. Sampai tak selesa dibuatnya si Aysha tu kamu dok tengok dia. Tapi satu lah mama nak puji harini, seronok mama kamu tak buat tabiat sembur minyak wangi sepuluh botol tu," kata Puan Zahirah sambil berlalu ke dapur.

Berkerut sedikit dahi Adli apabila Aysha seperti dihalau dari dapur. Muka tak payah cakaplah, macam jeruk kelubi masam.

Matanya memandang saja Aysha yang melabuhkan duduk di tempat dia duduk sebentar tadi.

"Harini awak tak pakai minyak wangi?" Aysha bertanya dan selepas itu terus jadi tak duduk diam. Ibarat duduk atas api. Mungkin malu.

Adli ketawa kecil. Mesti Aysha malu. Soalan spontan mengalahkan super spontan di astro warna.

"Mama saya pesan jangan buat perangai pakai minyak wangi banyak sangat datang rumah mentua. Risau ada yang alergik, nanti kena tolak pula pinangan saya." Saja Adli mereka cerita.

Aysha membulatkan mata. Alah, tapi dia suka bau minyak wangi lelaki. Minyak wangi perempuan yang dia tak tahan.

"Tapi saya suka bau tu." Perlahan Aysha menggumam.

"Apa awak cakap?"

"Eh tak ada apalah. Nama awak Lee sajakah? Atau ada sambungannya macam Lee Chong Wei atau Lee Zi Jia?"

Tergelak lagi Adli. Boleh tahan masuk air budak ni.

"Muka saya sikit punya asli kemelayuannya, awak ingat saya orang cina pula." Adli masih ketawa.

"Sebab itulah saya tanya. Belakang-belakang tu contoh saja." Aysha buat muka meluat. Orang tanya betul-betul, dia fikir kita melawak pula.

"Tapi soalan awak tu lawak sangat. Tak pernah ada orang tanya saya macam tu. Nama saya Adli. Adli Zaidan. Umur saya 27 tahun. Saya kerja.."

"Eh awak ingat kita tengah temuduga kerja ke?"

"Lah kan kita memang tengah temuduga ni?"

"Temuduga apa? Mummy saya bukannya tengah cari pekerja sekarang?"

"Temuduga jadi calon suami awaklah."

Aysha terdiam. Dia suka dengar calon suami tu, yang dia tak suka sebab Adli ini calon suami kak ngah, bukan calon suami dia.

"So nak saya sambung ke tidak? Okay kalau bukan calon suami pun, calon kawan baru. Boleh macam tu?" Adli cuba berdiplomasi. Kenapa Aysha nampak macam suka tapi tak suka?

Aysha menggangguk. Tak kisahlah tapi dia memang tak sabar nak tahu pasal lelaki dihadapannya ini.

"Saya kerja biasa-biasa saja. Freelance photographer. Awak tahu kan? Hobi saya… tangkap gambarlah kot." Adli terhenti.

"Asyik fasal saya saja, sekarang awak pula."

Aysha yang khusyuk mendengar tadi, terkejut. Aish… malulah.

"Em.. nama saya Aysha. Aysha Aulia. Saya muda sikit la dari awak. Awak sama umur dengan kak ngah saya. Kerja? Saya kerja sukat jalan je buat masa ni."

Adli tersenyum. The ice… is breaking, I guess?

_________________________________________

Vote, comment and share!

Wangi, I love You! ✔Where stories live. Discover now