Bab 3

138 6 2
                                    

“Mummy, siapa yang nak datang ni? Rombongan meminang kak cik ke mummy?” Tanya Aysha, mengusik.

Terhenti tangan Puan Faezah.

“Macam mana kak cik tahu?” Puan Faezah berfikir. Dia ada beritahu rancangannya kepada Ayshakah sebelum ini?

“Ha? Macam mana kak cik tahu apa mummy?” Aysha yang sibuk mencuri kuih muih yang ada diatas meja itu bertanya bingung.

“Tadilah, kan kak cik tanya mama yang nak datang ni rombongan meminang kak cik ke kan? Mummy tanyalah kak cik balik, macam mana kak cik tahu?”

Tiba-tiba kuih cara manis yang sepatutnya lembut dan mudah saja lalu ditekak menjadi kesat hingga tersedak dibuatnya.

“Mummy ni biar betul? Kak cik main-main saja tadi. Mummy pun sama kan, saja kan kenakan kak cik?” Dalam hati, Aysha berharap yang mummynya hanya bergurau sebentar tadi.

Puan Faezah menarik nafas lega. Nampaknya rancangan itu masih belum lagi ketahuan oleh Aysha.

“Haah, mestilah mummy bergurau je. Malulah mummy nak kenenkan dengan kawan-kawan mummy sebab anak mummy ni serba serbi tak pandai. Lainlah mummy kenenkan kak ngah kamu tu.”

Aysha mencebik. Bukannya dia tak tahu itu mukadimah untuk mummy bebelkan dia yang tak rajin nak masuk dapur. Nak buat macam mana dah hatinya lebihkan kearah mengemas dari memasak. Perempuan kan ada dua kumpulan, mengemas dan memasak. Betul ke tidak itu dia tak tahulah yang pasti dia percaya.

Kak ngah dan adiknya lebih kepada memasak, uruskan hal-hal dapur. Makanan semua ngam, buat resepi apa pun gerenti jadi punya. Tapi bila masuk bab mengemas, boleh pitam dibuatnya. Nampak saja macam bertungkus lumus nak mengemas tapi hasilnya menyakitkan mata. Ibarat tikus membaiki labu.

Dia dan kak long pula lebih kepada mengemas. Memang kalau boleh tak mahu langsung masuk dapur. Lagipun mengemas lagi senang daripada memasak, tak perlu nak agak-agak, nak berperang dengan minyak. Paling penting sekali tak renyah.

Lagipun kalau kak long yang mengemas memang automatik rumah macam masuk rancangan TV Deko bersama Eric. Cuma satulah yang dia musykil sampai sekarang (mengenai rancangan TV tu) mana perginya barang-barang asal rumah yang Eric deko tu. Mereka buang ke atau derma kat mana-mana? Musykil-musykil.

"Hah termenung apa lagi anak dara. Pergilah pakai baju yang elok sikit. Seluar kain batik dengan baju berlubang ini jugalah yang kamu nak pakai hari-hari orang nak datang ni." Puan Faezah menggelengkan kepala.

"Mummy apa tau, baju ni baju paling selesa abad ini. Lagi banyak lubang lagi berangin," kata Aysha sambil berlari naik keatas. Mananya tak lari, ketam Puan Faezah dah mula mencari mangsa.

_________________________________________

Vote, comment and share!

Wangi, I love You! ✔Where stories live. Discover now