Bab 1

342 9 1
                                    

“Wangi,” Aysha menggumam perlahan. Bukannya dia tak pernah bau minyak wangi lelaki tetapi bauan kali ini buat dia rasa… cair? Lah tiber pulakkan nak cair bagai.

Dia menarik nafasnya dalam-dalam, tanda tidak mahu membazirkan bauan yang sedang berterbangan di ruangan kedai tersebut. Siapalah yang baik hati sangat pakai minyak wangi bagai tumpah sebotol ni.

“Woi, kau buat apa tu?” tanya Laila. Dah serupa macam mat gian aku tengok dia ni. Nak cakap penyakit Aysha menyerang pun tak boleh sebab tak ada pula dia nampak Aysha macam tercungap-cungap.

Aysha memegang dadanya. Terkejut dengan sergahan Laila satu hal, satu lagi dia risau kalau-kalau ketahuan yang dia sedang menghirup bauan lelaki. Buatnya kekasih lelaki tu yang datang sergah, jenuhlah dia nak melarikan diri.

“Ish kau ni. Aku tengah menikmati ni. Cubalah jangan sergah-sergah cenggitu, hilang jantung aku tau.” Aysha menarik muncung.

“Ha tak payah nak muncung sangat. Aku masih pada jalan yang lurus kot iya kau nak ajak aku bercium pun. Tak hingin aku tau.” Laila menggeletar kegelian. Simpang malaikat wei.

“Kau ni sehari tak minta kaki aku, memang tak sahkan. Siapa pula yang ajak kau bercium. Menyampah betul. Padahal kalau kat rumah tu dia yang sibuk peluk la apalah, kita pula yang dikatanya tak lurus,” bebel Aysha.

Excuse me.”

Aysha yang tengah seronok membebel terdiam sambil kepalanya pantas berpaling ke belakang.

“Saya nak ambil barang, if you don’t mind. Boleh tepi sikit?”

Tak pasal-pasal Aysha jadi patung bergerak hari ni. Perlahan-lahan dia mengangguk dan berundur ke tepi. Breath Aysha, breath. Lain kali jangan merapu meraban di khalayak ramai, kan dah malu.

Matanya masih terpasak pada lelaki tadi dan baru dia sedar (selepas dia bernafas) bahawa lelaki itulah yang menyebarkan minyak wangi keseluruh pelosok kedai.

Tepukan dibahunya membantutkan lamunan Aysha. Laila memandangnya pelik seperti ketahuan berbuat jahat sambil mengangkat sedikit mukanya bertanya kenapa.

Aysha menggeleng kepala perlahan. Sejujurnya dalam hati dia lebih banyak peratus rasa malu sebab merapu dan membebel benda bukan-bukan yang boleh menimbulkan salah faham bagi orang yang tak kenal dia, tapi sekarang dia lebih rasa marah pada Laila kerana tinggalkan dia seorang dilorong itu hanya kerana nak melarikan diri dari dibebel.

“Kau tangkap cintan dengan that guy ke? Itu yang kau pandang dia macam nak telan?” Tanya Laila. Pelik kerana selalunya Aysha memang tak pandang lelaki (bukan sebab Aysa pandang perempuan ye) dan kalau nampak ada lelaki sebatu jauhnya Aysha awal-awal lagi dah larikan diri berjuta langkah.

“Banyak la kau punya tangkap cintan, aku ni mi segera Cintan pun aku tak makan tau, apatah lagi nak tangkap cinta. Kuasser. Dah lah jom, aku rasa kita dah jumpa semua barang yang kau senaraikan tadi kan? Jomlah kita keluar sebelum benda yang tak penting pula kau beli.”

Laila buat muka meluat. Nak larilah tu. Tak apa, nanti aku taulah nak korek rahsia kau macam mana.

_________________________________________

Vote, comment and share! *wink

Wangi, I love You! ✔Where stories live. Discover now