Bab 2

156 6 1
                                    

Adli tersenyum apabila teringatkan kejadian di pasaraya tadi. Kejang perut dia menahan ketawa sewaktu menegur gadis yang entah bebelkan apa. Bukannya dia tak nampak pandangan gadis tu selepas berlalu pergi dari situ. 

"Lee, malam-malam buta pun nak pakai minyak wangi ka? Nak mengorat sapa lah pun. Pening kepala mama dibuatnya." Puan Zahirah menggeleng kepala perlahan sambil memicit pangkal hidungnya. Adli tertawa perlahan, karang kalau dia hentam ketawa kuat-kuat risau orang lain lari pula. Malam-malam buta ni kan.

“Mestilah nak mengorat mama. Takkanlah Lee nak mengorat si Kiki ni pula kot,” kata Adli sambil mengusap bulu Kiki.

“Habistu kalau kamu mengorat mama,papa nak mengorat siapa? Mama ni papa punya tau. Tak boleh kongsi,” Encik Faisal berkata dari belakang sebelum melabuhkan duduknya pada sofa kayu di luar rumah itu.

“Alah papa ni. sharing is caring la papa. Lagipun mama penting dalam hidup kita berdua kan, so kena share lah.” Adli mengangkat keningnya.

“Ah tak ada tak ada. Dua-dua mama takmau. Dahlah masing-masing pakai minyak wangi mengemboq, mai dok tang ni dua-dua pulak. Tak jadi mama nak korek rahsia, besok sajalah. Mama masuk dulu. Jaga-jaga hantu suka orang bau wangi-wangi ni,” usik Puan Zahirah sebelum berlalu ke dalam rumah.

“Meremang bulu roma papa aih. Kamu duduk la tang ni sorang-sorang, Apa-apa jadi papa tak tanggung nah.”

Adli hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat Encik Faisal yang dah berdesup melarikan diri. Bagus juga, boleh dia sambung berangankan gadis tadi. Comel.

_________________________________________

Vote, comment and share!

Wangi, I love You! ✔Where stories live. Discover now