"YOO JEONGYEON!! Awak dengar tak saya panggil ni?"
Jeongyeon tersedar daripada lamunannya apabila seorang lelaki berusia 35 tahun yang bernama Encik Lee menghentak mejanya.
"Erkk.... Cikgu panggil ke?"
"'Haishh,tu la.Mengelamun je tau sampai saya panggil pun tak perasan"
"Mianhae, ada apa cikgu?"
"Saya suruh awak tengok ayat kat depan ni. Betulkan grammar dia yang salah"
"Owh, arraseo" pelajar itu pun bangun dan buat seperti yang disuruh.
"Ayat ni sepatutnya jadi camni, 'Henry wanted to go to the cinema yesterday but he was sick' . Betulkan wants jadi wanted sebab dia past tense,is pun tukar jadi was"
Satu kelas tepuk tangan.
"Wow, Pandainya Jeongyeon!"
"Eh, mestilah dia pandai. Dia kan ada kacukan orang Amerika"
Encik Lee menunjukkan tanda bagus.
"Nasib baik betul.Kalau tak,saya suruh awak duduk mengelamun kat luar tu"
KRING!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.
"Jeongyeon,jom balik" Nayeon yang merupakan best friendnya mengajak balik.
"Kajja"
Mereka berdua sangat rapat sehingga rumah pun bersebelahan je.Setiap hari, mereka akan pergi dan balik sekolah bersama-sama dengan menaiki basikal.
Semasa dalam perjalanan balik..
"Nayeon,aku tak sabar la minggu depan"
"Hah? Ada apa?"
"Ish,takkan kau lupa kot.Next week kan Valentines Day"
"Owh,haahla.Aku lupa tapi kenapa kau tak sabar pulak?"
"Yelah, tiap-tiap tahun kan kita akan bertanding siapa dapat paling banyak coklat. Aku nak kalahkan kau pulak tahun ni. Asyik kau je dapat banyak,aku nak juga" Jeongyeon memuncungkan bibirnya.
"Haha,we'll see"
Mereka bailk ke rumah masing-masing.
"Aku balik dulu,annyeong"
"Annyeong Nayeon ah"
Di rumah Jeongyeon..
"Annyeong, Yeonnie dah balik"
"Owh,dah balik dah. Pergi mandi and makan dinner before pergi cafè.Eomma kena pergi dulu sebab tukang masak tak dapat datang. So,eomma yang kena tolong masakkan"
"Arraseo"
Inilah kehidupan family Jeongyeon. Ayah dia seorang pemilik cafè dekat dengan rumah mereka. Eommanya pula merupakan jurugambar syarikat majalah Allure. So, dia selalu ada di rumah.Setiap hari,Jeongyeon akan tolong ayahnya di
cafè lepas balik sekolah. Kalau eommanya tak busy,dia ada la tolong juga di cafè.Selesai mandi, dia cepat-cepat makan sambil mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 8.25 malam.Dia ambil basikal lalu menunggangnya ke cafè.
Dia sampai pada pukul 8.30 tepat memandangkan jaraknya hanya 5 minit dari rumah.Dia
meletakkan basikal dan bergegas masuk.Dia terus mengambil apron dan mengikatnya di pinggang. Dalam poket apron itu terdapat sebuah buku nota kecil dan sebatang pen."Hah,dah sampai pun kau.Lambat pulak hari ni. Biasa datang pukul 8."
"Lek ah,sekali-sekala lambat. Lagipun 30 minit je beza.Bukannya ada punchcard kalau ye pun. Takde siapa marah pun kalau lambat"
"Ceh,tau la anak majikan"
"Ala, unnie ni.....jangan la cakap camtu. Tadi sekolah habis lambat. Pastu, eomma suruh saya makan dulu kat rumah"
"Ye la, unnie tak marah pun cuma unnie lonely sebab Yeonnie lambat. Ingatkan tak datang. Unnie makan sorang-sorang je tadi tau"
"Eh,bukan ke Tzuyu ada? Mark oppa pun ada kan?"
"Diorang dah makan before datang"
"Ah, arraseo.Unnie jangan la merajuk. After this, Jeongyeon datang awal macam biasa"
Ini Moonbyul, salah seorang pekerja di cafè tu. Dia sangat rapat dengan Jeongyeon macam adik-beradik. Moonbyul la yang selalu tolong Jeongyeon kalau ada apa- apa masalah di cafè.
Seorang pelanggan yang memakai hoodie dan mask masuk lalu mengambil tempat duduk. Jeongyeon segera ke meja pelanggan itu untuk mengambil order. Dia mengeluarkan buku dan pen daripada poket.
"Annyeong, encik mahu pesan apa?"
Pelanggan itu mendongakkan kepalanya untuk memandang pelayannya.
'Kenapa aku macam pernah nampak perempuan ni? Tapi kat mana?' getus hatinya.
"Ehem, encik nak pesan apa?"
Lelaki itu tersentak.
"Umm...saya nak ni,caramel macchiato"
"Lagi?"
"Dengan air mineral"
"Arraseo"
Jeongyeon pergi ke kaunter lalu memesan caramel macchiato kepada barista manakala lelaki itu mash tertanya-tanya di mana dan bila dia pernah ternampak pelayan tadi. Selepas beberapa minit, Jeongyeon kembali membawa airnya.
"Here you go,caramel macchiato and mineral water"
"Kamsahamnida"
*skip*
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Pelanggan semua sudah balik. Pekerja yang lain juga sudah balik. Hanya tinggal Jeongyeon yang sedang mengemop lantai dan Moonbyul sedang mengelap meja.
"Yeonnie,eomma dan appa balik dulu tau. Jangan balik lambat sangat" kata Puan Yoo sambil mengambil kunci kereta.
'"Arraseo eomma.Yeonnie balik dengan Moonbyul unnie"
Puan Yoo menunjukkan tanda 'okay' sebelum beredar.
"Unnie, dah siap ke? Jomlah balik"
"Wait,sikit lagi"
Jeongyeon pergi meletakkan mop ke dalam tandas.
"Ok,dah siap.Kajja"
Mereka menutup semua lampu dan kipas sebelum keluar.Moonbyul mengunci pintu supaya tiada pencuri dapat masuk.
Jeongyeon mengambil basikalnya manakala Moonbyul memasuki Mazda 2 miliknya."Jumpa esok,unnie"
"Alright, take care"
Jeongyeon melambaikan tangan ke arah Moonbyul lalu lambaiannya dibalas. Mereka pulang ke rumah masing-masing.
HII FIRST THING FIRST I'M REALLY SORRY FOR DISAPPEARING FOR A LOT WHILE NOW, I'M HAVING SPM THIS YEAR SO I WOULDN'T HAVE MUCH FREE TIME; HOPE YOU GUYS CAN UNDERSTAND 😭 ALSO FOR THOSE YANG TAU THIS BOOK FROM MY PREVIOUS ACC : kookieistaelicious , THIS IS THE BOOK WHICH I'M THINKING OF CONTINUE WRITING. THANK YOU SO MUCH FOR YOUR PATIENCE AND SUPPORTS! ISTG TAK SANGKA RAMAI ORANG MENUNGGU I PUBLISH NEW CHAPTERS 🥹 SO YEAH FOR NOW I'M GONNA FINISH THIS FIRST,, I MIGHT HAVE TO STOP THE OTHER BOOKS FOR A WHILE. OH ALSO!! I'M OPENING ANY SUBMISSION OF THE NEW COVER DESIGN FOR 'You'll Always Be There For Me' 💕 IF YOUR DESIGN CATCH MY ATTENTION, IT'LL BE THE NEW COVER, AGAIN THANK YOU SM AND SORRY FOR THE INCONVENIENCE 🤍
YOU ARE READING
You'll Always Be There For Me
RomansaKehidupan selepas sekolah menengah merupakan sesuatu yang paling dinanti-nantikan bagi setiap remaja. Namun, adakah ia berjalan dengan sempurna bagi Jeongyeon? Bagaimana dia hendak mengharungi cabaran yang tiada siapa sangka akan berlaku. Kemalangan...