"Man! Kau kat mana Man? Ada emergency ni. Pasal mak kau!" Kata Zul dengan agak kuat di corong telefon.
"Aku kat office vendor, Putra Alun. Kenapa bro?" Tanya Rizman.
"Balik office sekarang bro. Cepat bro! Nanti aku cerita" jawab Zul.
Bergegas Rizman meninggalkan pejabat syarikat sub-con mereka dan memandu kembali ke pejabat. Setibanya di perkarangan pejabat, kelihatan Zul sudah pun menunggu di bawah bangunan. Zul terus masuk ke kereta Rizman dan mengarahkan untuk terus pergi ke balai polis.
"Apa cerita ni.. mak aku kat balai ke? Dia kena tangkap basah ke?" Tanya Rizman.
"Bukan Man... Ni lebih serius dari tu... Dato' Hanif kena stroke masa tengah main dengan mak kau" jawab Zul.
"Biar betul... Dah tu kenapa mak aku masuk balai pulak?" Tanya Rizman.
"Bini Dato' Hanif kata mak kau puncanya.. dia tuduh mak kau melacur dan cuba nak bunuh laki dia.." kata Zul.
"Gilalah! Eh sial la bini Dato' Hanif ni... Abis tu Dato' Hanif camne?" Tanya Rizman.
"Kat hospital. Takpe kita settlekan mak kau dulu... Adoi.. boleh camni pulak jadinya.." getus Zul.
Sebaik tiba di balai polis, mereka berdua masuk dan memperkenalkan diri sebagai waris kepada Norliah. Mendengarkan bahawa mereka adalah waris Norliah, datang seorang wanita yang vogue bergaya kepada mereka.
"So yang mana satu anak pelacur tua tu?" Dengan lantang wanita itu bersuara hingga semua yang berada di balai polis itu memandang mereka.
"Puan ni siapa dan kenapa cakap mak saya macam tu?" Kata Rizman dengan nada perlahan sambil cuba mengawal emosinya dengan professional.
"Dah dia main dengan laki aku, cuba nak bunuh laki aku.. sebab nak bagi projek kat kau berduakan?" Kata wanita yang mendakwa sebagai isteri Dato' Hanif.
"Errr.. Datin Ros.. maaf Datin, jaga sikit suara tu.. sini balai polis.." kata seorang polis berpangkat sarjan dengan nada lembut sebaik mendekati mereka.
"Ok... Antara tuan berdua ni yang mana satu anak kepada Norliah Ahmad" tanya polis itu.
"Saya..." Jawab Rizman.
"Saya pula suaminya" Zul pula mengaku.
"Wah! Ada laki rupanya pelacur tu! Muda pulak tu.. sahlah dia melacur dengan laki aku sebab nak projek kan? Lepas tu nak bolot semua sebab tu dia nak bunuh laki aku!" Bentak Datin Ros.
"Datin.. itu dah dikira satu tuduhan yang berat... Saya boleh bawa Datin ke mahkamah untuk saman Datin sebab hina mak saya atas perkara yang dia tak buat" kata Rizman.
"Hah! Nak lawan kat mahkamah konon! Bring it on! Aku tak heranlah! Ini Datin Ros tau. Semua lawyer hebat aku boleh bayar!" Kata Datin Ros.
"Ok ok saya tak nak kecoh-kecoh... Semua masuk bilik AIO sekarang. Dia nak jumpa. Dan Datin, sila kawal emosi tu. Saya faham Datin marah atas apa yang berlaku. Kita selesaikan dengan berhemah. Sebab kita nak kena jaga juga nama Dato'.." kata sarjan itu dengan berbudi bahasa dan membawa mereka ke dalam bilik Pegawai Penyiasat.
Di dalam bilik AIO, Rizman membaca keterangan kes dan diikuti oleh Zul selaku suami OKT. Datin Ros pula dengan muka angkuhnya duduk berpeluk tubuh.
"Semua dah bacakan keterangan kes? Ok saya nak tanya, awak berdua tahu tak yang Norliah ni ada hubungan dengan Dato' Hanif?" Tanya AIO.
"Saya suami dia tuan, saya tak tahu langsung. Memang saya ada bawa Norliah jumpa Dato' Hanif beberapa bulan lepas untuk temankan saya bincang pasal business tapi saya tak tahu pula mereka ada skandal" jawab Zul.
YOU ARE READING
Sundal II
RomanceBagaimakah kehidupan Norliah sebaik menjadi isteri kepada rakan baik anak kandungnya yang lebih muda 20 tahun darinya? Ikuti sambungan kisah ini.