02

127 22 6
                                    

"San!"

"Eo,"

San memaut bahu Wooyoung yang baru muncul itu. Sekarang, mereka sedang dalam perjalanan untuk menuju ke padang bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

"Kau okay? Nampak macam ada masalah je?" Soal Wooyoung.

San menggeleng.

"Aku okay. Cuma penat sikit,"

"Penat?"

"Ah, aku sebenarnya kerja part time sekarang. Jadi, kadang-kadang balik lambat,"

"Kau? Kerja part time?"

San mengangguk.

"Saje. Boleh lah tolong Omma aku sikit-sikit,"

"Faham. Maknanya makin jarang lah kau keluar dating lepas ni?"

San sekadar tersenyum hambar mendengar soalan itu.

"Hmm baru cakap dah muncul,"

San memandang ke arah hadapan mereka. Kelihatan pelajar perempuan dari kelas sebelah sedang berada di padang juga.

Dia tersenyum melihat Jiyu yang sedang ketawa itu. Baginya Jiyu adalah gadis paling cantik seisi semesta. Lebih-lebih lagi saat dia tersenyum atau tertawa.

"San!"

San tersentak bila namanya dipanggil. Dilihatnya Jiyu dan Arin sudah berada di hadapan mereka.

"Sir Jongkook cuti harini jadi kelas kita bergabung pagi ni," ujar Arin.

"Yaa, rambut kau nampak pelik," Wooyoung menarik hujung rambut Arin yang diikat itu.

"Tak guna!" Arin mengejar Wooyoung dengan rungutannya.

"Comel kan diorang tu?" soal Jiyu.

San memandang Wooyoung dan Arin yang masih lagi berkejaran itu. Nampak macam pasangan bercinta.

'Kau pun comel-aniya. Kau cantik Kim Jiyu,'

Namun ayat itu hanya mampu dibiarkan di fikirannya sahaja. Terasa berat untuknya mengeluarkan ayat itu buat Jiyu. Sedangkan selama ini begitu mudah ayat itu meluncur dari mulutnya. Bahkan jika dia perlu memuji kecantikan gadis itu setiap masa pun dia sanggup.

"Jiyu yaa, ke sini cepat! Kita tak cukup seorang lagi!"

Chaeyoung yang merupakan rakan sekelas Jiyu menjerit memanggilnya.

"Pergilah," kata San.

Jiyu mengangguk.

"Jiyu yaa, sekejap,"

Jiyu berhenti dan memandang kekasihnya itu.

San mengangkat sebelah tangannya, ingin mengusap kepala Jiyu seperti selalu setiap kali mereka berpisah untuk ke kelas masing-masing.

Namun tiba-tiba tangannya ditarik kembali.

"A-aniya. Takde apa-apa. Pergilah main dengan diorang,"

Jiyu ketawa perlahan sebelum dia berlari ke arah rakan-rakannya. Meninggalkan San yang sedang mengeluh lagi.

Broken Pieces Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang