"Yaa,"
Wooyoung memandang San yang sedang terbaring di atas katil hospital itu. Wajahnya dipenuhi luka dan lengan sebelah kirinya berbalut kemas.
"Eo, kau datang?" San cuba tersenyum walaupun bibirnya terasa pedih bila ianya digerakkan.
"Kau ingat aku ni kejam sangat ke tak datang lawat kau?" soal Wooyoung sambil duduk di kerusi bersebelahan katil.
"Gomawo. Kalau kau tak datang pun aku okay je,"
Wooyoung tergelak perlahan sebelum dia teringat apa yang diberitahu Jiung tadi.
"Jiung dah cerita apa yang jadi. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Kalau setakat nak pinjamkan duit tu, apalah sangat,"
San diam.
"Sebab tu aku malas nak cerita pada kau. Aku tak nak susahkan sesiapa. Hutang Appa aku tu, dia patut bayar sendiri. Dia patut kerja, cari duit sendiri. Bukan ambil duit isteri atau suruh anak minta duit dari keluarga orang lain,"
"Minta dari keluarga orang lain? Apa maksud kau?"
San mengeluh. Matanya dipejam seketika dan tangannya digenggam erat seolah mencari kekuatan.
"Jiyu. Dia tahu aku bercinta dengan Jiyu. Bukan tu je, dia siasat latar belakang Jiyu. Bila dia tahu Jiyu anak orang berada, dia suruh aku minta duit dari Jiyu. Setiap hari dia desak aku, kalau tak Omma akan jadi mangsa,"
Wooyoung yang mendengar itu terdiam. Baru dia faham apa yang Jiung cuba sampaikan tadi. Dia tidak menyangka yang kawan baiknya itu mempunyai bapa yang tidak bertanggungjawab.
"Jadi, sebab tu kau putus dengan Jiyu?"
Lambat, San akhirnya mengangguk.
"Aku rasa malu sangat. Aku rasa aku dengan Jiyu memang tak patut bersama. Jiyu tak patut jadi girlfriend anak kaki mabuk dan judi macam aku," luah San.
"Tapi tu bukan salah kau. Jiyu mesti faham. Arin bagitahu aku yang Jiyu masih berharap pada kau. Kau boleh perbetulkan semua ni lagi,"
San menggeleng perlahan.
"No, aku tak boleh. Aku ada tanggungjawab yang lagi besar sekarang. Aku kena jaga Omma dengan Jiung,"
"Habis tu, Jiyu macam mana? Kau betul-betul dah takde perasaan pada dia?"
"Dia kebahagiaan aku Wooyoung ah. Tapi, aku kena lepaskan dia. Perasaan aku pada dia makin hilang bila aku sedar kekurangan aku. Jiyu layak dapat lelaki yang jauh lebih baik dan sepadan dengan dia,"
"Walaupun hati kau sakit?"
San mengangguk lagi. Hatinya begitu berat saat itu.
"Kau yakin kau boleh lalui semua ni?"
"Entah. Tapi, aku tetap kena cuba kan?" soal San.
"San ah, kau tahu tak. Appa aku cakap, tak salah pun kalau lelaki menangis. Lelaki pun ada perasaan juga. Aku tahu kau perlukan masa untuk diri kau. Aku pergi kafe sekejap. Nanti aku datang semula," Wooyoung menepuk bahu San sebelum dia keluar dari situ.
San memerhatikan pintu yang ditutup Wooyoung itu. Dia memandang pula sekeliling wad yang hanya dihuni oleh dia itu. Perlahan, air matanya mengalir. Esakannya mulai memenuhi seisi wad itu.
YOU ARE READING
Broken Pieces
FanfictionCan we fix these broken pieces? Start|17/4/2022| End|8/5/2022|