San memandang Jiyu di sebelahnya yang hanya diam sejak tadi. Malam itu, Jiyu tiba-tiba muncul di wad di mana dia berada. Dan dengan izin jururawat yang menjaganya, Jiyu membawa dia ke taman belakang hospital.
"Yaa, dah sepuluh minit kau diam je,"
Jiyu memejamkan matanya seketika sebelum dia membukanya kembali dan menoleh ke arah San di sisi.
"Wae? Kenapa kau tak bagitahu aku perkara sebenar?" soal Jiyu.
San mengeluh mendengar soalan itu.
"Haish Jung Wooyoung memang tak boleh simpan rahsia," dia menggumam perlahan.
"Atau sebenarnya hubungan kita selama ni memang takde apa-apa makna pun dalam hidup kau?" soal Jiyu perlahan.
"Yaa, aniya! Dua tahun aku dengan kau adalah benda paling indah yang pernah jadi dalam hidup aku," ucap San.
"Tapi Jiyu, kau tahu kan? Tak semua hubungan akan bertahan?" sambung San.
"Tapi kita boleh cuba kalau kita nak,"
San mengetap bibirnya.
"It hurts my pride Jiyu ah. Kau tahu kan, beza keluarga kita macam mana?"
"Aku tak kisah tentang tu. Parents aku pun tak kisah. Kau tahu kan? Appa, Omma, Jaeyu. Semua sukakan kau? Jaeyu pun dah mula berkawan dengan Jiung,"
"Tapi aku kisah Jiyu yaa. Dua tahun ni aku happy dengan kau. Tapi dalam masa yang sama, aku terluka bila ada yang bandingkan kita. Yang tuduh aku cuba nak kikis duit kau,"
"Ada yang cakap macam tu? Kenapa kau tak bagitahu aku?" soal Jiyu sedikit terkejut.
San diam beberapa saat sebelum bersuara kembali.
"Aku sayangkan kau Jiyu ah. Tapi makin lama, kata-kata diorang tu makin meresap dalam kepala aku. Sampai, akhirnya perasaan tak layak tu lagi tinggi dari perasaan aku pada kau,"
"Jadi apa yang kau bagitahu dekat theme park tu bukan kau menipu?"
San menggeleng.
"Mianhei," ucap San.
"Aku dah cuba, tapi aku tak boleh. Aku harap sangat yang aku boleh putarkan waktu, jadi aku boleh halang perasaan tu dari muncul,"
Jiyu mengetap bibirnya, berusaha menahan tangisannya lagi. San memandang gadis itu. Hatinya kesal kerana dia tahu yang Jiyu banyak menangis disebabkan dirinya.
"Mianhei Kim Jiyu, cause I'm gonna make you cry for the last time," kata itu terungkap lagi dari San.
Jiyu berpaling memandang lelaki itu. Kepalanya digeleng perlahan sambil dia memegang lengan San.
"San ah, please," Jiyu merenung ke dalam anak mata lelaki itu.
Mengharapkan keikhlasan dan kesungguhannya dapat melembutkan hati lelaki itu. Namun hampa, tetap gelengan yang dia terima dari San.
"Jiyu yaa, aku betul-betul dah tak mampu untuk betulkan semua ni. Mianhei,"
"San ah," pegangan Jiyu pada lengan lelaki itu terlepas bila San bangun.
"Dah lewat, kau patut balik,"
Dan San terus melangkah pergi dari situ. Tanpa Jiyu atau dirinya sendiri sedar, air matanya perlahan menuruni pipi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Broken Pieces
Hayran KurguCan we fix these broken pieces? Start|17/4/2022| End|8/5/2022|