"San ah,"
"Waegurae?"
Jiyu menoleh ke sisi memandang San.
"Aku mimpi sesuatu," ujarnya.
"Tidur sekejap pun boleh mimpi?" soal San sambil ketawa kecil.
"Yaa!" Jiyu merungut tidak puas hati.
Membuatkan tawa San makin kuat. Menyedari yang Jiyu mula mencebikkan bibirnya membuat San berhenti.
"Okay, okay. Mianhei,"
"Tak nak tanya aku mimpi apa?" soal Jiyu.
San berfikir sejenak sebelum dia akhirnya mengangguk. Tubuhnya dipusingkan sedikit ke arah Jiyu agar dia dapat menghadap gadis itu dengan lebih dekat.
"Aku mimpi kau minta kita putuskan hubungan kita ni," ujar Jiyu.
San terdiam.
"Kan tu mimpi je. Takkan lah aku nak buat macam tu," tangannya naik mengusap sisi kepala Jiyu.
"Tapi, mimpi tu macam real. Aku minta kau supaya jangan pergi, tapi kau tetap berkeras nak tinggalkan aku,"
"Kim Jiyu, dengar sini," San memegang kedua bahu gadis itu.
"Itu mimpi je. Aku takkan tinggalkan kau. Buat apa aku susah payah cari cara nak confess pada kau kalau akhirnya aku nak tinggalkan kau," San cuba meyakinkan Jiyu.
"Betul? Kau takkan tinggalkan aku? Apa yang aku mimpi tu takkan jadi kenyataan?"
San menggeleng. Dia mendekatkan wajahnya dengan Jiyu lalu mengucup dahi gadis itu.
"Dah, jangan fikirkan tentang mimpi tu lagi. Semua tu takkan jadi,"
Jiyu akhirnya mampu tersenyum.
"Kita sambung sikit lagi boleh ke?"
Jiyu menggeleng.
"Dah takde mood lah,"
San hanya tersenyum lalu mengemas buku-buku mereka di atas meja itu.
"San ah, sekejap," lengan San yang ingin bangun itu ditahan.
"Nak dengar satu lagu,"
San yang mengerti kembali duduk. Telefon bimbit miliknya dicapai lalu disambungkan dengan earphone. Sebelah disumbat pada telinga Jiyu, manakala yang sebelah lagi buat dirinya.
Tangan Jiyu dicapai dan digenggam lalu mereka saling menyandarkan kepala satu sama lain. Mata dipejam sambil keduanya mula mendengar lagu yang dimainkan dengan tangan yang erat bertaut.
"Jiyu yaa! Yaa, Kim Jiyu!"
Automatik Jiyu membuka matanya bila namanya diseru seseorang. Dia memandang kerusi sebelahnya yang kosong.
"San,"
"Huh? Kau cakap apa?" soal Arin.
Jiyu seakan baru tersedar sesuatu. Dia memandang sekeliling. Kelas sudah kosong. Baru dia teringat yang dia tertidur kerana menunggu Arin yang pergi ke bilik guru.
"Yaa, kau kenapa?" soal Arin lagi.
"Arin, aku mimpi—,"
"Yaa, Kim Jiyu!"
Pintu kelas mereka tiba-tiba dirempuh oleh Wooyoung. Dia berjalan laju ke arah mereka berdua.
"Kau kenapa?" soal Arin.
"Choi San," nama itu meniti di bibir Wooyoung.
"Kenapa dengan San?"
YOU ARE READING
Broken Pieces
FanfictionCan we fix these broken pieces? Start|17/4/2022| End|8/5/2022|