Bab 23 ☕❤️

575 31 9
                                    

SYANINA terjenguk-jenguk dapur kafe. Dia tidak puas hati selagi tidak melihat sosok mamat barista dia itu. Mana dia? Tak akanlah demam pula kut?

Lihat saja Kimi melintasinya, Syanina terus memanggil lelaki itu. Kimi merapati Syanina dengan senyuman manis.

"Ya Sya? Ada apa-apa ke?"

"Mana Daniel?" soal Syanina terus terang. Dah dekat setengah jam dia duduk sini masih tidak nampak bayang jejaka itu. Dah Whatsapp pun tak dibalas malah satu tik sahaja.

Kimi tarik muka dengar soalan itu. Daniel. Daniel. Daniel. Tak habis-habis dengan mamat beku tu.

"Dia tak masuk kerja hari ini. Ada masalah kut. Okay lah Sya, Kimi sambung kerja dulu. Kalau ada apa-apa panggil tau?" Kimi senyum manis dan berlalu pergi bersama dulangnya.

Bibir Syanina muncung sedikit. Telefonnya dibelek takut-takut ada Whatsapp dari mamat barista itu namun hampa. Keluhan keluar dari celah bibir.

"Hai sayang," bisikan suara garau itu membuatkan Syanina tersentak. Dia toleh ke sebelahnya. Terkejut Syanina apabila hujung hidungnya hampir bertemu dengan hujung hidung Fariez. Syanina menjerit kecil. Dia jauhkan wajahnya. Wajah Fariez dipandang tajam. Mamat selenga di lagi! Ada juga yang makan penyepak sekejap lagi!

"Kau nak apa?!" soal Syanina kasar. Dia pandang hadapan semula, enggan memandang Fariez. Benci dia melihat wajah jejaka itu.

"Hey chill lah! I datang sini saja nak jumpa you. I tahu you selalu lepak sini." Fariez senyum. Dia tahu semuanya tentang Syanina. Dia mengupah seseorang untuk mengintip gadis itu. Dia juga tahu tentang penyamaran Dariel. Sudah lama sebenarnya dan inilah masa untuk membongkarnya. Dia tidak mahu mereka bertunang mahupun berkahwin. Dia sanggup buat apa saja demi memiliki Aira syanina.

Syanina berdecit kasar. Dia memandang tajam Fariez yang sudah duduk di hadapannya.

"I dengar you dah kahwin. Is it true?" Fariez saja bertanya. Wajah manis Syanina direnung lembut. Oh! Bagaimana dia sanggup memilih Amelia berbanding Syanina dahulu? Mereka sama-sama cantik namun aura Syanina lebih menarik!

"Hm."

"Tak sangka... Kita akan jadi cousin nanti!" Fariez senyum penuh makna.

Cousin? Sepupu?

Syanina memandang Fariez dengan wajah penuh tanda tanya. Kenapa pula mereka akan jadi sepupu? Tak akanlah bakal suami dia Asyraf pula.

Semasa mereka bercinta pun, Syanina tidak pernah tahu tentang saudara mara Fariez. Sekarang ini dia hanya tahu Asyraf adalah sepupu Fariez kerana Asyraf pernah selamatkan dia dari Fariez. Ke... Fariez ada sepupu lain? Siapa?

"C-cousin? Apa maksud you?" soal Syanina ingin tahu. Ah! Kenapa dia perlu terikat dengan Fariez ini?

"You tak tahu?" Fariez gelak kecil. Kesian betul you, Sya! Ditipu hidup-hidup oleh jantan seperti Dariel itu. Dariel betul-betul memudahkan kerjanya.

"You akan berkahwin dengan cousin I. Not Asy for sure. But... Dariel. Dariel amsyar. You know him?" Saja Fariez bertanya lagi. Dia mahu Syanina perlahan-lahan masuk dalam perangkap dia. Kau tunggulah apa aku akan buat lepas ni, Dariel. Kau tunggu.

Syanina geleng kecil. Bakal tunang sendiri pun tak kenal!

Fariez gelak lagi dan geleng kepala. "Tct! Tct! Kesian you Sya... Dariel tu, oh! Maksud I Daniel. Licik betul cousin kesayangan I tu ya? Sanggup dia tukar identiti dia semata-mata nak you tunduk pada dia. You know what? Dia buat semua tu semata-mata untuk balas dendam dekat I. Yelah... I kan pernah rampas girlfriend dia, sebab tu dia sakit hati dengan I. Dia nak balas dendam pada I sebab dia tahu, I masih sayang dan cinta pada you, Sya. I kesian dengan you, Sya-"

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now