Bab 32 ☕❤️

627 25 4
                                    

SYANINA pandang jari manisnya yang sedang disarung cincin oleh Tengku Danissa Asyikin. Dan serentak itu jugalah banyak bunyi kamera yang menampar telinganya. Buat seketika matanya bersatu dengan mata Tengku Danissa Asyikin. Syanina lorek senyum manis begitu juga dengan Syanina. Syanina menyalam tangan bakal mak mertuanya sopan.

"Terima kasih Tengku," ujar Syanina lembut dan masih dengan senyumannya. Amboi... Cakap dengan anak kemain garang bila cakap dengan mak auto macam wanita melayu terakhir!

"Ish! Apa pula panggil Tengku? Panggil mummy lah!" Tengku Danissa Asyikin menepuk manja paha Syanina. Syanina sengih malu.

"O-okay mummy..."

"Alhamdulillah. Sya dan Dariel dah maju satu langkah. Mummy harap sangat kau orang cepat-cepat kahwin. Bolehlah cepat-cepat bagi mummy cucu!" usik Tengku Danissa Asyikin. Terus membahang pipi Syanina dibuatnya.

"Mummy ni..." Tengku Danissa Asyikin gelak kecil melihat bakal menantunya sudah malu-malu kucing.

"Mummy bergurau je! Okaylah! Sesi gambar pun dah selesai. Tunggu tunang Sya itu je masuk sekejap lagi," ujar Tengku Danissa Asyikin dan menerima anggukan dari Syanina.

"Sya! OMG! Finally sahabat dunia akhirat aku ini bertunang juga!" Amyra datang menyerbu tanpa rasa malu terhadap Tengku Danissa Asyikin.

Tubuh Syanina dipeluk kemas. Tidak terkata dia melihat aksi Tengku Danissa Asyikin menyarungkan cincin pada jari manis Syanina. Huh! Penuh storage phone dia ambil gambar tadi! Itu belum termasuk dengan gambar dia nak ambil atas pelamin nanti!

"Congrats! Aku tumpang gembira tau!" Sejurus melepaskan pelukan, Amyra tersengih malu pada Tengku Danissa Asyikin yang memerhati dari tadi. Waduh waduh! Jatuh maruah ku!

"Sorry Tengku... Saya over excited pula tadi! Almaklumlah... Aira Syanina ini kan satu-satunya sahabat saya!" ujar Amyra ceria. Syanina menahan matanya dari menjulingkan ke atas. Tahan Sya! Tahan! Bakal mak mertua kau masih ade dekat sini! Nanti dia kata apa pulak!

"Saya faham. Tak apalah. Saya pergi dulu ya? Nanti Dariel masuk dalam rumah ini," pesan Tengku Danissa Asyikin dan berlalu pergi dari situ ke luar rumah. Sedang panggil Dariel mungkin?

Setelah pemergian Tengku Danissa Asyikin, mereka saling memandang antara satu sama lain. "Weh! Cantik juga bakal mak mertua kau ya? Awet muda! Mesti anak dia pun handsome! Kau tak curious dengan muka tunang kau?"

Syanina gigit bibir. Oh Amyra! Kamu terlalu polos!

"Emm... Sikit," ujar Syanina perlahan. Tak mampu nak menipu tapi... Alah! Sekejap lagi Amyra tahu juga!

"Err... Sya. Sorry lah kalau soalan aku ini akan menyinggung perasaan kau tapi... Mama kau tak datang?" soal Amyra ingin tahu. Syanina terus terdiam. Dia membatu dan menunduk memandang jarinya yang elok disarung cincin.

"Sorry Sya.... Tak apa! Kau tak payah jawab. Aku faham." Amyra senyum nipis dan mengusap belakang tapak tangan Syanina.

Syanina sekadar senyum tipis. "Tak Myra. Mama aku tak datang. Nak jemput dia macam mana? Nombor dia pun aku tak tahu..."

"Bila aku tanya papa pun... Papa buat bodoh je. Dia orang berdua itu aku rasa memang tak nak jumpa satu sama lain. Entahlah Myra..."

"Dahlah Sya. Janganlah fikir sangat hal itu. Kau patut happy hari ini! Haih... Kawan aku ini dah nak jadi isteri orang dah ya? Lepas ini siapa nak lepak dekat butik aku itu lagi? Orang itu nanti... Sibuk dengan laki dia pulak!" Amyra mencebik. Bibirnya memuncung sedikit dan dia sibuk main jari sendiri.

Syanina gelak kecil dan menepuk kuat peha Amyra. "Kau ini over eh? Macamlah aku ni kena kurung lepas dah kahwin nanti!"

Sedang ralit mereka bersembang dengan pelbagai perkara, bergelak tawa, bertepuk tampar sehingga tak sedar ada yang mendekati.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now