Bab 24 ☕❤️

540 30 1
                                    

SYANINA merenung kosong lukisan dihadapannya. Banyak benda bermain di fikirannya sampai dia tidak tahu nak buat apa sekarang ini. Kalau ikutkan rasa amarah memang dia lempar segala benda di dalam biliknya ini tapi tiada apa yang dia dapat.

Tetapi tidak bermaksud dengan itu dia boleh terima semula Dariel. Dia betul-betul terasa hati dengan jejaka itu.

Syanina mengetap gigi dan mengepal kuat tangannya. Tapi tak lama dia mengeluh panjang. Dia berjalan ke katil dan labuhkan punggung di situ.

Dia tidak tahu mahu rasa apa sekarang ini. Kenapa semua orang yang dia percaya khianati dia? Tapi dia tidak dapat bendung rasa ini lagi... Rasa sakit kali ini lebih mendalam berbanding dicurangi Fariez.

Mungkin kerana Dariel adalah sahabatnya. Sahabat yang dia percaya mati-matian.

Ringgg!

Deringan telefon itu dibiarkan oleh Syanina. Dia tahu sangat siapa yang menelfonnya. Banyak kali telefonnya berbunyi, hati dia tidak terdetik langsung mahu menjawab panggilan itu.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi pula memenuhi ruang bilik setelah nada deringan telefon tidak lagi kedengaran. Syanina termenung lama sebelum sayup-sayup dia mendengar suara merdu.

"Allahu akhbar, Allahu akhbar!"

Azan maghrib mula berkumandang. Syanina diam menikmati azan yang berkumandang itu. Sangat menenangkan, hilang segala sedihnya sebentar. Hati dia terubat sedikit.

Syanina diam di situ sehinggalah azan berhenti. Dia menyeka air matanya dan berjalan ke bilik mahu mengambil wudhu. Semuanya tepat pada waktu. Inilah masanya untuk mengadu pada Allah SWT dan meminta padaNya. In syaa Allah bakal dikabulkan. Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Jikalau permintaan kita tidak dikabulkan, mungkin saja ia belum sampai masanya ataupun permintaan kita itu bakal beri keburukan pada kita. Bersangka baiklah pada Allah. Sesungguhnya, Dia Maha Besar.

SYANINA raup muka di seluruh wajah setelah mengaminkan doanya. Dia duduk diam di atas sejadah itu, tiada tanda-tanda ingin bangun di situ. Syanina rasa tenang duduk di atas sejadah itu. Apatah lagi sewaktu dahinya bercium di atas sejadah. Sangatlah tenang dan terasa dekat denganNya.

Gadis itu menikmati waktunya di atas sejadah sehinggalah dia terlelap. Dia terasa penat. Dia mahu berehat, enggan untuk melihat dunia seketika. Dunia terlalu kejam untuknya.













SYANINA termenung di tepi kolam itu. Sudah dua hari yang berlalu setelah kejadian itu. Dia tidak lagi jejak kaki di kafe itu. Dia takut dia bertembung dengan Dariel walaupun dia tahu jejaka itu sudah tidak lagi bekerja di situ. Yalah! Dah kantoi kan, tak akanlah Dariel mahu kerja di situ lagi sedangkan dendam jejaka itu sudah terbalas.

Syanina masih ingat kata-kata Fariez. Dariel gunakan dia untuk balas dendam. Kata-kata Fariez memang dia akan tanam di aka fikirannya. Dia akan ingat perkara itu sampai bila-bila.

Memang terbukti kata-kata Fariez itu benar. Kalau tidak, pasti Dariel sudah datang kemari untuk memujuknya tetapi mana jejaka itu? Lesap! Sudah ditelan buaya agaknya.

"Aira syanina....!" Suara lunak itu membuatkan Syanina tersentak. Dia menoleh ke tepinya apabila seseorang berdiri di tepinya. Amyra.

"Hm. Nak apa?" soal Syanina agak malas. Dia memandang ke arah kolam semula. Suaranya perlahan dan agak serak bila bertutur membuatkan Amyra terus risau. Riak wajah cerianya berubah gusar.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now