Bab 31 ☕❤️

536 31 0
                                    

SELESAI berbicara di atas pentas, Dariel menerima tepukan gemuruh dari tetamu yang berada di dalam dewan itu. Setelah itu, Dariel berjalan turun dari pentas dan mendekati mejanya semula.

Wajahnya yang tadi dingin dan beku berubah hangat dan lembut setelah matanya bertembung dengan mata bulat Syanina. Dia labuhkan punggung di sebelah Syanina dan tersenyum nipis. "Awak nak makan?"

Serta-merta mata bulat itu bersinar, wajahnya berubah teruja. Alhamdullilah! Berjanggut aku tunggu kau membebel atas pentas tu, dapat juga aku makan!

"Dah boleh makan?" soal Syanina dengan senyuman lebar. Dariel senyum dan angguk kecil. Tetamu lain juga sudah angkat punggung untuk mengambil makanan. Syanina tepuk tangan kecil melihat respon Dariel.

"Jom! Saya lapar! Awak membebel-bebel tadi sampai cacing dalam perut saya ini dah buat tarian zapin dalam ini tahu? Asyik berbunyi aje!" adu Syanina sambil menepuk kecil perutnya. Tindakan itu membuatkan Dariel gelak kecil. Banyak mulut betul bakal tunang dia ini. Entah mengapa sebelum ini dia kurang gemar dengan orang yang banyak mulut tetapi dengan Syanina dia jadi suka. Mungkin kerana dia selesa dengan Syanina.

"Jomlah. Saya teman awak ambil makanan," ujar Dariel dan bangkit dari duduknya. Mereka berdua berjalan ke tempat makanan yang tersedia di dalam dewan.

"Awak nak makan apa?" soal Dariel dan memandang Syanina lembut. Syanina tilik dahulu makanan yang ada di situ sebelum senyumannya melebar.

"Itu donut dari AY's Cafe kan?!" soal Syanina teruja. Bila lihat balik semua pencuci mulut di situ dia rasa macam pernah nampak!

Dariel angguk kecil sebelum bersuara. "Ya. Saya tempah dari AY's Cafe semua ini, sebab itu saya ajak awak. Awak kan suka semua ini."

Syanina tidak dapat menahan senyumannya. "Saya nak donut ini lah. Lepas itu saya nak... Nasi briyani tu dengan ayam masak merah! Nanti hantar dekat meja ya mamat barista? Thank you!" Syanina senyum manis dan berlalu pergi setelah 'memesan' makanannya pada Dariel.

Dariel pasrah. Dia turuti sahaja permintaan gadis ini. Pinggan di ambil dan dia mengambil apa yang Syanina pesan tadi dengan tenang. Dia endahkan saja mata-mata yang memandangnya pelik. Mana tak peliknya? Seorang CEO dibuli oleh bakal tunangnya! Siap suruh-suruh bagai! Hanya Aira Syanina sahaja yang berani buat begitu!












SYANINA labuhkan punggung di kerusi dengan tenang. Baru saja dia mahu menghidupkan telefonnya tetapi ada pula yang muncul seperti hantu dan duduk di sebelah Syanina membuatkan gadis itu menoleh.

Syanina menjulingkan matanya ke atas melihat gerangan itu. Takyah cakap pon tahulah siapa! Si mamat senget ni lah!

"Hai Aira," sapa Fariez dengan senyuman manis. Syanina terus menjeling tajam Fariez.

"Memang tak faham bahasa ya? Nak aku cakap bahasa apa hah biar kau faham yang aku tak suka kau panggil aku Aira!" ujar Syanina kasar. Maaf. Aku tak berlembut dengan mamat senget ni! Sekarang aku menyesal buli Dariel! Lupa pulak ada mamat senget ni! Fariez ini mana boleh tengok dia tenang!

"Tapi saya suka. Saya nak dan tetap akan panggil awak, Aira," ujar Fariez yakin. Syanina mengetap kuat rahangnya. Kalau bukan sebab majlis ini adalah majlis syarikat Dariel memang dia dah bagi sebijik dekat Fariez!

"Dah lah! Cakap dengan kau ini memang tak ada guna!"

"Kenapa awak datang sini dengan Am?" soal Fariez dengan nada serius. Wajahnya juga berubah sedikit tegang. Dahi Syanina sedikit berkerut.

"Siapa Am?" soal gadis itu polos. Am. Am membuatkan dia teringat pada pelukis yang dia amat minat itu!

"I mean Dariel Amsyar."

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now