Bab 30 ☕❤️

583 26 1
                                    

SYANINA berkerut dahi memandang dress yang tersangkut di wardrobe nya. Dress yang baru diberi oleh Mak Jah tadi. Katanya ada orang yang bagi dan bila baca saja kad si empunya pemberi, dia sudah tahu siapa.

Dariel Amsyar a.k.a Jungkook darkweb. Boleh juga dipanggil mamat kuda jadian! Oh! Dia jadi teringat Daniel yang tidak pernah wujud itu. Tolonglah kembali kan mamat barista dia!

Red dress is suit you because it's match with your sassy behavior. Plus... The pearl necklace is suit you too because both of you are precious and shining 😉.

Ya. Selain daripada dress merah itu, ada juga seutas rantai mutiara di dalam satu kotak baldu. Mamat ni gila ya? Aku belum jadi bini lagi dia dah perabis duit untuk aku! Tapi takpe! Orang dah bagi tak akan nak tolak kan?

Oh ya! Kata Mak Jah lagi, dia perlu bersiap-siap selepas isya'. Haih! Malas betul nak keluar hari ini! Ikutkan sajalah! Takut nanti merajuk pulak mamat tu. Okey. Sekarang ini kenapa aku nak kesah kalau dia merajuk ke tak? Ah lantaklah!

Gadis itu tunaikan solat isya' terlebih dahulu sebelum bersiap-siap. Rambutnya dibebaskan seperti selalu. Rantai mutiara yang dihadiahkan oleh Dariel dipakai dengan penuh cermat. Syanina senyum sendiri melihat penampilannya sekarang.

"Cantiknya aku!" Syanina gelak sendiri dan tersenyum lebar. Ikut korang lah nak kata aku ni gila ke ape... Memang semua perempuan suka puji diri sendiri depan cermin kan?

Rambutnya dikibas ke belakang sebelum dia bangun dari duduknya. Beg Dior berwarna hitam di ambil dan dikepit di celah ketiaknya.

Telinganya di tampar oleh bunyi enjin kereta dari luar rumah. Dia berjalan ke tingkap biliknya dan menjeling ke bawah. Ada satu kereta berwarna dark metallic black terparkir elok di depan pagar rumah.

Tiba-tiba dadanya berdebar hebat. Ah! Mamat ni nak bawa dia ke mana lah agak-agaknya?

"Hati tolong bawa bertenang," ujar Syanina sendiri sambil mengusap dadanya. Dia tarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya dengan tenang. Syanina rapikan rambutnya dan meneturalkan wajahnya.

Dia mengambil langkah yang begitu lembut seperti wanita melayu terakhir. Dia berhentikan langkah buat seketika. "Macam over pulak!" ujar Syanina sendiri. Dia menjulingkan matanya ke atas dan berjalan seperti biasa, sudah tidak lagi 'cover ayu'

Pakaian pun macam dah hampir-hampir menempah tiket ke neraka nak acah-acah ayu?

Sike!

Syanina ambil langkah menuruni tangga dan keluar dari rumah banglo milik papanya itu. Dia ambil heels yang sama warna dengan dress nya dan disarungkan di kaki mulusnya. Memang kau paling menyerlah malam ini Aira Syanina!

Dalam perjalanan ingin ke pagar itu, matanya bertembung dengan Dariel yang sedang bersandar di tepi keretanya sambil memeluk tubuh. Gaya jejaka itu agak formal. Bukan agak memang formal pun!

Kot hitam bersama kemeja putih di dalamnya. Syanina tidak pasti sama ada jejaka itu baru pulang kerja atau tidak. Lihat dari riak wajah itu tampak penat. Tapi bila mata mereka bertemu, Dariel tetap tersenyum ke arahnya.

Syanina berjalan mendekati Dariel dengan wajah yang biasa. "Hai."

"Hai. Wow! I don't know that, angel are really exists." Dariel senyum nakal membuatkan Syanina menjulingkan matanya ke atas.

"Jemput masuk, tuan puteri." Dariel membuka pintu di bahagian sebelah pemandu untuk intan payungnya yang seorang itu.

Syanina tahan diri dari tersenyum. Tipulah kalau dia tidak terharu dengan tindakan itu. Dia meneturalkan wajahnya dan masuk ke dalam kereta itu. Dariel menutup pintu itu dengan senyuman yang masih di bibir. Dia berjalan ke bahagian pemandu dan masuk ke dalam perut kereta.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now