BAB 1

47 2 0
                                    

Riya merebahkan badannya ke atas katil. Senyuman kelat terukir dibibirnya memikirkan hala tuju yang akan dia lakukan di Malaysia. Sudah semestinya dia kena cari kerja mahu habis duit yang ada jika dia gunakan sekiranya dia memilih untuk membuat taik mata.

" Relax Riya kau tenang, sebulan dua kau rehat pastu baru cari kerja. Ada Eqin kau senang." Ujar Riya berkata sendiri.

Dia menumpang di rumah bujang milik Eqin. Dia malas untuk tinggal sendiri lagipun masa dia ingin pulang kembali tidak pula dia terfikir untuk mencari rumah sewa baru.

Lagipun Eqin bujang jadi tak ada masalah untuk dia tinggal disini. Dulu dia selalu habiskan masa bersama Eqin namun bukan di rumah ini.

Bunyi nada dering dari handphone miliknya yang terletak sebelah membuatkan dia menoleh namun tidak ada rasa untuk mengangkat.

Dia sudah tahu siapa yang menelefon dirinya. Bukan baru ini sahaja nombor itu tertera di log panggilan namun dia hanya biarkan dan boleh dikira dengan jari jika dia menjawab.

" Dulu aku ada mungkin hanya sampah untuk korang. Riya yang dulu dah mati." Jelas tekad walaupun terasa bergetar pergerakkan bibir gadis itu.

Tetapi mata itu hanya kosong tidak untuk berkaca dengan air mata. Senyuman kelat mula terukir dibibirnya.

"Bila aku dah buang semua maksudnya aku dah hapus segalanya."

"Dadda." Terus tubuh kecil itu memeluk susuk tubuh lelaki tua yang berada di muka pintu. Berlari dengan beg kecil yang digendong di belakang badan.

Daniel senyum hanya berapa saat dia membuka pintu kereta buat si anak, sudah berlari mendapatkan datuk kesayangannya.

" Kesayangan dadda. Amboi montel betul si princess sorang ni." Ujar lelaki itu mengusik sambil mengusap rambut Aisya yang diikat tocang dua.

"No.... Ecah tak montel..." Cebik Aisya dengan muncung tajam. Kedua-dua insan itu ketawa lihat reaksi comel Aisya. Pantang diusik cepat merajuk namun senang dipujuk.

"Abang pun tahu rindu cucu, cubalah ajak masuk si Dani tu dengan Ecah. Ada ke nak berbual dekat depan pintu." Celah suara wanita yang dari tadi hanya memerhati dengan tangan mencubit perlahan wajah bulat sang cucu.

Hanya ini sahaja yang mereka ada untuk menceriakan hari mereka. Gelak tawa hanya disebabkan kehadiran Aisya Sophia. Mungkin lebih indah jika ada dia yang amat dia rindui dalam diam.

"Masuklah Dani. Mama tu membebel sebab dia tak puas hati yang Ecah sayang dadda dari nenda dia." Usik Tuan Hasif kepada isterinya sambil dikendong tubuh sang cucu dan dibawa ke arah ruang tamu.

"Abang jangan nak usik saya tau. Ecah tu lebih manja dengan saya sebenarnya." Ujar Puan Marina tanpa mahu mengalah.

Biasalah perempuan mana adanya nak mengaku kalah. Kemenangan haruslah untuk perempuan bukan. Lelaki beli beras namun yang memasak adalah perempuan.

"Kamu sihat Dani?" Soal Puan Marina beralih arah kepada menantunya.

"Okey sihat mama. Maaflah kalau Dani jarang lawat mama dengan papa bulan ni." Ujar lelaki itu dengan ramah.

"Tak apa mama dengan papa sihat. Lagipun bukan tak datang langsung cuma jarang bermalam dekat sini." Balas Puan Marina.

Tuan Hasif memandang isterinya. Raut wajah seperti memberi isyarat untuk sang isteri meninggalkan mereka untuk berdua. Puan Marina mengangguk faham.

"Ecah sayang jom ikut nenda, ada kek coklat dalam peti. Nak makan tak?" Sungguh dia faham akan si cucu yang suka sangat dengan coklat namun tidak dia berikan kerap kerana tidak elok untuk budak.

"Yummy... But daddy boleh Ecah makan kek tu tak?"  Soal Aisya kepada si daddy.

"Sure sayang but lepas makan gosok gigi okey." Ujar Daniel Isyraf kerana itu yang dia ajar kepada Aisya.

"Janji... Nenda I want a cake." Ujar kanak-kanak itu ceria.

Puan Marina lalu memimpin tangan si cucu. Tuan Hasif hanya memerhati kelibat si isteri dan cucu perempuannya menghilang ke arah dapur.

"Papa ada nak cakap sesuatu dengan saya ke?" Soal Daniel Isyraf. Dia tahu ada sesuatu yang ingin dibicarakan oleh lelaki itu terhadapnya.

" Sampai bila nak macam ni? Aisya makin membesar tetapi dia tak pernah merasa kehadiran keluarga yang sempurna." Ujar Tuan Hasif.

Apa yang pernah terjadi memberi satu tamparan besar buat mereka. Namun tidak boleh salahkan dia kerana ini berpunca dari mereka juga.

" Saya faham papa tapi saya faham dia masih perlukan masa. Anugerah untuk saya dapat melihat dia dari jauh saja." Ujar Daniel Isyraf.

Dosa dia tidak akan hilang. Sejak bertahun dirinya hanya diburu rasa bersalah dan dosanya terhadap dua bidadari yang ada dalam hidupnya.

"Papa faham tapi papa dengan mama cuma kesian dekat Ecah. Tapi papa dan mama pun tak mampu nak tolong kamu Dani. Jika kamu rasa berdosa dekat dia kami pun sama." Kedengaran sebak lelaki itu berkata namun cuba ditahan.

" Saya terlalu mengejar kesempurnaan sedangkan apa yang saya ada adalah lebih dari cukup dengan apa yang saya impikan."

Story yang entah keberapa tetapi maaflah kalau ada yang marah🤧 idea banyak tapi bila nak tulis semua hilang.


BUKAN CINTA SEMPURNA (OG)Where stories live. Discover now