" Aku tak nak budak ni. Dia anak kau bukan aku. Aku benci kau dan dia."
Kata-kata itu dia masih dapat dengari walaupun masa sudah berlalu lama namun kesannya membawa ke hari ini. Salahnya namun dosa yang ditanggung bukan hanya dia sahaja!
"Jauh termenung? Kau ada masalah ke?" Soal lelaki itu sambil mengambil tempat di depan lelaki itu. Dia dari tadi hanya memerhati sahaja namun tidak sangka si sepupu hidup dalam bayangan yang dia sendiri tidak tahu.
"Kau bila sampai?" Soal Daniel kepada sepupunya, Rqkal.
"Ada dalam 10 minit jugaklah ingat nak ajak kau lunch sekali." Ujar Ryqal. Daniel menatap jam tangan miliknya. Memang sudah masuk ke waktu rehat.
" Aku tak perasan dah masuk waktu rehat." Ryqal senyum nipis. Dia tahu ada sesuatu bermain di benak sang sepupu.
" Kalau ada masalah cubalah bagitau takkan kau nak simpan jer. Aku ni sepupu kau yang terbaik tau sanggup nak dengar masalah walaupun diri sendiri bermasalah." Ujar Ryqal.
" Masalah aku banyak Qal sampai satu tahap aku benci dengan diri aku sendiri." Luah Daniel.
Riya mencampakkan majalah itu diatas baca sambil merebahkan diri ke atas katil. Kepala dia sedikit pening kerana cuaca yang agak panas mungkin. Handphone miliknya diambil dan dilayari laman sosial miliknya.
Jarang dia mengemas kini gambarnya kini yang terakhir pun sebelum dia balik ke Malaysia. Tiba-tiba matanya tertangkap satu gambar bayi yang menjadi model pakaian senyum di laman fyp miliknya.
"Kau tak ingat dia ke..."
Pertanyaan Eqin kepadanya hari tu bagaikan teringat kembali saat dia terlihat gambar bayi ini. Ada satu rasa yang masuk namun bukan sayang tapi sebaliknya kebencian yang tidak akan pernah padam dalam hatinya.
" Selagi rasa benci ada aku takkan mampu terima kau dalam hidup aku."
Airmata yang mengalir perlahan dibiarkan. Orang hanya tahu untuk berkata tapi berbicara pasal kesakitan apatahlagi yang jelas tidak akan nampak hanya yang faham saja tahu betapa seksanya untuk menjalani hari-hari sebegini.
YOU ARE READING
BUKAN CINTA SEMPURNA (OG)
ChickLitRiya Hanara kesilapan lalu adalah dia terlalu baik hingga tanpa sedar itu yang memakan dirinya namun kini dia tidak akan biarkan diri dia bodoh! " Aku baik apa yang aku dapat! Aku hilang semua termasuklah lelaki yang aku cinta!" Tidak akan dia biar...