Luggage yang dibawa bersama ditarik dengan dirinya yang sedang bercakap dengan seseorang di talian. Pandangan mata yang memandang tidak dia pedulikan saat ini.
Kedengaran rengusan dan bebelan dari pihak sana namun tidak dia hiraukan asalkan dirinya dijemput. Takkan mahu bermalam dia disini.
" Okay I give you 45 minutes. No late." Lalu talian diputuskan dan handphone dicampakkan sahaja ke dalam sling bag miliknya. Cermin mata hitam dipakai.
Bagaikan cepat masa berlalu hingga dia tidak sedar sudah 6 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke negara lahirannya. Namun tidak pernah dia menyesal kerana lebih baik dia berada jauh dari sini daripada terus berada di dalam kehidupan yang baginya bagaikan berada di dalam neraka.
Jika dia boleh mahu saja dia menetap disana buat selamanya. Jauh dari sini adalah lebih baik untuknya namun hanya ada satu sebab yang menghalang untuknya berbuat demikian.
Tiba-tiba terasa bahu dicuit membuatkan perempuan itu yang sedari tadi jauh mengelamun tersentak seketika. Lantas dia berpaling.
"Babe, aku rindu kau." Lantas dia rasakan pelukan kuat diberikan untuknya.
" Aku pun rindu kau juga. Dahlah peluk aku kuat sangat. Sesak aku nak bernafas." Gadis itu mencebik dan dilepaskan pelukan untuk si teman.
Dia sangat rindukan gadis itu. Kepulangan yang amat dia nantikan selama 6 tahun gadis itu membawa diri. Dan akhirnya gadis itu kembali ke sini sudah tentu dia rindukan segala memori mereka.
" Kau tahukan aku rindu kau sangat. Kaulah nak lari pun agak-agaklah bagi tahu aku kau ke mana. Nasib aku berjaya pujuk diorang jangan buat apa-apa." Ujar gadis itu bersama cebikan.
Namun untuk gadis di depannya hanya beriak tenang dan kosong. Tidak dia peduli kerana apa yang terjadi membuatkan hatinya cukup keras.
"Dahlah aku nak balik. But aku tumpang rumah kau dulu."
"Ikut suka hati kaulah Cik Riya Hanara asal kau berbahagia."
Laptop yang menyala itu dimatikan. Rasa lenguh leher kerana semalam dia terlelap sambil membuat kerja. Dia sendiri tidak sedar saat bila dia tertidur dan akhirnya dia bangun ketika subuh.
Rambut yang basah itu dilap dan dia duduk seketika diatas katil. Keluhan berat dilepaskan. Begitu cepat masa berlalu namun dapat dia rasakan keadaan masih sama.
Kedengaran pintu diketuk membuatkan dia berpaling. Kelihatan susuk tubuh kanak-kanak perempuan melangkah masuk bersama anak patung beruang yang diheret bersama.
"Daddy." Ujar suara halus itu membuatkan lelaki itu senyum dan lantas menggendong si anak.
"Yes Sugar. Having take a breakfast or not?" Soal lelaki itu kepada si anak. Satu ciuman dilabuhkan pada pipi kanak-kanak itu.
"I want breakfast with you. Ecah just makan sikit roti bakar." Jawab kanak-kanak itu.
"Okay kita makan sama-sama. But Ecah tunggu daddy dekat bawah." Ecah hanya mengangguk dan lelaki itu menurunkan si anak . Saat kelibat si anak berlalu dia mengeluh.
Semakin anaknya membesar semakin jelas iras raut wajah itu terhadap insan yang ada dalam hatinya. Senyum kelat mengingatkan itu namun tidak akan dia salahkan kerana itu karma buatnya.
Namun dia bencikan dirinya kerana dosa dia pernah lakukan Sophia Aisya menanggung kesannya.
" Maafkan daddy sayang."
YOU ARE READING
BUKAN CINTA SEMPURNA (OG)
Chick-LitRiya Hanara kesilapan lalu adalah dia terlalu baik hingga tanpa sedar itu yang memakan dirinya namun kini dia tidak akan biarkan diri dia bodoh! " Aku baik apa yang aku dapat! Aku hilang semua termasuklah lelaki yang aku cinta!" Tidak akan dia biar...