BAB 2

43 1 0
                                    

Segala barang yang dia bawa sudah dia simpan. Rasa bersemak kalau dia biarkan sahaja jadi dari sakit memandang baik dia rajinkan diri untuk berkemas.

Rasa panas pula mungkin sebab terlalu lama berada di luar negara dia masih tidak mampu hadam dengan suhu Malaysia. Ikatan rambut yang mula terasa longgar diketatkan kembali.

" Kau betapa ke dalam bilik dari tadi tak keluar?" Soal Eqin yang santai dengan t-shirt lengan pendek dan seluar paras lutut dengan rambut diikat bun saja.

"Aku kemas barang sikit. Rasa bersepah kau fahamlah aku sebab bukan macam kau silap-silap anak kucing boleh sesak."

Eqin mencuih mulut. " Amboi kau perang halus nampak tapi kalau kau rajin kemaslah untuk aku but free of charge eh belum masuk gajilah."

"Bila aku pun dah berejam kalau masuk bilik kau mahu hari ini kemas keluar subuh." Perli Riya dengan senyuman manis.

" Kau tunggulah aku kaya aku upah bibik 10 baru cantik bilik aku." Ujar Eqin.

"Ikut suka hati kaulah asal bahagia." Ujar Riya sambil merebahkan diri ke atas katil untuk menghilangkan rasa penat yang berlingkar pada tubuhnya.

Daniel menyelimuti tubuh kecil itu sambil melabuhkan ciuman kasih sayang pada pipi dan dahi anaknya. Senyum sendiri dia mengingatkan betapa aktif anaknya itu dan bila malam nasib tahu untuk tidur kalau tak kena dia paksa baru si anak ingin melelapkan mata.

Buku cerita yang dibaca untuk Aisya disimpan kembali. Rutin untuk dia bersama Aisya. Sudah cepat masa berlalu semakin membesar anaknya.

"Ecah besar nanti mesti cantik macam mama. Maafkan papa sayang sebab buat mama jauh dari Ecah." Ujar Daniel perlahan.

" Aku tak nak budak ni! Kau bawak jauh dari aku!"

Bagaikan terngiang dengan kata-kata itu namun itu semua berpunca darinya. Balasan untuknya kerana menyakiti cinta yang sepatutnya dia lindung bukan menyakiti.

Eqin menyua mug berisi air Milo kepada Riya yang tekun menghadap laptop. Riya mencapai walaupun mata masih menatap skrin.

" Khusyuk sangat kau dengan laptop? Ada apa-apa yang masuk ke?" Riya mengangkat mukanya.

"Aku tengah buat CV untuk aku apply kerja takkan aku nak menganggur sampai ke sudah." Lagipun sudah sebulan dia berehat dan rasanya sudah sampai saat untuk dia bekerja disini.

"Oh but aku rasa kau tak cari kerja pun tak apa duit setiap bulan masuk kot." Riya senyum sinis. Bukan dia tidak faham akan maksudnya Eqin.

"Yes, duit tu memang setiap bulan masuk sebab dah memang hak aku tapi aku takkan boleh berharap untuk selamanya." Ujar Riya.

" Aku harap kau tak kecik hati kalau aku tanya kau sesuatu." Ujar Eqin dan Riya hanya mengangkat bahu tanda terpulang.

" Dah sebulan kau ada dekat sini, kau tak nak jumpa diorang? Maksud aku parents kau ke...dia ke..." Ujar Eqin serba salah.

"Aku masih tak ada hati nak jumpa diorang. Lepas apa yang terjadi aku tak mampu nak lupakan segalanya. Hilang luka tak semestinya parut tak ada." Penuh dalam Riya berkata.

"Tapi kau tahukan mungkin sekarang ni dia dah membesar? Kau tak nak jumpa dia?" Soal Eqin lagi. Riya terdiam buat seketika.

" Aku dah buat tanggungjawab aku 6 tahun yang lepas. Cukuplah aku buat semua tu. Aku tak tahu tapi sama aku tak mampu nak terima kehadiran dia."

BUKAN CINTA SEMPURNA (OG)Where stories live. Discover now