Teaser LK Bab 23

41 0 0
                                    

Azril menoleh. Wajahnya yang sudah mulai berkumis nipis ini, berkerut. "Terima kasih? Untuk apa tiba-tiba kau ucap 'terima kasih' pada aku?"

Syahir menghela nafas, melepas senyuman. "Sebab ... kau selalu ada bila adik aku perlukan bantuan. Sedangkan aku sendiri tidak mampu hendak jaga dia," Syahir menunduk.

Azril senyum. Tipis sahaja senyumnya. Wajahnya ditundukkan. Memandang pada kaki sendiri yang bergantungan dari atas pangkin. "Aku ... tak pernah jaga dia, Hir. Dan, dia tidak pernah perlukan aku untuk jaga dia. Dia mampu dan selalu mampu untuk jaga dirinya sendiri. Dia terlalu 'kuat' untuk menerima bantuan aku, apatah lagi simpati."

Nafasnya dihela. Kecewa terselit di antara bait-bait katanya pada Syahir. Setiap kali dia berjarak dengan Syakila, setiap kalilah temannya itu diuji dengan bencana. Yang bukan kecil. Tapi yang melibatkan pertaruhan nyawa. Malah, maruah!

Tanpa sedar, terhela nafas dari dua bibirnya. Helaan yang membuatkan Syahir memberi perhatian pada dia.

"Kau tak faham, Ril. Kau memang tidak ada dekat dengan dia, tapi kau tinggalkan sesuatu yang dia boleh guna."

"Pisau? Pisau kecil yang hampir membuatkan dia disabitkan dengan kesalahan mencedera dan membunuh orang? Itu yang kau maksudkan? Yang kau ingin aku faham?"

Azril menggeleng sambil melakar senyum, sinis. Sinis yang tertuju pada dirinya sendiri. Rasa kesal pula bila dia pernah memberikan Sya pisau lipat. Dan, hadiah kecil itu hampir membuatkan sahabatnya itu tercampak ke dalam penjara, walaupun pisau itu menjadi di antara barangan kesayangan Syakila. Yang Azril nampak, gadis itu sering membawanya ke mana sahaja. Dijaga baik, dan sering dibelek.

"Aku silap. Silap bila aku layankan apa yang dia suka. Sedangkan, aku tahu kesukaan dia itu sesuatu yang merbahaya."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Lastik Kayu (Completed)Where stories live. Discover now