"Lastik kayu ini ada tiga cabang. Satu pemegang, dua yang mencapang. Dua yang mencapang itu, aku dan dia. Dan kau ... pemegang yang menyokong.
Aku nak kau simpan lastik kayu ini sampai bila-bila. Lastik kayu ini tanda persahabatan kita." - Azril.
St...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Assalamualaikum dan selamat petang. . Bersempena 16 September 2022 yang bakal menjelang, saya akan memberikan harga istimewa kepada yang ingin membeli novel Lastik Kayu. . RM16.90 (tidak termasuk kos pengeposan) hanya pada tarikh 16 September 2022 sahaja. . Pembelian boleh dibuat melalui dua cara: 1) WhatsApp saya bermula hari ini dengan memberikan butir-butir diri dan jumlah belian. 2) Beli di Shopee pada tarikh 16 Sep 2022 dengan memasukkan voucher code NORS169. . Bagi cara satu, pembayaran RM16.90 + pos RM7 SM RM10 SS perlu dilunaskan selewat-lewatnya pada tarikh 17 Sep 2022. . Kenapa tarikh 16.9? 16.9 Tarikh lahir saya. 16.9 Hari Malaysia . Kenapa novel Lastik Kayu? . 1) Novel yang paling banyak saya masukkan motivation quote.
2) Novel yang paling banyak mengajar saya tentang kehilangan, rasa syukur, reda, pengorbanan saudara, erti memaafkan, erti ketidaksempurnaan manusia dan erti kekuatan jiwa seorang wanita.
3) Novel ini juga wacana peringatan atau 'rotan' buat diri saya sendiri. Ia akan menempelak, merotan saya bila saya lupa diri.
4) Novel ini mengangkat darjat wanita. Jadi perempuan, tidak bererti lemah walau musuh berganda menerjah. Selagi bernyawa, selagi itu perlu mempertahan maruah. Degil biar bertempat. Cinta manusia bukan matlamat. Ikhlas dan sayang itu ukurannya, pengorbanan. Walaupun kita perempuan, berusia mentah, pernah terleka ... ia bukan halangan dalam mempertahan apa yang kita punya . Yang sudah beli, boleh beli lagi untuk dihadiahkan pada seseorang. Harga ini sudah cukup murah bagi buku berjahit, 600+ muka surat, ada penanda buku dan belian terus daripada penulis. . . #lastikkayu #swaterbit #istimewa16sep #norsamilasamsudin