hide and seek + 01

307 62 14
                                    

" huh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" huh.. huh.. "

kedua bahu naik turun akibat nafas yang tak teratur. kedua tangannya menggigil hebat dek kerana dia tersangat ketakutan.

manik-manik peluh jatuh membasahi seluruh tubuh. sekitar hutan yang gelap diperhati. dalam hati meronta berdoa agar dia tidak dipertemukan lelaki syaitan itu.

kim taehyung.

" m-macam mana ni? " suara berubah gagap. selok belok hutan diperhati cuba-cuba mencari jalan keluar sekiranya ada.

dia meneruskan langkah lagi berlari dan menuruni ke bawah dengan berhati-hati. walaupun pandangan mata terhalang akibat gelap itu semua langsung tidak menjadi masalah olehnya.

dia menyembunyikan diri di balik sebuah batu besar. tubuh sendiri dipeluk. menggigil dan kesejukan. dapat dia rasakan yang langit mahu menurunkan hujan.

bibir yang kering dibasahkan. beberapa kali dia berdoa agar dia selamat. selamat dari menjadi mangsa kepada lelaki yang bernama taehyung.

jihyo lee.

seorang gadis berusia 24 tahun.

gadis yang diculik taehyung sekitar setahun yang lalu.

gadis yang taehyung sangat cintai dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkannya.

taehyung terlalu mati obses pada jihyo.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hide And Seek | KTHWhere stories live. Discover now