hide and seek + 01

135 31 5
                                    

jihyo duduk memeluk lutut di atas lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jihyo duduk memeluk lutut di atas lantai. sambil merenung ke arah mangkuk di atas meja kecil dihadapannya yang berisikan air dan turut ada ikan kecil didalamnya.

air tersebut sudahpun berubah warna pudar dan dasar bahagian dalam mangkuk sudahpun bertukar kotor kerana sudah lama tidak dibersihkan.

sudut hujung bibir jihyo tersenyum nipis. dia tahu tidak lama lagi ikan ini juga bakal mati. adakah suatu hari nanti dia juga akan mati? atau lebih tepat mati di dalam tangan taehyung?

segenap wajah putih pucat itu menoleh memandang ke arah pintu yang berkunci. sudah seminggu taehyung mengurung dirinya di dalam bilik. langsung tidak beri izin untuk jihyo keluar dari bilik.

tidak lama kemudian, pintu bilik ditolak dari luar. taehyung masuk kedalam sambil membawa dulang berisikan sarapan. segaris senyuman lebar taehyung lempar lalu dia duduk di hadapan jihyo.

" makanlah. saya ada buatkan hyo sarapan ni. makan tau? " tutur taehyung lembut.

jihyo diam. senyuman yang melakar lebar tadi kini perlahan mengendur. mendapati yang gadis itu diam tidak mahu makan membuatkan amarah lelaki itu kembali muncul.

" kau pekak? aku kata makan! makanlah! " tengking taehyung kuat. kedua bahu jihyo naik akibat terkejut. dalam keadaan menggigil bergegas jihyo mencedok nasi lalu disumbat ke dalam mulut.

" good girl. " nada suara kembali lembut. rambut jihyo diusap.

hide and seek.

Hide And Seek | KTHWhere stories live. Discover now