hide and seek + 14

101 24 0
                                    

suasana berubah sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

suasana berubah sunyi. pergelutan mereka diakhiri dengan kedua dari mereka serentak jatuh menjunam ke tingkat bawah. dan kini kedua tubuh mereka sedari tadi tidak bergerak.

jari-jemari milik taehyung bergerak sedikit demi sedikit. bebola mata yang masih terlindung di bawah kelopak mata bergerak-gerak. tubuhnya seakan tidak boleh bergerak. tersangat sakit.

" akh.. "

kedua mata dicelik. dari ekor mata melihat kelibat tubuh jihyo yang terbaring kaku secara meniarap tidak jauh darinya. dengan nafas yang tidak teratur taehyung cuba bangun ingin menghampiri jihyo.

mujur mereka jatuh tidak terlalu tinggi. hanya sedang-sedang. tetapi jatuh dari ketinggian itu juga sudah menyakitkan apa ntah lagi kalau setinggi tiga tingkat.

di bahagian sisi kepala sudah meninggalkan kesan darah kering. kedua mata dipejam celik beberapa kali. rasa sakit diseluruh tubuh diendahkan. lelaki itu masih beranjak ingin menghampiri gadisnya.

pada masa yang sama. jihyo juga terjaga. nafas jihyo berubah perlahan. air matanya bergenang menahan sakit di seluruh tubuh. jihyo semakin menangis tika melihat taehyung yang sudah dekat kearahnya.

" shh, jangan menangis... "

sebelah tangan jihyo dicengkam. tubuh jihyo ditolak bagi mengubah posisi menjadi berbaring.

sekelip mata taehyung naik menindih tubuh kecil jihyo. sebelah tangan yang berdarah mengusap pelan pipi jihyo lembut. taehyung bernafas berat. lelaki itu tertawa. berasa bangga yang jihyo kini sudah kalah. dia berjaya mendapatkan jihyo.

" akhh.. " belakang kepala dipegang. dapat taehyung rasakan yang belakang kepalanya seakan berair. yang pasti berair disebabkan darah.

" l-lepaskan saya taehyung. " jihyo menangis.

ibu jari taehyung naik mengusap sisi kepala jihyo yang turut mengeluarkan sedikit darah. hanya sedikit tidak banyak seperti dirinya.

" ah, really love this game. we're fall from above together. how sweet. do you too, jihyo? "

jihyo menangis. semakin takut melihat tingkah taehyung yang menatapnya seperti seorang psycho. bertambah lagi seram dengan darah diwajahnya.

" k-kau tak akan tinggalkan aku kan jihyo? j-jangan tinggalkan aku please.. " taehyung menangis.

" a-aku tak boleh hidup tanpa kau. aku sunyi. kalau kau tiada. s-siapa lagi aku nak ajak bual? s-siapa lagi aku mahu sayang? kau tak tinggalkan aku kan? hm? "

wajah taehyung mendekat pada jihyo. sebelum taehyung bertindak mahu mencium bibir gadis itu. kedua tangan jihyo mencengkam bahagian luka di sisi kepala taehyung kuat. taehyung menjerit. tubuh taehyung ditolak ketepi.

dalam keadaan terhinjut jihyo bangun dan lari ke arah belakang rumah. garaj kereta di belakang rumah menjadi tempat jihyo tuju. bergegas jihyo menerobos masuk secara meniarap menyorok di bawah kereta.

kedua tangan menerkup mulut. menahan esakan dari terhembur keluar.

hide and seek.

Hide And Seek | KTHWhere stories live. Discover now