hide and seek + 20

101 24 0
                                    

anak mata melinar bergerak di setiap sudut tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

anak mata melinar bergerak di setiap sudut tempat. sebuah kereta yang terletak di hadapan rumah dituju. bergegas dia hampiri kereta tersebut. pintunya dibuka lalu dia meloloskan diri ke dalam.

semakin menggigil tumbuhnya tika melihat susuk tubuh lelaki itu yang berlari ke arah tempatnya sekarang. nafasnya semakin tidak teratur. menggeletar tangan mahu memasukkan kunci ke dalam lubang kereta.

" keluar jihyo!! sial- "

BAM!

BAM!!

tingkap di sebelah jihyo dihentam kasar menggunakan kapak. tingkap kereta berubah retak. taehyung diluar semakin gila memukul tingkap kereta menggunakan kapak beberapa kali.

enjin kereta dihidupkan. jihyo mengundurkan kereta laju. tersentak badannya tika belakang badan kereta menghentam kuat bahagian dinding rumah.

" jihyo sayang. kau nak pergi mana? kau nak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang ke? please jangan tinggalkan aku. keluarlah, buka pintu ni. a-aku janji lepasni aku akan layan kau elok-elok- "

segenap wajah yang dipenuhi darah itu dilihat. taehyung memasang raut wajah merayu. kedua tangan yang dipenuhi darah itu ditekap pada tingkap kereta.

" aku takkan sesekali termakan dengan lakonan kau. kau dengan kata-kata bodoh kau tu boleh pergi mati. "

jihyo berkata dengan nada penuh amarah dan geram. melihat balasan yang dilontarkan begitu. wajah taehyung yang tadi sedih kini berubah tegang. rahang diketap rapat.

lantas taehyung melompat (?) naik ke atas kereta di bahagian depan. kapak ditangan memukul kuat cermin kereta. jihyo menjerit sambil memejamkan mata terkejut dengan tindakan gila taehyung.

" aku kata keluar !! "

tanpa sadar jihyo menekan kuat pedal minyak. disebabkan itu tubuh taehyung bergolek naik di atas bumbung kereta sehingga kebelakang. tubuhnya jatuh menyembah atas tanah kasar.

kereta yang dipandu jihyo laju bergerak meninggalkan perakaran rumah.

hide and seek.

Hide And Seek | KTHWhere stories live. Discover now