hide and seek + 10

103 27 5
                                    

" bangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" bangun. "

satu sumber suara mengejutkan dia. kedua kelopak mata dicelik pejam seketika. cahaya lampu yang menerangi sebahagian ruangan yang gelap itu serba sedikit menampakkan tubuhnya yang sekarang didudukinya di atas kerusi bersama kedua tangan yang diikat dari belakang.

" t-taehyung? "

kedua tangan naik menyilang di dada. lelaki itu duduk di hadapan jihyo dengan memasang raut wajah datar. jihyo memejam mata semula. dapat dia rasakan ada cecair hangat mengalir di sisi kepala. iaitu darah.

" sampai bila kau nak jadi macam ni? bangun jihyo. tolonglah, bangun dari dunia imaginasi kau. aku─ "

" l-lepaskan ikatan tali tangan saya, taehyung. s-sakit. s-saya janji yang saya tak akan buat apa-apa. please..? " setitis air mata jatuh mengalir. jihyo menatap sayu ke arah taehyung yang turut memandangnya.

taehyung diam. tidak berkata apa-apa lelaki itu bangun mengatur langkah kebelakang jihyo. ikatan tali yang terikat ketat di tangan jihyo dibuka.

" degil. aku kata jangan lari dari aku kan? kau nak aku penggal kepala kau ke hm? " bisik taehyung tepat disebelah telinga jihyo.

makin menggigil tubuh jihyo tika taehyung dengan selamba mengusap pipi kanannya menggunakan hujung bilah kapak. taehyung tertawa. suka melihat jihyo ketakutan sebegitu.

" nasib kau memang baik harini. aku tak tetak kepala kau tadi. tak sampai hati. kalau tak dah lama kepala kau jadi makanan anjing aku. "

hide and seek.

actually aku ngisau nak pub cita ni HAHAHAHAH :"))

Hide And Seek | KTHWhere stories live. Discover now