"Tak sangka awak boleh pengsan lagi lepas saya balik." Hinata tertawa kecil.
Aku menggaru kepala.
"Hehehehe... Pening oo nak terima semua benda ni."
"Hehehehe takpe kali saya bawak awak pusing satu Konoha. Nak?" Hinata mengajak aku.
Aku apa lagi.. terima lah. Bukan selalu en.
"Uishhh rezeki jangan di tolak." Kata aku. Aku sebenarnya excited.
"Okay jom"
Kami berdua berjalan sekitar Konoha. Ada juga yang terkejut melihat aku. Yelah.. Klan hyuga cuma ada hanabi dengan hinata je. Tiba tiba aku lak muncul.
"Hinata" panggil seseorang saat kami melepasi satu kedai bunga.
"Oh Ino. Hi."
Aku hanya memerhati tingkah Hinata dengan Ino.
"Lama kau tak singgah sini. By the way ni siapa?" Ino memandang aku. Mesti lah pelik... Tiba tiba aku ada byakugan.
"Ouh ni kawan baru kita. Baru je masuk kampung ni 3 hari lepas. Kebetulan dia ada byakugan. Tu yang aku tolong dia." Hinata menerangkan keadaan.
"Kawan? Bukan clan kau cuma hanabi dengan neji ke?"
Aku dah garu kepala. Ah sudah.. macam mana nak terangkan ni? pening pale aku.
"Okay lah cerita nya macam ni...." Hinata pon cerita dari A sampai Z apa yang terjadi kat aku. Aku lak hmmm nak menyampuk rasa macam tak sopan so aku berjalan melihat pokok bunga yang Ino jual. Aku tertarik dengan bunga ros merah. Cantik. Aku menunduk menghidu bau bunga ros merah tu. Wangi gila!
"Hi Ryuu"
Aku mengangkat muka. Ternyata. Naruto dengan Sakura.
"Eh Naruto! Sakura!"
"Hi... Buat apa kat sini?"tanya Sakura.
"Tu ha. Hinata ajak jalan jalan pusing satu Konoha. Tu dia tengah terangkan pasal aku."
"Ooooo" Sakura mengangguk faham.
"Hi." Satu suara lelaki menyapa aku.
Lelaki yang berambut putih. Mata sebelahnya ditutup. Begitu juga dengan separuh muka nya ditutup juga. Di tangannya ada buku icha icha tac tic.
Aku terkejut.
"Ka..ka..kakashi sensei?!"
"Eh aaaa betul lah tuh.Ryuu kan? Yang Tsunade-sama rawat 3 Hari lepas kan?" Kakashi mahu kepastian dari aku.
"Aa..aaa iya." Gagap pulak aku. Hadehhh jumpa Kakashi real ni.... Lain macam tul. Hensem gilak.
"Okeyh lah nanti esok jumpa saya dekat tempat latihan. Tak tau nanti minta tolong naruto tunjukkan jalan. Okeyh?"
"Ha? Aa.. ermm okey.. Tapi pu.. pukul berapa?" Aku ingin memastikan waktu.
"Ermmm pukul 4 lah"
Aku mengangguk
"Sakura Naruto sensei nak bagi laporan dekat Tsunade-sama. Nanti balik rehat. Naruto esok nanti ajak Ryuu ke tempat latihan."
"Baik sensei!" Serentak mereka berdua bercakap
"Okeyh lah.. daa" Kakashi sensei terus berlalu. Meninggalkan kami bertiga.
"Lahh dah pergi dah kakashi sensei. Baru nak ajak ngeteh." Ujar satu suara dari belakang. Aku menoleh. Ouh Ino rupanya.
"Nah untuk awak, Ryuu." Ino menghulurkannya sejambak bunga ros merah.
"Eh.. tapi.. siapa yang bagi?" Aku mengambil jambangan bunga ros tu dari Ino. Cantik nya bila dah digubah.
YOU ARE READING
CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHA
FantasíaMASASHI KISHIMOTO TANAKA RYUU, nama jepun untuk gadis melayu yang bernama AMANDA BALQIS. Asalnya dia hanya minat untuk menonton cerita anime Naruto Shippuden. Namun semuanya menjadi nyata, apabila dia tidak sengaja membeli Kura Kura otsutsuki yang d...