Chapter 25: SECRET MISSION (COMPLETE)

31 3 0
                                    

Aku cuba untuk membuka mata. Terasa sakit lagi badan aku. Aku melihat sekeliling. Ouh, masih lagi dalam sel penjara aku. Tapi kali ini aku berbaring beralaskan bantal dan berselimut. Aku cuba untuk bangun.

"Aihhh sakit betul. Sial betul danzo. Tak de perikemanusiaan. Entah macam mana dia boleh jadi pengarah anbu pun aku tak tau." Sempat aku maki hamun si danzo.

Aku melihat sekeliling samar samar. Yelah hanya berbekalkan cahaya api obor obor. Namun mata aku tertarik dengan satu figura anbu yang sedang duduk memeluk tubuh sambil menyandarkan badan nya ke dinding sel penjara aku. Disebabkan posisinya membelakangi aku dan dia berada diluar sel aku, so aku tak dapat nak teka siapa dia. Plus anggota anbu kan pakai topeng dekat muka.

Aku cuba untuk mendekati namun kaki aku masih lemah. Aku mengesot pergi ke arah anggota anbu itu. Rambut dia... aku kenal. Aku amat kenal.

"Kakashi-sensei?" Panggil aku dengan nada berbisik. Aku cuba menegur anggota anbu tersebut. Takut salah orang kang buat malu jer nanti.

Anggota anbu yang sememangnya peka dengan persekitaran even mereka tengah dalam keadaan tidur sekali pun bergerak sedikit. Tanda dia mendengar bisikan aku. Anggota anbu itu menolah ke arah aku.

Terus sahaja dia menanggalkan topeng anbu dia. Dia memandang aku dengan penuh riak kerisauan.

"Betullah itu awak Kakashi-sensei." Aku tersenyum memandang empunya badan itu. Rindu pun ada.

"Daijobu ryuu? Masih sakit lagi? Awak okay?" Bertubi tubi soalan Kakashi-sensei untuk aku.

"Saya okay. Mestilah sakit. Tengok muka saya lebam ni. Sakit tau." Saja aku mahu mengadu. Mahu lepas rindu.

Kakashi-sensei memerhati segenap muka aku. Pandangan dia semakin risau dan sedih.

"Maaf sebab libatkan awak dalam misi rahsia kali ni." Aku tahu Kakashi-sensei merasa bersalah sebab libatkan aku.

"Tak apa lah Kakashi. Memang ni tugas saya kan. Walaupun saya dalam penjara, at least saya boleh berbakti untuk konoha lagi." Balas aku sambil tersenyum manis memandang kakashi-sensei.

"Kenapa awak baik sangat? Awak tak dendam ke? Selama awak kat sini badan awak tak pernah tak terluka." Kakashi-sensei seakan marah dengan aku yang terlampau baik.

"Ada orang pernah pesan dekat saya dulu. Biar orang buat kita, kita buat ramen." Selamba aku berkata.

"Lahhhhhh... Siapa punya pesanan ni? Ahahaha... Pun boleh macam tu." Terlihat Kakashi-sensei yang mula ketawa dan tersenyum. At least kurang lah sikit kerisauan dia.

"Eh jap mana Naruto?" Aku baru perasan yang naruto tak hyper. Selalunya dia akan bising.

"Ouh naruto dia dah dibebaskan masa awak pengsan tadi. Lepas awak bagitahu niat sebenar Danzo terus dia nak dibebaskan sebab nak selamatkan sasuke." Panjang lebar Kakashi-sensei terangkan keadaan.

"Dibebaskan? Tanda sumpahan tu? Bila dia pergi? Kenapa Kakashi-sensei tak pergi jugak?" Bertubi tubi soalan aku. Aku cuba untuk membetulkan posisi duduk aku.

"Ya dibebaskan untuk kejar danzo. Tanda sumpahan tu penjaga penjara dah leraikan. Naruto pergi lepas awak pengsan. Saya tak pergi sebab aku k3na perhatikan kau." Terang kakashi-sensei. Dia duduk bersila memandang aku.

"Jangan begitu. Saya okay dalam penjara ni. Kakashi-sensei  pergi lah. Takut jadi apa apa kat naruto. Saya risau kyubi naruto tu. Sensei pun tau kan."

"Tapi awak..." belum sempat Kakashi-sensei nak habiskan ayat dia aku cepat cepat potong.

"Jangan risaukan saya. Jalankan misi awak sensei. Misi lagi penting." Kata aku. Aku tak nak kerana aku Kakashi-sensei tidak turun padang.

Kakashi-sensei memandang aku dengan pandangan yang berat. Aku tahu dia susah nak tinggalkan aku.

"Pergi je sensei. Saya okay." Aku cuba meyakinkan Kakashi-sensei.

Dengan hati yang berat Kakashi-sensei memutuskan untuk pergi ikut Naruto.

"baiklah kalau itu yang awak nak. Saya pergi dulu. Jaga diri Ryuu. Saya janji saya balik saya akan bebaskan awak." Kakashi-sensei memandang mata aku dengan penuh pengharapan dan menjanjikan diri aku akan bebas nanti.

"baik lah saya tunggu awak sensei." aku menghadiahkan senyuman manis kepada Kakashi-sensei. Kakashi melangkah pergi.

Kini tinggal aku keseorangan didalam sel penjara yang suram. Aku cuba untuk mengubah kedudukan aku, satu badan aku sakit. Aku kembali ke posisi baring. Aku memandang siling sel penjara aku. Tugas aku dalam misi rahsia kali ini sudah selesai. Minda aku mula membayangkan muka muka orang yang aku sayang. Hehehehehe rindu pula. Mata aku semakin memberat. Makin lama semakin gelap dan akhirnya aku tertidur.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Kakashi POV,

Kakashi mula mengejar langkah Naruto. Dari maklumat terkini yang aku dapat. Danzo dah mati kat tangan sasuke. Namun Yamato kata Naruto masih belum tiba. Hanya dia dengan sakura sahaja disitu. Kakashi memperlajukan langkahnya. Selang beberapa minit perjalanan dari kejauhan Kakashi melihat kelibat Naruto.

"Naruto!" jerit Kakashi.

Naruto memalingkan kepala kebelakang.

"Sensei! Kenapa sensei dekat sini? Ryuu siapa jaga?" Bertubi tubi soalan dari Naruto.

"Ryuu suruh saya sertai kamu. Ryuu kata dia boleh jaga diri dia. Dia suruh saya perhatikan kamu. Plus inikan Pasukan 7. Kamu semua atas jagaan saya. Takkan saya nak biarkan anak buah saya pergi macam tu je?" Kata Kakashi.

"Baik! terima kasih Ryuu. awak buat saya lebih semangat untuk selamatkan sasuke." kata Naruto.

" Jom sambung perjalanan."

Naruto mengangguk. Mereka berdua kembali menyambung perjalanan mereka. Kakashi baru teringat sesuatu.

"Naruto. tadi Yamato ada bagitau saya yang Danzo dah mati." kata kakashi. riak muka nya tenang.

"Apa? Danzo dah mati?!" Naruto terkejut.

"ya dia dah mati dekat tangan Sasuke. Kita sekarang misi kita bawak pulang sasuke kembali." kata Kakashi. Kakashi memandang sekilas muka naruto. Jelas riak terkejut dan tidak percaya.

"Takkan sasuke dah sehebat itu? Nampaknya kawan saya yang tu dah lebih maju tapi jalan dia je yang salah. tak pe sasuke. aku janji akan bawak kau balik ke Konoha. tu janji aku dekat itachi." Riak Naruto perlahan lahan berubah menjadi lega.

Kakashi yang dari tadi perhatikan naruto mengerti apa yang difikirkan naruto. Naruto mengingatkan kakashi kepada uchiha obito iaitu sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Mata kirinya disentuh lembut.

'Sekurang kurang ini adalah salah satu kenangan obito dan............. rin' Kata Kakashi dalam hati.

Dia tak mahu Naruto juga merasakan apa yang dia rasa bila sahabat sendiri tak dapat diselamatkan dengan tangannya sendiri dan kakashi berjanji akan membantu naruto dan akan membawa murid dia kembali ke konoha. Sebab kami semua masih kumpulan 7 meski sai dengan Ryuu ditambah ke dalam team 7.

BERSAMBUNG........................

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now