Aku memerhati sekeliling kampung konoha. Penduduk kampung semua bekerjasama membantu membaiki dan membina rumah rumah yang sudah roboh dan rosak. Agak teruk juga keadaan kampung konoha.
Terlihat ninja dari kampung lain juga turut hulurkan bantuan. Aku masih dirawat dan bersama tongkat serta kaki yang berbalut. Kata sakura selain cedera aku kena tusuk kaki aku juga patah. Aku memegang perut aku yang berbalut. Masih terasa nyilu sakit nya.
"Ryuu... Buat apa kat sini?" Tegur satu suara. Aku menoleh. Terlihat Kakashi-sensei sedang mengangkat kayu kayan. Penuh tangan dia.
"Ouh saja ambil angin." Kata aku. Tangan aku masih setia memegang balutan dekat perut aku.
"Kan awak masih belum pulih. Luka awak tu pun baru jahit kan. Haish degil. Tunggu sini kejap." Kakashi meletak semua kayu yang tadi dia gendong ke tanah dan berlari meninggalkan aku. Aku terpinga-pinga. Namun aku biarkan sahaja.
Takkan nak kejar? Luka pun tk sembuh lagi.
Tak lama selepas itu Kakashi-sensei kembali dengan mengusung kerusi roda.
"Awak duduk sini." Arah Kakashi-sensei.
"Eh tk pe sensei banyak lagi orang yang perlukan kerusi roda selain saya. Saya kuat lagi ni." Aku menolak.
"Jangan tipu saya Ryuu. Awak dari tadi pegang luka awak tu kan. Lagi satu kaki awak kan patah. Dah banyak pula alasan awak. Duduk atas ni atau saya yang dudukkan awak?" Ugut Kakashi-sensei.
"Tak pe....." Tak sempat aku habiskan ayat terus badan aku didukung dan diletakkan diatas kerusi roda secara perlahan-lahan.
Aku menahan malu. Habis orang yang lalu lalang perhati aksi Kakashi-sensei dukung aku tadi.
"Kan saya dah kata tadi." Kakashi-sensei berbisik ditelinga aku. Aku tersentak. Suara Kakashi-sensei berbeza. Kenapa suara dia agak dalam dan... Seksi. Jantung aku berdegup laju.
"Awak makin kurus dan sekarang. Sian awak ya penat sangat ya dengan dunia ninja." Kakashi-sensei menggosok lembut kepala aku.
Wahhhhh rasa dihargai. Aku tersenyum memandang Kakashi-sensei dan mengangguk.
"Baikkkkkk. Nanti saya makan ya." Teringin aku nk peluk Kakashi-sensei sekarang ni. Tapi kami dekat public. Ramai orang.
Tak semena-mena badan aku dipeluk. Aku terkesima. Satu badan aku kaku. Mata aku terbeliak.
"Nanti bila rumah saya dah siap saya masakkan awak makanan ya?" Pujuk Kakashi-sensei. Kemudian pelukan dileraikan.
Aku masih dengan keadaan terkejut plus malu.
"Ehehe... okay lah saya nak sambung kerja awak jaga diri ya. Jangan jauh sangat dari sini okay?" Sempat kakashi-sensei menasihati aku sambil tangan nha mengutip kembali kayu kayan yang dia bawak tadi.
"Okay... jaga diri juga sensei."aku juga menitipkan nasihat supaya dia berhati hati. Kakashi-sensei mengangguk sebelum pergi menyambung kerja nya.
Aku memerhati langkah kakashi-sensei sehingga dia hilang dari pandangan mata aku. Aku tersenyum. Tak sangka akan dilayan seistimewa ini.
"Ehem ehem untung ler orang tu dah tak single dah. Habis jiwa single aku tersakiti-ttebayo" kata seseorang. Hmmm kalau berdattebayo ni siapa je lagi kalau bukan si Uzumaki Naruto anak si Uzumaki Minato ni.
"Biasalah orang cantik macam aku memang ler jadi macam ni." Seloroh aku. Naruto menayangkan muka toya.
"Ha? Cantik? Takde siapa pun yang lebih cantk dari mak aku. Sebab tu anak dia hensem macam ni. MUAHAHAHAHA." Naruto pula yang memuji diri sendiri.
Aku tergelak kecil.
"Memang mak kau cantik pun. Ayah kau sekali. Ayah kau paling hensem lah. So tak heran kenapa kau hensem. Tapi aku heran kenapa kau benak sangat, sebab mak ayah kau lain sikit."
"Woi lebih ni ha. Tau ler aku ni slow learner. Tak yah lah cakap macam tu-ttebayo." Merajuk naruto sambil tangan dia menguis pasir.
"HAHAHAHAHAHAHA..... gurau je pun. Kalau kau tak hebat tak de nya kau boleh kalahkan pain. Kau akan jadi hokage. Percaya lah." Puji aku.
"Ehehehehe... ha aku tau aku hebat kau je tak tau. MUAHAAHAHAHA." Naruto kembali bongkak. Aku hanya tergelak. Bior le dia nk bahagia. Malas nak potong kebahagiaan dia.
"Jangan dilayan otak gila dia tu Ryuu. Nanti dengan kau kau sekali gila macam dia."kata satu suara dari belakang. Aku menoleh. Neji.
"Halah kau neji. Kau jealous kan? Kau jealous aku pro en? Cakap je lah" Naruto start mengacau Neji.
"Tak makna nya aku nak jealous dengan kau yang tak betul. Baik kau gi sambung kerja kau. Tengok aku. Aku dah siap dah. Tak macam orang PRO macam kau. Buat kerja pun lambat." Sengaja Neji tekan kan perkataan PRO tu. Perli katakan.
Aku tergelak. Lantak korang lah nak bertekak pun.
"Ye lah ye lah aku nak rehat sekejap pun tak boleh-ttebayo." Terus Naruto sambung menolong orang kampung dan ninja lain. Merajuk lah tuh. Aku tergelak kecil.
"Kau macam mana Ryuu? Sakit lagi?" Tanya neji. Jelas riak muka Neji betul betul risaukan aku.
"Sakit je ni tapi aku malas nak layan sakit ni. Tu yang aku keluar nak amik angin luar ni ha." Kata aku. Memang sakit dan nyilu. Tapi apa aku boleh buat? Benda dah nak jadi en.
"Terima kasih sebab selamatkan choji dan tak sangka kau dah boleh guna jutsu yang aku ajar dulu tu."
Aku terkejut. Neji ada ke waktu tu?
"Ehhh kau ada ke waktu tu?"
"Ada masa tu aku baru sampai. Aku tengok kau tengah buat jutsu tu. Aku terkejut sebab sebelum ni aku latih kau, kau masih tak leh buat. Bila aku tengok hari tu aku kagum tapi bila aku tengok balik chakra kau guna byakugan aku, aku terkejut tu chakra last kau. Kau gabungkan jutsu tu dengan taijutsu kau. Kau jadi laju gila. Semua jadi dalam sekelip mata. Tau tau kau dah kena tusuk." Panjang lebar Neji ceritakan balik kejadian itu.
Aku sendiri tergamam. Tak sangka aku sebegitu.
"Masa tu semua orang berlari ke arah kau. Naruto pula marah gila dengan Pain. Kami semua cuba nak hentikan bleeding kau tapi tak boleh. Even Tsunade-sama datang healkan kau. Darah kau tak henti henti mengalir dan kami masa tu dah tau kau dah tak de." Neji memandang langit.
Sedih ke dia?
"Korg sedih ka masa aku mati tu?" Polos soalan aku.
"Kau gila ke tak sedih. Tengok kawan sendiri mati depan mata. Lagi lagi Kakashi-sensei." Tambah lagi neji.
Aku tersenyum. Tak sangka seramai ini yang kisah pasal aku. Aku memandang Neji. Aku memandang langit. Dunia ini beri aku banyak benda yang aku tak pernah rasa didunia sebenar.
"Tak pa yang penting aku dah nak sihat balik. Aku bahagia sangat ada orang sayangkan aku. Tak sia sia aku masuk dunia ni. HAHAHAHAHA." aku menutup mata menikmati suasana. Aku kalau boleh tak mau balik ke dunia aku.
"mestilah semua sayang kau..." belum sempat Neji habiskan ayat.
"Ryuu tunduk!"
BERSAMBUNG....
YOU ARE READING
CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHA
FantasíaMASASHI KISHIMOTO TANAKA RYUU, nama jepun untuk gadis melayu yang bernama AMANDA BALQIS. Asalnya dia hanya minat untuk menonton cerita anime Naruto Shippuden. Namun semuanya menjadi nyata, apabila dia tidak sengaja membeli Kura Kura otsutsuki yang d...