{βαβ 9}

9.6K 245 3
                                    


"Nah" Afkar Bukhari menghulurkan satu plastik berisi coklat pelbagai jenama.Antaranya FERRRREEEERRRROOOOOO RRROOOOOSSSSHHHHHEEEERRR.

"Untuk saya ke? " sambut Kamila Humaira.

"Yelah, tengok tadi macam kempunan sangat" balasnya datar.Kamila Humaira tersenyum gembira.

"Terima kasih awak".

"Hmm".

"Humaira, kau tak nak bangun solat ke? " Afkar Bukhari mengoncang lembut bahu isterinya.

"Erm kejap" dia masih mamai lagi.Kebiasaannya dia bangun setengah jam awal sebelum subuh supaya tidak mengantuk masa solat.

"Cepatlah aku dah siap ni" dia sudah siap bentangkan sejadah lagi untuk mereka berdua.Malas-malas Kamila Humaira bangun bergerak ke bilik air.Sempat lagi dia menguap besar.Bini siapalah tu?

"Elok-elok belajar" pesan Afkar Bukhari ringkas.Hari ini suaminya terlebih rajin hantar sampai ke depan muka pintu masuk universitinya.

"O-okay, awak pergilah kerja.Orang pandanglah" dari tadi mereka diperhatikan.Almaklum suami dia kan femes.Cis!

"Okay, apa-apa call aku".

"Bye awak" malu tapi mahu.

"Bye" nasib suaminya balas kalau tak dia rasa mahu menyorok bawah meja.

"Amboi, bahagia lah orang tu cik abang hantar sampai ke depan pintu" usik Ezzati.

"M-mana ada ish kau ni" dalihnya.

"Anyway kau ingat kan yang aku nak bertunang nanti? ".

"Ingatlah apa pulak tak ingat.Kan aku nak teman kau".

"Datang tau, aku tak kisah kalau kau bawak suami kau yang penting kau kena ada" tekan Ezzati.Dia sudah teman Kamila Humaira pada hari mereka berkahwin jadi dia mengharapkan benda yang sama.

"Aku bawak diri jelah eh? Nak bagi hadiah kau bertunang je belum kahwin lagi".

"Ah takde-takde aku nak hadiah jugak.Yang penting bukan buah tau" sudah jadi kebiasaan pada apa-apa majlis mesti ada yang bagi sebakul buah.

"Memilih pulak kau, suka hati aku lah nak bagi apa" decit Kamila Humaira.

"Sudah! Ana tidak mahu dengar lagi.Jom masuk class" walaupun kelas mereka berbeza, mereka tetap jalan bersama.

"Nanti tema wedding kau apa? " soal Afkar Bukhari sambil menyelak fail kerja.Sudah jadi rutin harian buat Lutfi Ashraf untuk lepak di pejabat Afkar Bukhari.

"Akad nikah of course putih.Bersanding tu aku dengan Daaria pilih warna frost blue sebab time malam kan" terang Lutfi Ashraf.

"Kalau aku datang time bersanding je tak boleh ke?".

"Kenapa pulak? ".

"Yelah panaslah siang-siang.Dahlah akad nikah kau buat dekat tempat terbuka.Basah ketiak aku" rungut Afkar Bukhari.Dia kurang gemar pergi majlis terbuka.

"Ish mengada-ngada.Okay kalau macam tu bersanding aku nak nampak batang hidung kau dengan Kamila.Kalau takde aku tak nak bersanding" ugut Lutfi Ashraf.

"Ugut-ugut pulak kau ish, anyway Marina ada sekali kan? ".

"Mestilah ada, dia kan dah balik Malaysia.Apasal?" soal Lutfi Ashraf pelik.

"Nak jumpalah, dah lama tak tengok muka dia" kali terakhir dia jumpa Marina pada hari dia jemput Marina dari lapangan terbang.

"Jumpa lah tapi jaga hati bini kau tu.Kalau dia okay aku tak kisah kau nak jumpa Marina" tegas Lutfi Ashraf.Dia tidak mahu adiknya dicop sebagai perosak rumah tangga orang.

The Chosen WIFE (Completed) Where stories live. Discover now