"Ma... Macam mana nak buat sup ikan? "."Kamu nak buat apa dengan sup tu? " tanya Puan Sri Afrina pelik.Kena sampuk ke?
"Untuk Humaira lah, dia tak habis pantang lagi kan" jawab Afkar Bukhari.Dia baru selesai siang ikan.
"Ikan kamu mana? Macam mana nak buat sup kalau bahan utama takde".
"Ni" Afkar Bukhari menunjukkan ikan yang dia siang sebentar tadi.Tiada rupa ikan langsung.
Akhtar Bukhari yang kebetulan masuk ke dapur turut tengok apa yang adiknya tunjuk.
"PFFT HAHAHAHAHHAAHA! NI IKAN KE APA HAHAHAHA" dia ketawa besar.Hancur ikan tu.
Terus monyok wajah adiknya.
PUK
"Aduh?!" selamat kepala Akhtar Bukhari di ketuk dengan senduk oleh Puan Sri Afrina.Mata mamanya mencerlung pandangnya.
"Lain kali tak reti, minta tolong.Ni ikan dah jadi macam ni mana boleh buat sup! Pergi ambik ikan lain" marah Puan sri Afrina.
Afkar Bukhari turut arahan mamanya.Dia mengeluarkan ikan lain dari peti sejuk.
"Kamu tumbuk bawang putih, halia dengan bawang merah sekali.Tumbuk jangan kisar" arahnya.Dia menunjukkan batu lesung di kabinet bawah.
"Letak garam banyak mana ma? ".
"Secukup rasa" macam mana nak tahu secukup rasa?
"Satu sudu kecik cukup ke? ".
"Trylah, lepastu rasa balik.Tak cukup tambah lagi" jawab Puan Sri Afrina.
Dia meletak satu sudu kecil garam dan gaul.Kemudian dia rasa kuahnya.Hmm bolehlah.Dia mengambil dulang dan mula menyusun sepinggan nasi, satu mangkuk sup ikan dan air kosong.
Tok tok
Dia ketuk pintu dulu baru masuk.
"Lah, kenapa awak bawak sampai ke sini? Saya boleh je makan dekat luar? ".
"Kau tak sihat lagi, mana boleh gerak.Dah duduk makan, aku suap.Aku buat sendiri tau sup ni cuma ikan mama siangkan" beritahu Afkar Bukhari teruja.
Kamila Humaira turun dari katil dan duduk di kerusi bersebelahan meja kecil.
"Awak dah makan ke? " tanya Kamila Humaira.
"Belum, kejap lagi aku makan" dia sibuk sediakan makanan untuk isterinya, jadi dia tidak sempat makan.
Kamila Humaira mengangakan mulutnya.Sedap juga sup ikan suaminya buat.Habis nasi dia makan.Biasanya akan tersisa sedikit sebab dia kurang berselera selepas anaknya pergi.
"Kau nak apa-apa lagi tak? Kalau nak aku pergi ambikkan" Afkar Bukhari menyusun pinggan mangkuk.
"Bukannya saya boleh makan pun kalau saya minta" makanan yang dia teringin makan bukanlah makanan yang sesuai untuk diambil semasa berpantang.
"Tahanlah sikit, lagi seminggu je nak habis pantang.Lepastu aku bawak kau keluar pergi makan okay? " pujuk Afkar Bukhari lembut.
Kamila Humaira mengangguk faham.
"Boleh tak harini... Awak bawak saya pergi kubur anak kita? " Afkar Bukhari yang baru melangkah terhenti.
"Harini? ".
"Ye, kalau tak boleh takpelah kita pergi hari lai-".
"Boleh, nanti bersiap.Aku bawak kau pergi sana kejap lagi" balas Afkar Bukhari sebelum keluar bilik.
---------------------------------------------------
"Afif Nurhan? ".
"Haah, sebab kan tak tahu jantina jadi aku letak nama tu" jawab Afkar Bukhari perlahan.
"Apa maksud nama? ".
"Afif yang mempunyai harga diri.Nurhan pulak cahaya raja".
Kamila Humaira mengangguk.Sedap nama anaknya.
Dia mula merapikan pokok bunga raya putih yang tertanam di atas kubur anaknya.Kecil lagi anak mereka.
Memandangkan dia belum suci dari hadas, dia meminta suaminya untuk bacakan Yassin bagi pihak dia.
"Afif tenang ye dekat sana, tunggu mama.Nanti mama datang teman Afif " bisik Kamila Humaira perlahan.
Dia perlahan-lahan bangun dari simpuhnya.Afkar Bukhari melipat tikar kecil yang dia bawa untuk alas duduk.
Kamila Humaira menyiram air bunga di atas kubur anaknya sehingga tinggal separuh lalu diberi kepada Afkar Bukhari pula.
Dia sempat berpaling ke belakang untuk menatap kubur anaknya sebelum pergi."Mama" umpama dia terdengar satu suara kecil memanggilnya.Dia tersenyum sebelum ditarik oleh Afkar Bukhari untuk beredar.
"Kenapa mama suruh Kamila pakai lawa-lawa ni? " sebaik sahaja dia habis berpantang, ibu mertuanya suruh dia bersiap pakai cantik-cantik.
"Adalah, rahsia.Nanti tak jadi suprise mama.Tu mama dah pilihkan baju untuk kamu.Pakai tau! Mama tunggu dekat luar" arah Puan Sri Afrina.
Nak tak nak dia bersiap juga, takkan nak sambut hari dia habis berpantang? Macam pelik je bunyi.
"Eh- apa ni? " terkejut dia bila matanya ditutup dengan sehelai kain.Buta kejap.
"Rileks, nanti dah sampai mama bukak kain ni" Puan Sri Afrina memimpin menantunya.
"Suprise! " dia memandang tidak percaya.
"Happy birthday Kamila" ucap Ezzati dan keluarga mertuanya.Dia sendiri lupa hari ini hari ulang tahun kelahirannya.
"T-terima kasih" ucapnya terharu.Ezzati memeluk tubuh kawannya sambil mengesat air mata yang bertakung di mata Kamila Humaira.
"Jom makan kek! Nasib hari ni kau dah habis berpantang, kalau tak menganga jelah kau tengok orang lain makan kek" usik Ezzati.
Kamila Humaira ketawa kecil.Kebetulan yang tidak disangka.
"Ni kek ni suami kau tempah khas tau dari bakeri mahal.Sedap ni! Chocolate cheese flavour" beritahu Ezzati lagi.
Afkar Bukhari tersenyum malu.Pertama kali dia memberi hadiah pada isterinya.
"Hek eleh memalu anjing pulak, pergilah potong kek dengan bini.Aku dah lapar ni" sampuk Akhtar Bukhari.
Afkar Bukhari mendekati isterinya dan pegang tangannya.Mereka potong kek bersama.
"Thank you awak... Sebab plan semua ni" ucap Kamila Humaira ikhlas.
"Bukan aku je, diorang semua tolong sekali.Kalau tak, tak jadi suprise ni" beritahunya.
"Suapkanlah kek tu dekat Kamila.Dia dah tunggu tu" usik Tan Sri Tengku Hilman Bukhari.
Sempena majlis ulang tahun menantunya, Puan Sri Afrina turun padang masak sendiri.Dia menyediakan nasi goreng kampung, bihun goreng dan potongan buah tembikai sebagai pencuci mulut di bantu oleh dua orang anak lelakinya.
Semua itu di lakukan secara senyap-senyap.
Afkar Bukhari mengambil pinggan kek dan mula menyuap isterinya.
Malu-malu Kamila Humaira menyambut suapan itu.
"Your turn pulak Afkar" usik Akhtar Bukhari nakal.
Kamila Humaira menyuap pula suaminya sebelum menunduk kepala.Segan dia bila aksi mereka dirakam oleh ibu bapa mertuanya.
"Dah lama kita tak buat majlis macam ni kan abang? " soal Puan Sri Afrina.
"Sekali sekala apa salahnya, lagi meriah rumah ni" balas suaminya.
Hari itu, Kamila Humaira dan Afkar Bukhari menjadi usikan mereka seperti pengantin baru.Nakal sungguh!---------------------------------------------------
YOU ARE READING
The Chosen WIFE (Completed)
RomanceKarya Ketiga Start : 27/4/2022 End : 21/5/2022 I love you- Kamila Humaira But I hate you- Afkar Bukhari Kau perangkap aku kan!! - Afkar Bukhari No, ini semua fitnah.I tak tergamak buat semua ni!! - Kamila Humaira Sakit hiks - Kamila Humaira DIAM...