POV Danish
Danish, 20, pelajar Universiti Rahsia Malaysia. Itulah diri aku. Sejak melangkah ke alam dewasa ini, aku rasa lebih bebas.
Boleh lepak dengan kawan bila-bila masa, karaoke dan betul-betul menikmati hidup.
Aku sejak kecil dikurung di dalam rumah dengan 'strict parents' yang mengawal aku dalam segala hal.
No phone.
No going out.
No nothing.
Ugh stres betul aku duduk kat situ sampai aku ni digelar katak dibawah tempurung sebab tak tahu trend atau berita terkini.
Aku pernah cuba meluahkan perasaan aku kepada crush di sekolah menengah aku, Arman.
Lelaki yang diminati ramai, jaguh sukan, ketua pengawas dan kalau dapat resit tulis kejayaan dia, fuh panjang gila.
Tapi... kita hanya mampu delulu.
"Hahahah. Eh kau tengok dulu rupa kau. Rambut stail apa je. Muka pun kusam. Kau tu lelaki pulak tu. Takkan aku nak sukakan kau!" Arman.
Ya, macam itu sahaja, aku direject.
Tapi sekarang aku dah glow up okay! Skincare, haircare semua aku dah mahir.
From android cikai user, to an iPhone 15 Pro user!
Tak cakap android tak bagus, cuma phone android yang aku beli tu RM 500 je. Memang la.
So sekarang coursemate, kawan kat kolej di universiti aku memandangkan aku sebagai seorang yang high class. Pakaian aku pun semuanya estetik.
Kasut Skechers.
Baju H&M.
Jacket Padini.
Aku suka warna beige. Jadi pemakaian aku telah menjadi ikon aku yang membuatkan aku popular.
Tapi realitinya aku masih lagi susah. Susah apa? Susah nak keep it up. Yelah, aku ni bukannya kaya sangat pun sebenarnya.
Ini adalah kali pertama aku dilihat oleh ramai orang.
Banyak lelaki yang aku dapat date, tapi...
"Dia nak kau sebab duit je."
"Dia nak kau sebab populariti je."
"Dia nak kau puaskan dia je."
Aku pun termenung di dalam bilik memikirkan nasib hidup aku.
Sepanjang aku hidup, tak pernah ada lelaki yang mampu buat aku rasa dicintai.
Kau, yang baca ni, pernah?
Pernah?
[Pakk youuu!!!!! ]
"Hello?" Aku mengangkat telefon kawan baik aku, Awish.
"Oi cepat turun aku dah kat bawah ni. Kata nak pergi Zus Coffee." Awish.
"Ha yelah okay jap." Aku meletakkan telefon dan bersiap.
Aku kenal Awish ni baru je. Waktu aku first year, semester kedua.
Dialah yang banyak meneman aku dan banyak benda kami boleh relate. Dia salah seorang kawan yang kau memang nak sampai kau mati.
Aku pun turun tangga. Kelihatan Awish sedang menunggu aku.
"Nah helmet." aku memberikan helmet kepadanya.
"Let's go!" Awish.
Haaa... aku membawa motor ni di persiaran universiti pada waktu senja.
Tengok tu, sunset warna ungu. Awish yang berada di belakang aku merakam keindahannya.
•••
"Matcha Latte dan Caramel Macchiato untuk Danish ya?" Barista itu menghulur kopi kepada aku.
"Ya terima kasih." Aku mengambil kopi dan keluar bersama Awish.
Kami pun bersembang sambil menuju ke arah motor aku.
*SCREEECH VROOM!!!*
"Alamak!" Sebuah motor besar secara tiba-tiba memarkir dengan laju menyebabkan aku terkejut dan menumpahkan kopi pada lelaki itu.
"Ow!" Suara garau lelaki itu berbunyi. Bentuk badannya yang dilengkapi dada besar dan sixpack jelas kalihatan dibawah baju putih yang dipakainya.
Awish? Takleh harap. Dia dah lari dulu!
"Woi kau tak nampak ke aku ha?!" Marah lelaki itu kepada aku.
"Eh kau yang tiba-tiba masuk parking macam nak langgar orang pahal?!" Aku membalas.
Lelaki itu membuka topi keledarnya, memaparkan wajah yang paling sempurna dilihat oleh mata aku.
Handsome.
Aku dan dia terdiam seketika.
"Hey! Sebab kau dah kotorkan baju aku, meh sini phone kau." Dia memecah kesunyian.
"Eh buat apa?" Aku bertanya.
"Ah sini jelah. Nah! Letak phone number kau kat phone aku." Dia merampas phone aku dan memberikan telefon dia.
Aku dan dia menaip. Setelah selesai, kami pulangkan telefon masing2.
"Kita tak settle lagi au. Nanti aku contact kau. Make sure to respond to me. Ni baju Calvin Klein tau. Mahal aku beli." Dia terus masuk ke dalam kedai.
[ZACHARY] Nama lelaki itu terpapar pada telefon aku.
Haish apa pulak yang aku kena buat nii. Argh!!!
YOU ARE READING
Ride With Me, Cute Boy
Romance[18+] "Woy" Suara garau seorang lelaki berbadan tegap menaiki motorsikal besar menanggalkan helmet memaparkan wajah yang sangat kacak. Zachary memarahi Danish yang menumpahkan kopi padanya. "Tapi comel gak budak ni." Bisik Zachary dalam hati.