POV Zachary
*Ting tong*
Alahai siapa pulak yang datang ni.
"Sorry, kejap aku pergi sambut orang tu." Aku pun bergegas ke pintu. Tombol pintu dipulas.
"Hey Zach! Aku bawa Texas Chicken ni. Jom makan sama-sama." Zarif.
"Lah kau ke. Jom masuk. Tapi aku ada kawan ni nama dia Danish. Baru je kenal." Aku mengajak dia masuk.
"Oh hai Danish! Nice to meet you. Lembut tangan hehe." Zarif.
Pahal dia pengang tangan si Danish ha? Grr.
"Oh hehe. Nice to meet you too!" Danish.
"Jomlah makan sekali. Banyak nih." Zarif mempelawa Danish.
"Haah Danish. Jom makan dulu." Aku turut mengajak dia.
POV Zarif
Comel lah budak ni. Rasa macam nak simpan dalam poket haha.
Aku mengambil pinggan dan beri kepada Zachary dan Danish. Seketul ayam dan cili sos paket dibuka, diletakkan pada pinggan aku.
"So... Zach, mana kau jumpa KAWAN kau ni?" Aku sengaja memboldkan perkataan kawan tu pada Zarif.
"Kitorang jumpa kat Zus kan Danish?" Zachary.
Danish hanya mengangguk kerana sedang mengunyah ayam. Ada secebis mencomoti muka Danish. Aku pun mengelap guna jari aku.
"Ehem... so kenapa tiba-tiba kau bawak banyak sangat ayam ni?" Zachary.
Eleh jelous la tu haha! "Aku saje nak lepak dengan kau makan ayam tengok tv ke apa. Tapi aku tak dapat tengok tv pun takpe. Tengok kawan kau yang comel ni pun dah cukup hehe."
"Ish kau ni. Dah dah makan!" Zach membuat muka bengisnya.
Dari riak wajah Zach, aku tahu, aku kenal dia dah lama. Dia pun menyukai Danish. Tapi, aku pun minat kat dia.
"Danish. Alang-alang awak kawan dengan Zach, saya nak minta nombor? Pleasee." Aku buat muka kesian.
"Alahai takyah la." Zach.
"Takpe. Manalah tau kalau ada apa2 berlaku." Danish menghulur telefon dia dan aku bagi fon aku.
Yes! Sorry Zach. Aku pun suka dengan Danish ni. Bibir jambu Danish buat aku geram. Rasa nak jilat je.
•••
POV Danish
"Thank you Zachary sebab hantarkan balik." Aku dihantar Zachary selepas makan bersama Zarif di rumahnya.
"Welcome. Tapi Danish. I promise. I will show you my effort. I will! I love you." Zachary.
Aku membuka tali pinggang. Kata-kata dia buat aku blushing.
"Ummh okayy gotta go. Byee."
"Bye Danish comel!"
Menutup pintu kereta malu kalau orang lain dengar!! Argh tapi aku blushing teruk weyh.
Hmm kawan dia yang Zarif tu pun helok gak. Tinggi, badan pun mantap.
Ish tapi kenapa diorang macam minatkan aku? Apa istimewa sangat aku ni?
•••
Keesokan harinya.
"Wow ada orang hantar bunga kat Danish lah! White roses daripada Zarif! Katanya "have a nice day" Uyoo sape tuu." Awish.
"Hah? Wow cantiknya." Aku menangkap gambar dan letak pada status WhatsApp.
POV Zachary
Eh. Danish ada post status lah. Nak tengok.
Grr... sial kau Zarif!!! Kau bagi dia bunga?! Kau tengok la apa yang aku mampu buat.
Keesokan harinya.
POV Danish
"Woi. Kau ni berapa banyak hadiah dapat ni? LOUIS VUITTON?!! Daripada Zachary?!!! Siapa pulak tu?!!!!" Awish.
"Beg laptop untuk aku bawa pergi kelas. Hmm. Tapi macam melebih je ni." Aku tangkap gambar dan letak pada status WhatsApp.
POV Zachary
Hah? Si comel Danish post something lah kat status dia.
UGHHH! Tak nak mengalah eh si Zach ni?! Wait n see...
Keesokan harinya
POV Danish
"Eh weh cuba kau tengok kat parking lot tu. Ada dua orang tengah bergaduh lah." Awish.
"Yeke? Mana?" Aku menjenguk keluar tingkap.
Zachary dan Zarif?! Kenapa diorang ada kat sini? Aku pun cepat-cepat turun ke bawah.
"Woi! Pahal gaduh2 kat sini ni?!" Aku menjerit pada mereka berdua membuatkan mereka terdiam.
"Hai Danish nah I belikan you jam baru." Zarif menghulur beg kertas Rolex berisi jam.
"No Danish accept mine! Aku belikan kau iPad!" Zachary menghulur beg kertas Apple berisi iPad.
"Cukup!!! Aku dah banyak hadiah. Please stop it! Aku appreciateje korang bagi hadiah tapi sampai macamni? It's too much. Tak matang. Buat masa ni aku tak nak jumpa korang. Bye." Aku beredar.
"No wait..." Zachary
"Danish tunggu..." Zarif
Aku tak menoleh. Ish nanti banyak pulak dramanya. Tak boleh ke diorang kenal aku dengan cara normal je? Ni nak gaduh bagi hadiah bagai. Ish.
YOU ARE READING
Ride With Me, Cute Boy
Romantik[18+] "Woy" Suara garau seorang lelaki berbadan tegap menaiki motorsikal besar menanggalkan helmet memaparkan wajah yang sangat kacak. Zachary memarahi Danish yang menumpahkan kopi padanya. "Tapi comel gak budak ni." Bisik Zachary dalam hati.