POV Danish
Aku terjaga. Aku berada di bilik lain, Zarif baring di sebelah aku, merenung aku.
"Hi Danish. Jom makan? I tunggu u bangun je." Zarif pelawa.
"Pukul berapa ni?"
"9pm." Zarif.
"Lamanya awak tunggu kenapa tak makan dulu." Aku mengusap kepala Zarif.
"Hurm jomla makan." Zarif terus mengangkat aku ke meja makan.
"Whoa... macam2 lauk eh Zarif masak." Aku kagum sambil mengaut lauknya.
"Mestilah untuk Danish. Hehe." Zarif.
Aku memegang belakang aku. Punggung aku masih sakit.
"Kenapa tu? Sakit lagi ke? Hmm sorry la." Zarif.
"Ish dahla makan je. Nanti baik la tuu." Aku jawab.
*Ting!* notifikasi telefon Zarif.
"Oh jap ea. Ada hal jap." Dia terus bangun dan masuk ke dalam bilik berpintu merah itu.
Hmm. Kata stor. Tapi kenapa dia masuk bilik tu lepas dengar notifikasi?
•••
POV Zarif
Hish waktu ni juga la kena tengok data kat dalam lab. Ugh. Aku pun masuk ke dalam bilik pintu merah.
Setelah dua jam aku menganalisis data, aku pun berpuas hati dengan keputusannya.
Telefon aku berdering, notification lokasi Zachary menghampiri apartment aku.
Haritu aku sempat inject pil yang boleh track location dia waktu malam kitorang karaoke.
"Haish nak apa pulak lah mamat ni. Aku nak Danish lah!" Aku bermonolog.
Aku bersiap dan terus turun ke bawah menunggu kehadiran si Zach. Dia mesti tercari Danish.
"Hoi! Kau memang gila kan?!" Zachary.
"Heh. Apa yang aku buat?"
"Aku tau la aku tak buat apa-apa pun dengan Irene!" Zachary.
"Mana kau tau? Kau bukannya sedar pun time tu?"
"Mana Danish! Kau jangan nak apa-apakan dia! Argh!!" Zachary ditumbuk pada perut oleh pengawal peribadi aku.
"Sekali lagi kau jejak kaki kat sini, atau sebut nama Danish, kau tunggu jelah." Aku bisik pada telinganya.
"Argh. Siallah. Kau tunggu! Aku akan selamatkan dia dari tangan kau. " Zachary mengerang kesakitan.
"Hehe. Bye. Leklok bawak motor tu." Ha.. selesai satu hal.
Aku pun keluar membeli makanan untuk makan tengah malam nanti.
•••
POV Danish
Aku terbaring di dalam bilik. Kenapa rumah ni sunyi semacam eh? Rasanya dah 3 jam Zarif duduk dalam bilik tu.
Aku keluar dan mengintai. Eh? Pintu tu terbukak lah.
Aku pergi perlahan-lahan ke pintu merah itu. Aku menjenguk. Hmm macam tak ada siapa.
Aku masuk, buka lampu. Luas juga rupanya bilik ni.
Banyak betul mesin dan peti yang nampak macam dalam filem sains.
Di penjuru bilik tu, ada sebuah bilik. Aku mendekati bilik itu dan membuka pintu besinya.
Pisau?! Alatan membedah?! Katil????!!!!
Tempat apa ni? Aku tahu dia doktor tapi takkan ada bilik pembedahan dekat dalam rumah dia sendiri?
Aku menutup pintu bilik itu dan pergi ke arah sebuah komputer yang masih terbuka.
[Organ Trading, 21st October 2028]
Aku terkejut. Aku melihat gambar organ-organ manusia.
Aku melangkah ke belakang, tersandar dan tertekan pada butang sebuah peti di situ.
Peti itu terbuka dan aku terkejut melihat organ manusia yang dibekukan ada di dalamnya.
Zarif ni orang yang jual organ ke?! Apa ni?! Aku tutup peti itu cepat-cepat.
Aku terus lari keluar dari bilik itu. Nak lari ke tak eh? Ermm.
Tiba tiba pintu rumah Zarif dibuka, Zarif pulang membawa plastik putih.
"Eh Danish. Hehe sorry lambat." Zarif.
Apa yang ada dalam plastik tu? Otak? Jantung? Ahhh! Aku mula panik.
"Ni saya ada bawa balik makanan... eh jap. Awak... masuk bilik tu eh?" Dia mencampakkan makanan atas meja.
Zarif menuju ke arah aku, aku terpaku pada dinding. Dia memandang tepat pada mata aku.
"Kau... jangan... masuk... bilik tu. FAHAM?!" Pekik Zarif dihadapan muka aku.
Aku mula menangis kerana ketakutan. Air muka Zarif berubah apabila melihat air mata aku berlinangan.
"Sorry Danish, tu tempat saya buat kerja so, please jangan masuk eh?" Cakap Zarif dengan lembut sambil mengelap air mata aku.
"Dah jom makan." Zarif mengeluarkan makanan yang dibelinya.
Aku terkedu, melihat sisi gelap Zarif begini. I thought he's a nice person but actually, he lives in shades of cool.
YOU ARE READING
Ride With Me, Cute Boy
Romance[18+] "Woy" Suara garau seorang lelaki berbadan tegap menaiki motorsikal besar menanggalkan helmet memaparkan wajah yang sangat kacak. Zachary memarahi Danish yang menumpahkan kopi padanya. "Tapi comel gak budak ni." Bisik Zachary dalam hati.