Bab 3 : HARI JADI TJ! YEAH!

452 5 0
                                    

HARI JADI TJ

RABU

TJ bangun dari katilnya dengan penuh semangat. Dia tengok iPhone 4 dia untuk pastikan betul-betul yang hari ini adalah hari lahir dia. Ya, memang betul. Dia mengukirkan senyuman yang panjang lebar. Dia tidak sabar dengan hadiah hari jadi dia pada malam ini. 

Malam ini juga Lisa, girlfriend TJ ada buat Birthday Party untuk dia. Lagi dia bertambah semangat untuk menempuh hari ini. Walaupun hari ini hari lahir TJ tetapi sekolah mesti pergi juga. Dia lekas ke bilik air untuk mandi dan siap-siap ke sekolah. 

Semalam, Faris dan Luqman tidak tidur malam di rumah TJ. Semalam juga mereka pulang dari sekolah gunakan teksi. Pertama kali TJ naik teksi. Dia jarang naik pengakutan awam. Maklumlah, anak orang kaya. 

TJ memakai minyak wangi Playboy New York sebelum keluar dari bilik tidurnya. Dia keluar dari bilik tidurnya dengan jiwa yang ceria. Dia tahu yang satu sekolah akan ingin hari jadi dia. Salah satu, kelebihan menjadi seorang popular di sekolah adalah orang ramai akan ingin perkara-perkara seumpama inilah. Hari lahir TJ.

Dah lama, TJ tidak berjumpa dengan Lisa. Walaupun mereka berdua belajar di sekolah yang sama tetapi mereka kadang-kadang sahaja berkomunikasi. Malam ini adalah peluang di mana mereka akan bersama-sama dan meraikan hari lahir TJ. 

_____________________________________________________________________________

MEJA MAKAN

BIBIK PERTAMA : Selamat pagi Encik TJ & Selamat pagi. [ meletakkan makanan di atas meja makan untuk sarapan pagi ]

TJ : [ senyum sahaja ]

Menu sarapan hari ini adalah roti bakar, Nutella, & Teh Tarik. Sambil aku mengambil sarapan pagi. Aku tengok iPhone aku. Aku ketawa gembira apabila aku terima 30 inbox messages. Aku tak perasaan tadi. 

Itu baru message dalam iPhone aku. Belum lagi dalam Facebook dan Twitter. Hmmm.. 

Abang Joe : Selamat Pagi Encik TJ. Dah siap nak pergi sekolah? [ tanya dengan nada lembut ]

TJ : Dah.. [ cakap pandang wajah Abang Joe ]

Abang Joe : Baiklah [ sambil angkat beg sekolah TJ. ] Oh ya, Selamat hari lahir Encik TJ.

TJ : Terima kasih [ beri senyuman kepada Abang Joe ]

Semasa dalam perjalanan ke sekolah TJ, TJ membuka satu per satu message yang diterima. 4 message dari ibu bapa, kakak dan sepupunya. Yang lain adalah Lisa dan kawan-kawan sekolahnya. 

TJ suka hari ini. Dia mengharapkan yang hari ini akan berpanjangan sampai bila-bila. Tiada kesudahan. Dia hendak menikmati hari ini. 

_____________________________________________________________________________

SEKOLAH 

TJ jumpa dengan Faris dan Luqman di tempat perhimpunan pagi. Mereka seronok apabila bersama-sama. Seperti tidak boleh dipisahkan antara mereka bertiga. Faris dan Luqman juga akan ada di Birthday Party TJ.

Luqman : [ berlari ke arah TJ ] TJ! HAPPY BIRTHDAY!!! [ peluk TJ dengan ketat ]

TJ : [ gelak sebab gembira kawan baik dia ucapkan Happy Birthday & lepaskan pelukan Luqman. Dia peluk Faris pula ]

Faris : HAPPY BIRTHDAY TJ. [ nada yang perlahan ]

TJ : [ lepaskan pelukan Faris ] Weh korang. Malam ne ada Birthday Party aku dekat rumah Lisa. Korang mesti datang.

PELIK.Where stories live. Discover now