BAB 8 : Hilang.

88 5 1
                                    

Hi semua, 

Aku nak sambung cerita 'PELIK'. Alang2 dah ada mood untuk tulis/type cerita. Jangan buang masa yang ada. Hahaha, Aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang membaca cerita aku. Terima kasih banyak-banyak. Aku tahu korang tunggu update daripada aku. Untuk tahun baru 2016, aku akan berusaha untuk usahakan buat cerita baru. Tapi aku tidak menjanjikan yang cerita aku akan mendapat perhatian. Alah, untuk suka-suka. Bosan-bosan duduk, baik baca wattpad.com. Haha, jimat duit & tenaga. 

Aku harap cerita ini dapat memberi inspirasi kepada mereka-mereka di luar sana untuk buat cerita. Akhir sekali, VOTE, SHARE, HEART, & COMMENT. :) 

_______________________________________________________________________________

T.J

TJ masih lagi berada di dalam bilik air. Hampir 30 minit. Dia tidak tahu untuk buat apa sekarang. Dirinya terasa di dalam penjara tanpa besi. Dirinya seolah-olah terperangkap. Dia tidak mampu untuk berfikiran rasional sekarang. Pelbagai perkara-perkara yang aneh berlaku ke atas dirinya. Sehingga sekarang dia tidak dapat jawapan bagi segala persoalan di dalam mindanya. Kemudian, T.J terdengar seseorang membuka pintu dan masuk ke dalam bilik hotel. Apabila dia cuba mendengar dengan teliti, dia dapat dengar suara dari dua orang. Suara mereka T.J sangat kenal.

Luqman : T.J ! Mana kau doe? Kitaorang beli makanan dekat kau..Keluar lah.. [ letak plastik Pizza Hut, sup cendawan dan 2 botol besar Pepsi ]

T.J : Luqman?! [ menyebut nama sahabatnya di dalam tandas, dia keluar dari tandas dan melihat Luqman dan Faris sedang berdiri di ruang tamu ]

Faris : kau dah bangun? 

Luqman : Kau tidur la-- [ T.J peluk Luqman dengan erat-erat dan Luqman dapat merasa air mata T.J jatuh di pipinya ] ermmmm.. kau okay?

Faris : [ hanya melihat T.J dari belakang dengan muka kehairanan ]

T.J : [ melepaskan pelukan dan menyapu titisan air matanya ] ermmm, tak ada apa-apa, aku sangka korang akan tinggalkan aku. Korang beli apa? [ cuba alihkan topik ]

Faris : Pizza Hut, makanan kegemaran kau. [ jawab bagi pihak Luqman (kembarnya) ]

Luqman : Dah! Dah! perut aku dah lapar.. jom makan.. 

T.J mula rasa gembira kerana dua sahabatnya kini berada disisinya. Dia tidak tahu bagimana dua sahabatnya boleh muncul di hadapannya tetapi dia rasa lega. Sekurang-kurangnya dia dapat berborak dengan dua sahabat karibnya. TJ boleh ceritakan apa yang sedang berlaku pada dia sebelum ini kepada mereka tapi sekarang bukan masanya. 

Selepas 45 minit..

Faris : TJ, sedap makanan tadi? [ tanya tapi pandangannya membaca buku cerita ]

TJ : Oh, sedap. Terima kasih sebab belikan aku makanan.. [ beri senyum lebar kepada Faris ] eh, mana? Luqman?

Faris : luar. rokok. ada benda kau nak cakap? [ tutup buku ceritanya dan pandang ke arah TJ ]

TJ : [ tidak tahu bagimana hendak menyusun ayat di dalam mindanya. ] ermmmm. tak ada kot.

Faris : come on TJ, aku kenal kau dah lama. Aku tahu bila kau ada masalah. 

TJ : kali ini lain. Bukan seperti yang selalu aku lalu. Maksud aku, masalah.

Faris : hmmmmm.. tak mengapalah. [ membuka buku ceritanya semula dan sambung ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PELIK.Where stories live. Discover now