Bab 1 : Malam tiada ibu bapa!

919 8 2
                                    

2 hari sebelum hari jadi T.J

KUALA LUMPUR.

Di sebuah rumah banglow di ibu kota Kuala Lumpur, seorang pemuda baru sahaja bangun dari katilnya. Rambutnya hitam lurus & lembu, tingginya adalah 5'11'', dan dia ada tanda lahir di leher sebelah kanannya. Ramai kawan-kawan dia menyangka yang tanda lahir itu tatu. Sudah banyak kali dia sudah terangkan 'tatu' adalah sebenarnya adalah tanda lahirnya sewaktu kecil. Ada yang mempercayai kata-katanya dan ada yang tidak. 

Nama pemuda ini adalah T.J.

T.J ada segalanya. Wajah yang kacak. Wajahnya mirip ayahnya manakala bulu kening dan warna kedua matanya ikut ibunya. T.J ada 3 orang gaji, seorang tukang masak, seorang pekebun, dan seorang driver.

T.J seperti remaja yang baru sahaja mencecah usia 16 tahun, malas nak ke sekolah. Malas untuk bersua muka dengan semua cikgu-cikgu sekolah yang tak reti nak mengajar. Malas untuk bangun pagi kerana katilnya adalah bersize King. Tilamnya yang di import khas dari Itali. Bantalnya yang empuk dan selimutnya berwarna putih seperti susu.

Kedudukan katilnya mengadap tingkap. Jarak di antara tingkap dengan katilnya adalah 5 kaki. Di antara katilnya dengan tingkap ada sofa IKEA dan TV plasma 15 inci.

Di sebelah kiri katil T.J ada sebuah almari yang besar. T.J ada semua baju, seluar, stokin, boxer, semua tersusun dengan rapi dan mengikut warna.

Setiap pagi, dia akan bangun dari katil dan melihat baju uniform dia di hadapan katil siap berlipat. Baju uniform itu di atas sofa IKEA. Dia hanya perlu bersiap sedia dan turun ke bawah untuk sarapan pagi.

T.J merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Kakaknya, Sara, sedang belajar di Melbourne, Australia manakala adik lelaki bongsu, Haikal, baru 6 tahun. 

_________________________________________________________________________

MEJA MAKAN KELUARGA 

Bila T.J turun sahaja dari tangga rumah dia, bau masakan dari dapur membuatkan perut dia berbunyi. Ibu bapa T.J selalu tiada di rumahnya. Ibu bapa T.J pergi ke Melbourne untuk sebulan. Mereka melawat kakak T.J di sana. Walaupun mereka tiada, mereka selalu telefon ketiga orang gaji mereka untuk menjaga T.J dan adiknya.

Apabila T.J duduk sahaja di kerusi, seorang wanita yang berusia 25 tahun keluar dari dapur sambil membawa makanan sarapan pagi untuk T.J. Wanita itu perlahan-lahan meletakkan pinggan di hadapan T.J. Kemudian datang seorang lagi wanita untuk meletakkan air minuman di hadapan T.J.

Menu sarapan pagi T.J adalah omelettes, hash brown, chocolate muffins dan Milo panas. 

Semasa T.J menikmati sarapan pagi, dia teringat untuk mengucapkan selamat pagi kepada girlfriend dia. 

+ Gudmorning beautiful :) +   TJ

Belum sempat T.J hendak telan makanan, dia sudah terima message dari awek dia.

+ guudmorning (: +    LISA

Message dari seorang boyfriend membuatkan setiap perempuan gembira untuk satu hari. Esok adalah hari jadi T.J. Semua orang di sekolah T.J tahu nama dia. Ramai budak lelaki ingin jadi seperti dia dan ramai budak perempuan ingin keluar dengan dia.

Kemudian, seorang pemuda beruniform datang menghampiri tempat T.J duduk. Dia adalah pemandu kereta keluarga. Namanya Abang Joe. Dia sudah bekerja dengan keluarga T.J selama 7 tahun. Abang Joe datang dari Melaka dan dia mendapat kerja sebagai driver ini atas bantuan kawannya.

Abang Joe : Encik T.J, dah habis makan? [nada yang lembut]

Joe : [menoleh kebelakang sambil senyum kepada Abang Joe] dah.

PELIK.Where stories live. Discover now