Bab 7 : Hotel

441 11 5
                                    

Hi semua,

dah lama tak update cerita kesayangan aku ini! haha, semester akhir dah habis. Alhamdullilah. :) sekarang, aku cuba habiskan cerita ini. Terima kasih kerana masih bersama dengan aku. Oh, sambil korang semua baca bab ini. Kalau bosan korang boleh buka lagu di sebelah kanan >>> All of Me - Scott Hoying (John Legend Cover)

_____________________________________________________________________________

TJ

Hi, nama aku TJ. Aku baru sahaja dilanggar oleh sebuah kereta pada malam hari  jadi saya. Aku bangun sahaja di dalam dunia yang tidak aku ketahui. Mungkin aku tercampak di dalam dunia lain atau adakah ini benar-benar syurga? Semua perkara yang berlaku, aku tidak dapat terangkan dengan kata-kata. Mungkin aku bermimpi? Argh! Yang pasti, aku harus mencari jawapan kepada segala persoalan di dalam minda aku. Aku tidak tahu di mana aku berada. Aku juga tidak tahu hari ini hari apa. 

The Danna Hotel

 Seorang pemuda dalam lingkungan 20-an. Rambutnya lurus dan terurus. Tinggi 173 cm. Kurus. Berpakaian uniform hotel. Dia sedangn berjalan di hadapan TJ lalu TJ terus bertanya kepada dia. 

TJ : Erm, bro.. boleh tanya?

Pemuda : oh, boleh.. apa dia? 

TJ : Hotel ini nama apa? [ dengan muka benar-benar tidak tahu ]

Soalan dari TJ membuatkan pemuda itu tersenyum lalu dia menjawab..

Pemuda : " The Danna Hotel.. "

Sekarang, aku sudah tahu dimana aku berada tapi mengapa aku berada di sini? Aku harus keluar dari hotel ini. 

TJ berlari menuju ke pintu utama 'The Danna Hotel'. Denyupan jantung dia bergerak pantas. Seolah-olah, dia adalah seekor burung merpati yang baru melihat jalan keluar. Walaupun dia baru sahaja tiga hari berada di dalam dunia ini. TJ dapat rasa seolah-olah dia sudah berada di dalam dunia ini bertahun-tahun lama. Apabila TJ keluar dari 'The Danna Hotel', dia dapat menghirup udara segar dan kulitnya terdedah kepada sinaran cahaya matahari. TJ tersenyum sambil kedua belah matanya tutup rapat. Dari situ, dia dapat rasa yang dia belum lagi meninggal dunia. Deria rasa TJ tidak hilang membuktikan dia masih hidup.

Kemudian, dia hendak melangkah lagi kehadapan, satu tiupan angin yang kuat menolak TJ masuk ke dalam badan hotel. TJ cepat memegang pintu utama hotel. Dia cuba sedaya upaya untuk melawan tiupan angin tersebut. TJ harus berlawan dengan ciptaan Allah S.W.T. Siapakah TJ ingin melawan satu ciptaan Allah S.W.T? TJ tidak peduli. Dia harus keluar dari hotel tersebut dan mencari jalan pulang ke rumahnya. Semakin lama TJ bertahan, semakin lama dia tidak boleh bernafas. Angin yang bertiup kencang membuatkan TJ sesak nafas. TJ harus relakan dianya kalah dengan tiupan angin lalu seluruh anggota badan dia tercampak masuk ke dalam hotel. 

Apabila dia tercampak masuk ke dalam hotel, kedua mata TJ tutup rapat dan hanya membiarkan sahaja graviti melakukan tugasnya. TJ rebah di atas permukaan yang lembut tapi tebal. Apabila kedua matanya buka, dia sedang baring di atas katil hotel. Seluruh badannya terasa hembusan penghawa dingin. Bau hotel yang sentiasa sama di mana dia berada di atas permukaan bumi dan semua benda di dalam bilik itu terasa sebuah kesempurnaan. Sempurna dan bersih. Kepala TJ mula terasa sakit. Dia mencari bilik air dan masuk ke dalam. Setelah dia masuk ke dalam, dia hanya melihat wajahnya di hadapan cermin.

Pelik. Sekejap tadi, aku berada di lobby hotel. Sekarang, aku berada di dalam bilik hotel? 

TJ membasuh mukanya dengan air paip. Setitik demi setitik air pada muka TJ jatuh ke lantai bilik air. TJ perlahan-lahan duduk di atas lantai tandas dan membawa kedua belah lututnya rapat pada dadanya. Air matanya mula mengalir keluar. 

Aku tidak tahu mengapa perkara-perkara semua ini terjadi kepada aku. Aku mahu pulang. Aku mahu bersama keluarga aku dan kawan-kawan aku...

_____________________________________________________________________________

IZARA AISHAH

Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

aku : bodoh lah korang! Harap je kawan, tapi korang tinggalkan TJ sorang2 dekat belakang, asal?! 

Faris : kita dekat hospital ini.. TJ bukan sorang je yang sakit dekat sini..

aku : Oh! sedar pulak TJ sakit! dia bukan sakit.. dia dalam koma! tahu tak K-O-M-A.. ada 50-50 peluang dia akan hidup.

Luqman : habis tu, kau expect kteorang nak buat ape?! kejutkan dia? 

aku : -berdiam diri- atleast... nevermind. I kena balik. 

Sorry baby.. You've to go through all this. I really sorry for what happened to you. If only I could take a time machine, go back in time and change everything. 

Rumah izara aishah tidak jauh dari Prince Court Medical Center. Apabila dia pulang sahaja ke rumah, dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya dan mengunci pintu. Izara Aishah rebahkan seluruh badannya di atas katilnya. Kedua belah matanya tidak beranjak melihat bingkai gambar di sisi katilnya. Gambar sewaktu dia dan TJ bersama-sama pada malam pertama temujanji. 

Cute betul dia time neh. Siap pakai blazer biru. One Direction sangat..hmmmm. Aku hairan mengapa kereta itu langgar TJ? Mengapa TJ? Adakah ia satu kebetulan atau satu rancangan jahat untuk membunuh TJ?  

_____________________________________________________________________________

Luqman 

Aku : Weh, jom balik.. Kita dah dua hari dekat sini. 

Faris : Siapa nak tengok dia? Parents dia pun belum balik dari trip mane entah.. Atleast, biar kita stay, teman dia.

Aku : Macam ni lah, kita balik dulu. Ambik barang2 kita. Then, kita balik sini. Okay? [ cuba mencari jalan penyelesaian ]

Seperti yang dikatakan, pasangan kembar itu pulang ke rumah mereka untuk mengambil barang. Barang-barang seperti pakaian sekolah, tuala, kerja rumah, dan selimut. Mereka berdua harus bergilir tidur di atas satu sofa. Sebelum aku dan Faris keluar rumah, ibu memarahi kami atas sebab tidak menjadi seorang kawan yang patut kami jadi tetapi ibu kami marah kerana dia sayang kepada kami berdua dan ibu kami juga tidak menyalahkan kami. 

Ibu : Sudahlah.. lain kali, korang kena ingat.. berhati-hati di masa depan. Belajar dari kesilapan. Mengulangi kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh. Membetulkan kesilapan adalah orang yang pandai. Abang dan adik kena ingat.. segala yang berlaku ke atas kita merupakan Qadaq dan Qadar. Jangan sesekali menyalahi Allah S.W.T. Ini dugaan bagi kita dan juga keluarga TJ. Ambik duit ini dan jimat-jimat.. Ingat solat..

_______________________________________________________________________________

Habis juga bab 7. Aku harap korang akan terus membaca cerita ini. Jangan lupa untuk SHARE, VOTE & COMMENT. Harap kita bertemu lagi. Bye! ^-^y

PELIK.Where stories live. Discover now