EPISOD 13

181 27 20
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Aku datang sini bukannya nak tengok lakonan korang anak beranak! Aku datang nak tanya kenapa korang halau Rafiq! Jawab soalan aku!" Tuan Fattah tidak dapat menahan kesabarannya lagi.

Matanya mencerlung tajam ke arah Encik Fawwaz. Dia tahu yang Encik Fawwaz sedang berlakon di hadapannya.

"Patutnya abang long tangan sendiri dengan budak tu! Dia tolak anak Mar sampai jatuh dari tangga! Sekarang ni dia tengah kritikal dekat hospital, abang long rasa Mar masih kena layan dia dengan baik lagi ke!" Balas Puan Marissa tidak mahu kalah dengan Tuan Fattah.

"Aku nak tanya kau lah, kau rasa betul ke Rafiq yang tolak anak perempuan kau tu sampai jatuh. Cuba lah fikir logik, Rafiq tu orang dia baik! Dia tak pernah sakitkan hati sesiapa. Tak mungkinlah dia nak buat macam tu!"

"Abang long tak duduk dekat situasi Mar masa tu abang tak tahu! Jadi abang jangan nak bela sangat budak tak guna tu!"

"BUDAK TAK GUNA TU ANAK KAU!" Tuan Fattah meluahkan rasa sakit hatinya melalui suara.

Khalif yang turut berada di situ mengundurkan dirinya ke belakang kerana takut melihat api kemarahan Tuan Fattah yang sedang membara.

"Abang long, keluar daripada rumah Mar sebelum rasa hormat Mar pada abang long hilang. Keluar!" Puan Marissa segera menyuruh Tuan Fattah keluar dari rumah itu.

"Baik, aku keluar.....tapi kau kena ingat Marissa. Sementara peluang kau masih banyak, minta maaflah dengan Rafiq. Banyak dosa kau dengan budak tu. Jangan nanti bila dia dah tak ada, baru kau nak menangis meraung. Assalamualaikum...." Tuan Fattah sempat berpesan kepada Puan Marissa dengan makna yang sangat menusuk ke dalam hati.

Puan Marissa sedikit tersentak, tetapi bila hati sudah dipenuhi dengan ego. Sanggup dia ketepikan perasaannya.

"Dan korang berdua, jangan ingat boleh terlepas ye. Balasan Allah itu pasti! Ingat tu...." Kata Tuan Fattah sambil menunjuk ke arah Khalif dan Encik Fawwaz.

Encik Fawwaz hanya memandang remeh melihat kepergian Tuan Fattah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rumah Tuan Zahran....

~Allahuakbar....~
~ Allahuakbar~

Azan telah berbunyi menandakan masuknya waktu berbuka puasa.

Mak Jah memerhatikan Rafiq yang masih lagi tidak menjamu selera. Dia hanya merenung lauk pauk yang ada di atas meja tanpa niat mahu makan.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now