EPISOD 14

157 23 14
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

25 Ramadhan....

"Rafiq, kamu pasti ke nak pergi sekolah ni?" Tanya Mak Jah risau melihat wajah Rafiq yang sedikit pucat hari ini.

"Ye Cik Jah! Dua belas kali dah Cik Jah tanya soalan yang sama. Fiq okay je, janganlah risau." Jawab Rafiq tersenyum kecil melihat Mak Jah.

Sebenarnya keadaan dia tidak boleh dikatakan baik sangat baik. Kepalanya sering sakit beberapa hari kebelakangan ini.

"Ye lah....kalau kamu nak pergi juga, Cik Jah izinkan. Tapi kalau rasa tak sihat dekat sekolah nanti, telefon Cik Jah. Nanti Cik Jah suruh Cik Mir ambil Fiq." Pesan Mak Jah seperti seorang ibu dan anak.

"Iyee. Fiq pergi dulu!" Rafiq menyalam tangan Mak Jah sebelum dia keluar dari rumah..

"Cik Mir, boleh tolong hantar Fiq tak?" Tanya Rafiq kepada Pak Amir.

Pak Amir yang sedang duduk di kerusi batu di halaman rumah sedikit terkejut mendengar permintaan Rafiq.

Selama ini tidak pernah pula Rafiq meminta Pak Amir untuk menghantarnya ke sekolah.

"Boleh! Tapi kenapa tiba-tiba je ni? Sebelum Cik Mir dah pernah ajak tak pernah pula Rafiq nak ikut." Tanya Pak Amir.

"Harini saja je nak naik kereta. Dah jom cepat!" Jawab Rafiq ringkas sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Kenyataannya dia memang tidak bertenaga untuk berjalan ke sekolah hari ini. Semasa dia berjalan keluar dari rumah tadi pun hampir saja dia tersungkur ke tanah. Mujur saja ditahan dengan kerusi batu yang ada di hadapan rumah.

Enjin kereta milik Tuan Zahran yang diberikan kepada Pak Amir untuk kegunaan harian mereka dihidupkan. Gear ditolak dan kereta bergerak meninggalkan rumah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar.....

"Rafiq! Lama betullah tak jumpa dengan kau!" Irfan lantas berlari dan memeluk Rafiq setelah melihat kelibat Rafiq masuk ke kelas.

"Ya Allah kau ni dah kenapa? Baru je cuti sekolah seminggu dah rindu bagai. Geli lah aku dengar!" Kata Rafiq malas sambil meletakkan beg di kerusi bersebelahan Irfan.

"Mestilah rindu! Kau kan sepupu merangkap sahabat aku dunia akhirat! Mestilah aku rindu kau."

"Ei mengada-ngada lah kau ni." Rafiq kemudian bangun ingin duduk sekejap di tempat duduk Faris.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now