EPISOD 22

295 23 27
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

30 Ramadhan (Hari Terakhir Puasa).....

"Macam mana dengan hasil ujian sampel darah Rafiq doktor?" Tuan Fattah menyoal Doktor Zamri tentang ujian itu.

"Ya, saya baru saja mendapatkan keputusannya tadi. Dan selepas diteliti, ada sejenis racun yang dimasukkan ke dalam badannya."

"Racun?!" Tuan Fattah terkejut dengan kenyataan yang diberitahu Doktor Zamri.

"Ya Encik, racun ini agak berbahaya dan diperbuat dari bisa ular tedung hitam yang amat jarang ditemui. Inilah dia punca kenapa Rafiq boleh koma."

"Jadi macam mana keadaan dia sekarang doktor?"

"Ok ini berita yang baik , mungkin kerana semangatnya yang sangat tinggi dan kekuasaan Allah SWT, dia berjaya sedar dan kesan racun itu semakin berkurangan."

"Alhamdulillah!" Tuan Fattah mengucap syukur kepada Yang Maha Esa atas kekuasaan-Nya.

"Bila dia boleh balik doktor?"

"Kalau tidak ada apa-apa halangan, esok Rafiq sudah boleh pulang ke rumah."

"Terima kasih doktor. Erm....sebelum tu boleh tak doktor berikan hasil keputusan ujian sampel darah milik Rafiq? Saya perlukan hasil itu untuk sesuatu."

"Oh boleh. Nanti saya akan berikan." Balas Doktor Zamri dengan senyum ramahnya.

"Ok terima kasih doktor." Tuan Fattah mengucapkan terima kasih dan segera beredar untuk berjumpa dengan Rafiq.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Rafiq! Pak Long ada benda nak beritahu kamu!" Tuan Fattah dengan semangatnya masuk ke dalam dan duduk di sebelah katil Rafiq.

"Wah bersemangat nampak, Pak Long nak kahwin lagi ke?" Soal Rafiq dengan tersengih-sengih.

Pak!

"Adoi!"

"Ha! Mengarut lah lagi. Cukuplah Pak Long kahwin dengan arwah Mak Long kamu....tak nak dah ada isteri lain." Balas Tuan Fattah sedikit sedih bila Rafiq sebut tentang kahwin.

Rafiq automatik serba salah. Dia langsung meminta maaf kerana terlajak kata dengan Tuan Fattah.

"Eh! Pak Long janganlah sedih. Fiq minta maaf...."

"Bila pula Pak Long sedih? Tak adalah! Ha ni Pak Long nak beritahu ni!" Tuan Fattah segera menukar tajuk kerana tidak ingin panjangkan hal itu.

"Apa benda tu Pak Long?" Tanya Rafiq dengan wajah polos.

"Doktor cakap....kamu dah boleh balik esok!"

"Ye ke Pak Long! Yeay! Bolehlah Fiq beraya dengan semua orang!" Ujar Rafiq sangat gembira dengan perkhabaran itu.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now