EPISOD 9

180 32 27
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Uncle, apa yang Uncle nak buat?" Tanya Aisyah kepada Tuan Fattah ketika dalam perjalanan menuju ke pejabat pengetua.

"Jangan risaulah. Uncle nak slow talk je dengan pengetua tu. Kalau boleh biarlah diselesaikan cara baik. Tapi kalau dah melampau sangat, cara kasar lah jawabnya." Balas Tuan Fattah dengan senyum simpul penuh makna.

Takut pula bila tengok.

"Uncle, kita dah sampai." Kata Aisyah sebaik sahaja mereka tiba dihadapan pejabat pengetua.

"Ini? Ok lah kamu boleh balik bilik sakit. Uncle boleh uruskan semua sendiri." Arah Tuan Fattah kepada Aisyah.

Ada sebab mengapa dia berbuat begitu. Dia tidak mahu Aisyah melihat adegan ganas yang bakal terjadi kejap lagi.

Sesudah Tuan Fattah berkata, Aisyah menganggukkan kepala dan segera berlalu dari situ.

Tok! Tok! Tok!

Tuan Fattah mengetuk pintu pejabat pengetua itu.

Pintu dibuka dan muncul wajah Cikgu Rashid di hadapan Tuan Fattah.

"Ye Encik, cari siapa?" Tanya Cikgu Rashid sambil melihat Tuan Fattah atas dan bawah.

Tuan Fattah menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai menampilkan pandangan mata yang berani dan sedikit marah.

"Saya....Fattah. Saya ni bapa saudara kepada Irfan Hadi. Saya ada dengar yang dia bergaduh, papa dia tak dapat datang disebabkan urusan kerja. Jadi saya yang gantikan dia." Jelas Tuan Fattah dengan sangat beradab dan sopan nadanya.

Padahal didalam hati Tuan Fattah sekarang sedang menahan amarah yang bakal meletup bila-bila masa sahaja.

"Maaf, tapi pihak sekolah tak ada suruh sesiapa pun datang. Jadi Encik boleh balik dulu dan suruh ibu bapa atau Encik sendiri datang semula nanti." Balas Cikgu Rashid tegas. Nampak sangat ada benda yang dia sedang sorokkan tu.

"Tak bolehlah macam tu Cikgu. Saya dah datang sini nak selesaikan cara baik, tak apa Cikgu bagi saya jumpa Irfan kejap." Kata Tuan Fattah. Dia pasti ada sesuatu yang disorokkan Cikgu Rashid.

Dia cuba untuk masuk tetapi dihalang oleh Cikgu Rashid.

"Encik! Tolong ikut cakap saya. Kalau tidak tindakan tegas akan diambil. Encik masuk ke sini pun dah dikira melanggar peraturan sekolah. Encik balik rumah dulu lepastu datang semula nanti!" Balas Cikgu Rashid dengan suara sedikit kuat kemudian dia masuk semula ke dalam pejabat pengetua dan menutup pintu dengan rapat.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now