Alya 1

87.5K 205 7
                                    

Pekik satu pejabat apabila Alya melangkah ke dalam pejabatnya itu. Alya yang berambut mencecah bahu itu menutup mulut menahan terharu, sambil menerima sejambak demi sejambak bunga sehingga dia hampir tidak dapat melihat jalan. Bunga itu diletakkan ke atas meja kerjanya.

"Power la Alya. Inspektor Azman sendiri call boss cakap kau banyak jumpa lead dan klu yang bantu dorang." Usik jiran cubiclenya yang juga seorang wartawan. Namun lebih kepada cerita politik. Alya senyum sopan. Antara segan dan bangga.

"Takde apa la... I just buat kerja I je..." Rakannya ketawa kecil mendengar rendah hati Alya itu. "Alya... Journalist Malaysia ni mana ada sampai macam tu sekali involved. Datang pun menyorok belakang polis report. Ni tak. You You sekali pergi turun padang siasat bagai. Gila betul. Dah macam Lois Lane. Ingat Alya, you takde Superman nak tolong" bebel rakannya lagi.

"Ye I tahu... Thanks Nurin..." Alya senyum sebelum Huzir, salah seorang rakan sekerjanya juga menghampiri lalu mengulurkan sekotak Ferrero Rocher. "Nah, congratulations" Mata Alya membulat. "Wow... Thanks! Tapi you tahu kan I dah married. Love love bagai ni" usik Alya melihatkan bentuk kotak Feffero Rocher itu.

Huzir ketawa kecil. "Bertuahla Alya kalau you single. Yang tu je yang ada. Kotak petak dah habis. Oh by the way, big boss nak jumpa you" Kening Alya terangkat sedikit. "Oh? Okay. Thanks Huzir." Huzir mengangguk lalu berjalan pergi. Alya menolak dirinya bangun dari kerusi lalu melangkah ke bilik bossnya di hujung.
Pintu diketuk perlahan sebelum Alya membukanya.

"Oh Hey Alya! Congratulations! Come sit!" kata bossnya yang bersuara garau. Lelaki berumur itu rambutnya hampir penuh uban. Alya mengangguk sopan sebelum mengambil duduk.

"Ada assignment baru ke?" soal Alya agak teruja. Kening Encik Rasyid terangkat sedikit. "Kalau orang lain, lepas apa yang you buat, mesti mintak cuti. Tapi you mintak assignment? Jangan workaholic sangat Alya" pesannya sambil mengambil beberapa file di atas meja.

Alya ketawa kecil. "I love my job, nak buat macam mana". Encik Rasyid ketawa kecil. File file tadi dipusingkan supaya yang belakang menghadap ke atas, lalu disusun 3 dihadapan Alya.

"Antara 3 ni ada 2 assignment senang, dan 1 assignment berat. Awak boleh pilih nak yang mana, atau awak nak gamble macam biasa?" soal Encik Rasyid. Alya senyum sambil mengambil file di belah kanan.

"Kanan itu afdhal" kata Alya. File dipusing lalu tajuk dibaca. "Sindiket pelacuran di Kuala Lumpur?" "Wow, awak dapat kes berat. Haha. Kalau awak nak tukar, saya bagi peluang" kata Encik Rasyid. Alya ketawa kecil menggeleng.
"Nah, I'll take this assignment" kata Alya sambil membelek file itu sekali lalu.

"Good! Case ni tak banyak lead lagi. Kalau awak dapat crack memang power la" Alya senyum mendengar komen Encik Rasyid itu.

**************

Humaira kini duduk di sofa di dalam bilik pejabat Ustazah Fawa. Memakai tudung labuh bercorak hitam putih, bersama Tshirt labuh Muslimah bertemakan Palestin, dan seluar khakis longgar. Mata bulatnya melihat keliling. Bilik Ustazah Fawa agak besar, dengan frame gambar kejayaannya, dan gambar keluarga menghiasi belakang meja pejabat. Bibir bawah digigit, mengingat kembali dialog dengan Ustazah Fawa beberapa minggu lalu, yang membawa dirinya ke sini.

"Urm... Jadi macam mana Ustazah? Ustazah setuju dengan dana bantuan yang kami minta?" soal Humaira segan. Ustazah Fawa senyum sambil tangan memegang lengan Humaira lembut.

"Humaira... banyak awak mintak ni..." katanya sopan.

"S... Saya tahu... Tapi ni untuk Palestin, Ustazah..." kata Humaira. Ustazah Fawa senyum sambil melihat keliling. Mereka berada di belakang pentas. Kru kru semuanya sibuk dengan persiapan temu bual yang akan berlangsung lagi 5 minit.

"Saya tahu Humaira... Yang awak perlukan duit tu untuk bayar hutang sewa rumah, kereta, dan belanja awak yang dah bertunggak berbulan tu kan?" kata Ustazah Fawa tenang. Mata Humaira membulat mendengarnya. Wajahnya merah sedikit. "T... Tak... Takdelah..." Ustazah Fawa menggosok lengan Humaira.

"Shh... Saya tak salahkan awak... Saya faham... Kerja NGO ni banyak volunteer. Tak banyak income. Dan awak pun tak banyak dapat job hiburan kan... Hmm... Macam ni..." Ustazah Fawa merapatkan bibirnya yang hanya berlipgloss itu ke telinga Humaira. Mata Humaira membulat mendengarnya.

"Apa maksud ustazah??"

Ustazah Fawa senyum sopan. "Jom, camera dah nak rolling..." ujar Ustazah Fawa meninggalkan Humaira yang mata terkebil itu.

Dan selepas temu bual itu Ustazah Fawa menerangkan lebih lagi tentang 'business' di belakang Nea Jannah Sdn Bhd itu. Apa yang membuatkan Humaira mendengar semuanya ialah kerana 1, jumlah wang yang Ustazah Fawa janjikan sebagai 'gaji'. Dan juga Ustazah Fawa tahu tentang masa lepas Humaira sebelum Humaira menjadi popular.

Humaira tidaklah sesuci ini dahulu. Walaupun Ustazah Fawa tidak mengugut, namun itu seolah menjadi satu senjata untuk Ustazah Fawa. Dan Humaira separuh hati menurut. Setelah memikirkan tentang tawaran ini yang datangnya dari seolah pendakwah bebas tersohor di negara ini, Humaira bersetuju.

Pintu pejabat dibuka dan Ustazah Fawa masuk bersama seorang lelaki yang Humaira selalu lihat di kaca TV. Sedikit berumur. Berkulit sawo matang, dengan rambut hitam yang berhias uban di celah celahan rambut. Walau suit yang dipakai membuatkan lelaki itu nampak tegap, masih kelihatan perut yang sedikit terboroi.

"Humaira! Maaf lambat. Ni YB Mokhtar. Client awak harini. YB dah bersetuju untuk bayarkan semua hutang awak. Oh, dan dia client awak yang pertama hari ini." Kata Ustazah Fawa tenang. Mata Humaira membulat mendengarnya.

YB Mokhtar pula tersenyum nakal melihat Humaira yang kemas berbalut tudung labuh bercorak hitam putih bersama pakaian longgar itu.

**************

"Ala Alya. Kenapa aku kena ikut sekali ni? Ikut time shoot nanti tak boleh ke?" rengek Pejal, kameraman yang selalu menemani Alya ke mana mana kes. "Ikut je la... I dapat rasakan you akan diperlukan" kata Alya tenang sambil mendaki tangga ke aras Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap. Bilik ditemui, lembut namun cukup kuat Alya mengetuk pintu bernama Inspektor Azman itu.

"Masuk"

Alya dan Pejal keduanya masuk ke dalam bilik itu. Inspektor Azman tersenyum lebar melihat Alya. "Awak lagi? Haih. Saya mula rasa yang saya tak patut layan awak dulu" katanya bergurau. Alya ketawa kecil.

"I datang sebab case ni, Inspektor tahu pasal ni?" soal Alya sambil menghulurkan file assignment dari bossnya pagi tadi. Inspektor Azman mencapai file tersebut. Di baca sekali lalu lalu diangguk. "Tahu... Ni la organisasi pelacuran paling terancang pernah saya jumpa setakat ni" katanya sambil menghulurkan kembali file kepada Alya.

Kemudian Inspektor Azman membuka sesuatu di dalam PCnya, sebelum diprint dokumen. Dihulurkan juga kepada Alya. "Ini update. Kami ada cuba guna anggota sebagai umpan. Tapi sentiasa tak mengena."

"Ada spy kot dalam team tuan?" Pejal mencelah. Inspektor Azman mengangguk. "Tu yang saya takut jugak"
Alya kini mengambil duduk di kerusi hadapan meja Inspektor Azman itu. "Dorang guna laman web untuk promote pelacur..." Inspektor Azman mengangguk. "Betul. Tapi bukan tu je. Dorang ada "tier". Bila awak dah guna service dalam website tu, awak boleh upgrade ke tier yang lebih atas. Pelacur yang lagi ekslusif. Kami pernah je buat serbuan dan tangkapan, namun nampaknya gadis yang jadi pelacur tu tak pernah jumpa bapa ayam mereka. Semuanya melalui online. Dan mereka tak tau apa apa pasal tier seterusnya"

Siasatan AlyaWhere stories live. Discover now