Alya 5

31.5K 110 2
                                        

Kereta Alya perlahan tiba di kawasan parking Dewan Universiti itu. Sengaja Alya parking di kawasan berdekatan dengan pintu belakang dewan kerana dia tahu artis jemputan akan keluar dari situ. Betul, tak lama menunggu, Humaira Helmi menapak keluar dengan pelajar pengiring. Alya mahu turun dari kereta untuk menegur namun sebuah kereta Vellfire putih yang meluncur agak laju berhenti di hadapan Humaira. Dan Humaira memanjat tempat duduk belakang selepas bersalaman dan berpelukan mesra dengan pelajar pengiring tadi.

Alya mencapai ikat rambut di atas dashboard lalu diikat rambut ponytail sebelum membawa kereta mengikuti Vellfire itu.
Perjalanan tidak lama sebelum Vellfire masuk ke dalam perkarangan sebuah hotel mewah yang tak jauh dari situ. Seorang wanita bertudung labuh keluar dari lobi dan masuk ke dalam kereta putih itu. Dan Alya terus juga mengikut ke sebuah perumahan di mana wanita bertudung labuh tadi diturunkan.

Alya mengikut lagi kereta itu sehingga akhirnya Vellfire itu berhenti di sebuah hotel yang juga mewah. Kali ini Humaira Helmi pula keluar dari Vellfire itu. Alya yang pada asalnya hendak mengikut Humaira kini bertukar sasaran. Padel minyak ditekan mengikut Vellfire putih itu.

Pada mulanya Alya ingatkan Vellfire itu akan ke mana mana, rupanya ia hanya mencari parking di kawasan yang sedikit tersorok. Alya parking jauh sedikit sebelum lampu dimatikan. Nafas dalam ditarik. Phone dibawa keluar dan nama Inspektor Azman dicari.

Nak call ke?

Fikir Alya di dalam hati. Sebelum phone disimpan semula ke dalam poket. Pintu kereta dibuka dan langkah perlahan dibawa ke kereta Vellfire putih tadi. Kelihatan drivernya, seorang lelaki India yang bertubuh agak sasa sedang bersandar di pintu pemandu sambil membawa keluar sebatang rokok.

Alya yang berambut ponytail, berkemeja putih ringkas dan seluar slack hitam mengikut tubuh itu menghampiri lelaki India tadi. Rokok dinyalakan dan diletakkan ke bibir sambil melihat Alya menghampirinya. Kening terangkat sedikit.

"Hi..." tegur Alya sambil senyum. Tidak mahu mewujudkan ketegangan yang tidak perlu. Lelaki India tadi mengangkat kening sebagai balas. Menunggu apa yang wanita ni mahu sebenarnya.

"Erm... Macam ni... I ni fan Humaira Helmi... Dan I nampak you drop off kan Humaira dekat sini... You ni private driver dia ke?" soal Alya memancing. Lelaki India itu melepaskan hela berasap itu sambil mengangguk. "Hmm... Lebih kurang. Kenapa?"

"Oh tak... Hmm... I ingatkan..." "Kejap... Kau ni Alya TV tu kan?" soal lelaki India itu. Kening Alya pula terangkat. Sedikit takut. "Urm... H... Haah..." Lelaki India itu tersenyum lebar. "Ranjeet... Aku suka tengok kau dekat rancangan kau tu... 777 kan?"

Alya mengangguk mengiakan. Rasanya ini akan jadi lebih senang. "He... Kalau you dah tahu, senang sikit lah. I jujur je la ya? I sebenarnya tengah siasat kes sindiket pelacuran. And somehow I nampak kereta you ni dekat salah satu lokasi. So I harap you boleh bantu... Sebab one of my coworker hilang dalam kes ni"

Ranjeet melepaskan sekali lagi asap nafas tenang. "Maaf Cik Alya. Aku tak boleh cakap apa apa" kata Ranjeet tegas. "Hmm... Atau you prefer kawan polis I yang tanya?" soal Alya cuba mengugut.

Ranjeet ketawa kecil menggeleng. "Kau tak ada bukti Alya... Lagipun kerja aku pemandu. Aku buat Grab. Setakat kau nampak dekat salah satu tempat tu takde makna Alya." Alya mengigit bibir bawah faham. Kemudian purse yang diselit ke poket belakang ditarik.

"Kalau I bayar you? RM200? Boleh? Ni je cash yang I ada sekarang" kata Alya. Melihatkan Alya agak terdesak, Ranjeet mendapat satu idea. Duit yang dipegang Alya diambil lalu disimpan ke dalam poket.

"Okay. Tapi ni tak cukup. Aku nak kau buat something untuk aku. Lepastu mungkin aku akan bagitahu" kata Ranjeet sambil senyum nakal. "Hmm? You nak I buat apa?"

Siasatan AlyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang