Alya 16

26K 128 8
                                        

Mata Humaira yang sememangnya sudah bulat itu jelas semakin membulat mendengar tuduhan yang dibacakan Inspektor Azman. Humaira yang duduk bersandar di sofa pejabat itu terdiam kaku. Wajahnya jelas merah dengan peha mula mengepit.

"Cik Humaira okay?" soal Inspektor Azman memastikan gadis itu okay. Humaira mengangguk perlahan sebelum air matanya mula mengalir. Alya yang tadi diam mula mengambil duduk di sebelah Humaira dan mula memeluk gadis bertudung labuh itu.

"Cik Humaira jangan risau. Kalau Cik Humaira memberi kerja sama, saya yakin Inspektor Azman akan pastikan awak dikenakan hukuman yang paling ringan" kata Alya. Humaira menggeleng.

"Tak ada orang boleh tahu. Kalau orang tahu, habislah organisasi NGO saya ni. Tak ada orang akan bantu dah. Terputus bantuan ke sana nanti" kata Humaira. Walau Alya dan Inspektor Azman yakin ia lebih kepada Humaira tidak ingin menanggung malu.

"Hmm... Baiklah... Kalau macam tu, saya janji saya akan rahsiakan identiti cik. Lagipun, yang tahu tentang cik cumalah saya dan Puan Alya ni" kata Inspektor Azman menenangkan.

Humaira mengelap air mata sedikit. "Tapi... Hmm... S.... Saya tak tahu macam mana nak bantu..." "Kami cuma perlukan maklumat tentang sindiket pelacuran yang Humaira sertai ni je. Siapa kepala, bagaimana ia beroperasi. Boleh?" soal Alya pula.

Humaira teragak agak. Namun mengangguk diakhirnya. "Cuma janji yang identiti saya akan dirahsiakan." Inspektor Azman dan Alya mengangguk serentak.

***************

"Ustazah Fawa? Biar betul Azman" kata Alya di dalam kereta. Inspektor Azman menggeleng juga tidak percaya. Humaira memberitahu semua tentang sindiket pelacuran tudung labuh dan juga tier tier lain seperti mana yang Pejal 'langgani' dahulu.

"Ustazah Fawa tu high profile sangat Alya. Kita tak boleh nak terjah je macam tu. Lagipun setakat ni kita tak ada bukti" jelas Inspektor Azman. Alya mengangguk bersetuju.

"I baru je jumpa dia semalam. Dengan intern I. Perspektif dia tentang open marriage, seks pun nampak macam lebih open dari yang sepatutnya." Terang Alya. Inspektor Azman melihat Alya tidak percaya.

"Oh, lepastu, I yakin yang I terserempak dengan Duta Besar Indonesia." Menambahkan curiga Inspektor Azman. "Baru baru ni, Nea Jannah memang baru kembangkan perniagaan ke Indonesia."

"Nea Jannah butik pakaian?" Inspektor Azman mengangguk. "Tak mustahil Nea Jannah pelacuran juga" tambah Inspektor Azman.

Alya tersandar di tempat duduk itu. Membuatkan buah dadanya ternampak lebih membukit. Diintai Inspektor Azman. Alya memandang ke luar tingkap dan apabila dipandang ke arah Inspektor Azman kembali, sempat perasan sebelum Inspektor Azman mengalihkan pandangan.

"Hmm... So... Esok kita jumpa dia?" cadang Inspektor Azman.

"Esok...? Hmm... Kejap" Alya menarik keluar phone dari poket lalu dicari nama Ustazah Fawa. Senyum diukir apabila terjumpa nama yang dicari.

"Kita ke UKM sekarang. Dia tengah ada ceramah dekat sana. Sempat 'tangkap' dia ni lepas dia habis" cadang Alya pula. Inspektor Azman senyum bersetuju lalu menolak handbrake ke bawah, membawa kereta meluncur di jalan itu.

***************

TOK TOK TOK

Syed melangkah keluar dari bilik tidur hanya bertuala. Baru lepas mandi. "Alya lupa bawa kunci ke?" soalnya sendiri sambil membuka pintu. Namun matanya membulat melihat Asma, gadis bertudung labuh itu berdiri di hadapan pintunya.

"A... Asma?"

Asma senyum sopan sebelum melangkah masuk ke dalam tanpa dijemput. "Maaf datang tiba tiba" katanya lembut. Syed sempat mengintai keluar pintu sebelum menutupnya. "Tapi... Alya dah nak balik ni"

Siasatan AlyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang