Alya 7

31.1K 118 4
                                        

Kereta Honda Civic hitam itu diparking betul betul hadapan laluan masuk blok apartment di mana Alya nampak Ranjeet menurunkan wanita bertudung labuh itu tempoh hari. Sengaja radio tidak dipasang untuk memberi fokus. Alya menarik nafas dalam. Mengintai ngintai melihat penduduk yang mula keluar masuk. Ada yang pergi kerja, ada yang menguruskan hal pagi mereka.

"Awak ingat ke rupa dia macam mana?" soal Inspektor Azman. Alya mengangguk. "I yakin Azman. I nampak. I ni jenis senang ingat muka orang" kata Alya yakin. Inspektor Azman mengangguk faham. Kes dadah dahulu pun Alya ada membantu sebegini juga. Dia ingat wajah salah seorang 'dealer' yang dilihat sekali di dalam file briefing.

Alya kemudian perasan sesuatu akan Inspektor Azman. "You pakai uniform ke dekat bawah jaket tu?" Kening Inspektor Azman terangkat. Memakai jaket hitam berbelang merah di atas. Namun Alya cukup kenal dengan seluar fabrik uniform polis itu. Inspektor Azman mengangguk. "Haah. Lepas lunch ni ada event rasmi. Saya takt ahu berapa lama kita akan ambil untuk dapatkan maklumat ni so saya bersiap terusla. Lagipun kita tak ada warran. At least uniform ni boleh la membantu psycho sikit"

Alya mengangguk setuju. Mereka terus memerhati sebelum mata Alya menangkap seorang wanita bertudung labuh pink berjubah putih keluar dari laluan itu bersama seorang lelaki. Mereka berpegangan tangan. Dari dalam kereta Alya dan Inspektor Azman pastinya tidak dapat mendengar apa yang dikatakan. Namun setelah melihat wanita bertudung labuh itu bersalaman dan mengucup tangan lelaki itu, mereka yakin yang mereka merupakan pasangan suami isteri.

Inspektor Azman dan Alya saling bertukar pandang dan mengangguk sebelum masing masing keluar kereta. Lelaki tadi telah hilang di laluan parking kereta. Namun lelaki itu bukan 'suspek' mereka. Jadi Alya dan Inspektor Azman berjalan laju mengejar wanita bertudung labuh itu sehingga ke lif.

"Maafkan saya, puan ada masa sedikit? Kami ada beberapa soalan. Urusan polis" kata Inspektor Azman dengan nada mesra tetapi tegas. Wanita bertudung labuh itu kelihatan sedikit terkejut dan... Takut? Mata melihat keliling memastikan tiada orang sebelum menjawab. "Maafkan saya, apa bukti awak polis ya?" soal wanita itu kepada Alya dan Inspektor Azman.
"Ini Alya, wartawan. Saya Azman. Inspektor Azman." Kata Inspektor Azman sambil menarik zip jaket ke bawah, cukup untuk menunjukkan uniform sebelum menarik semula ke atas. Wanita bertudung labuh itu menarik nafas dalam. "Saya Amira. Kita bincang dekat rumah saya boleh?" Serentak dengan itu pintu lif terbuka, dan mereka bertiga masuk ke dalam ruang lif itu.

****************"

Awak... Ustazah?" soal Alya sopan sambil melihat lihat sijil yang diframe tergantung di dinding di sebelak rak buku yang penuh dengan buku agama dan novel Melayu itu. Ustazah Amira mengangguk sambil melangkah keluar dari dapur, membawa dua cawan kopi panas lalu diletakkan ke atas meja kecil.

"Terima kasih. Tak perlu buat air pun sebenarnya. Kami datang nak tanya sesuatu" kata Inspektor Azman. "Adab, Inspektor. Inspektor dengan Puan Alya tetamu saya." Kata Ustazah Amira sebelum mengambil duduk di sofa bertentangan dengan Inspektor Azman itu. "Inspektor dengan Puan Alya nak tanya apa?"

Alya yang tadinya kagum melihat sijil pelajaran tinggi dan gambar Ustazah Amira di sekolah rendah agama itu mengambil langkah duduk di sebelah Inspektor Azman. Cawan kopi dicapai lalu dihirup sedikit sebelum diletakkan kembali ke atas piring.

"Sebenarnya macam ni... Kami sedang menyiasat sebuah organisasi pelacuran yang terbesar di negara ini. Dan menurut Puan Alya, Puan Amira ada menaiki sebuah kereta Vellfire putih yang dipandu seorang lelaki India bernama Ranjeet? Kami yakin pemandu itu mempunyai hubungan dengan kes yang kami siasat ni. Dan kami perlukan kerja sama Puan Amira untuk beritahu kami apa yang Puan Amira tahu." Kata Inspektor Azman panjang lebar. Penuh formal.

Ustazah Amira menarik nafas dalam. Wajahnya merah. Tubuh dibawa sandar ke sofa. "Hmm... Maaf Inspektor. Tapi saya tak rasa saya boleh bantu" kata Ustazah Amira lembut tetapi tegas.

Siasatan AlyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang