2. Lembaga Besar Berwarna Hitam

872 13 0
                                    

SEBENARNYA, Meran memang gemar mendengar kisah-kisah yang menyeramkan terutama tentang
hal-hal yang bersangkutan dengan alam ghaib mengenai hantu, puaka dan syaitan tetapi untuk mempercayainya, amat berat hati Meran menerimanya apatah lagi untuk merasa takut.

Apa yang ditakuti oleh Meran hanyalah ditangkap semula oleh pihak polis. Dia juga takut kalau-kalau dia akan kehabisan wang. Dan bila wang yang diberikan oleh datuknya habis nanti, pasti dia akan keluar untuk mencuri atau merompak. Ketika itu, pasti pihak polis akan dapat menangkapnya lalu menyumbatkannya ke dalam penjara.

Untunglah selama ini Meran masih belum pernah hidup kebuluran. Sewaktu di Kuala Lumpur, Meran mempunyai dua orang gadis yang manis sanggup membantu apa saja asalkan mereka dapat menguasai hati anak muda itu. Walaupun Nancy dan Jun hanyalah merupakan pelacur yang memperdagangkan tubuh
mereka untuk mendapatkan wang tetapi Meran mampu hidup mewah hasil titik peluh Nancy dan Jun.

Bagi Nancy dan Jun, kehilangan Meran adalah merupakan satu kerugian besar. Meran mereka anggap sebagai tempat untuk berlindung dan menagih kasih.
Bagi mereka, hanya Meran sahaja yang mampu memberikan kepuasan batin terhadap mereka walaupun pada setiap hari dia melayani puluhan pelanggan.

Sebagai pelacur kelas atasan yang mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik, adalah terlalu mudah bagi mereka untuk menarik minat para lelaki yang ingin mendapatkan perkhidmatan ranjang dari mereka.

Meran, selain dari mempunyai wajah yang tampan dan berbadan tegap adalah merupakan seorang lelaki yang menjadi buruan setiap wanita sekiranya mereka mengetahui bahawa Meran adalah merupakan seorang jaguh. Dan untuk tetap mendapat perkhidmatan daripada
Meran, Jun dan Nancy tidak ragu-ragu untuk menghulurkan apa juga bantuan yang diperlukan oleh Meran.

Walau bagaimanapun, apabila kedua mereka mendengar khabar bahawa Meran telah membunuh seorang anggota polis, mereka sudah mula merenggangkan diri daripada Meran. Mereka bimbang kalau dituduh bersubahat. Nancy dan Jun tahu sekiranya mereka terus mendampingi Meran, pasti dunia mereka juga akan turut gelap sebagaimana gelapnya dunia kehidupan Meran.

Oleh kerana terus diburu oleh pihak polis, Meran memikirkan bahawa hanya datuknya sahaja yang sanggup memberikan perlindungan kepadanya. Dalam menghadapi masalah besar begini, pasti Jun dan Nancy sudah tidak boleh membantunya lagi.

Walaupun dia tahu datuknya pasti akan membantunya dia tahu datuknya akan diheret ke mahkamah kerana bersubahat dengan seorang pembunuh yang sedang diburu oleh pihak polis. Dia tidak mahu datuknya yang sudah berusia lanjut itu terlibat dalam kes besar yang dilakukan olehnya sedangkan orang tua itu tidak mengetahui apa-apa.

Ternyata datuknya turut menyuruhnya pergi. Dia tahu datuknya bukanlah takut dirinya turut menerima kecelakaan tetapi cinta datuknya terhadap dirinya adalah sama besar dari cinta Jun dan Nancy malah mungkin cinta datuknya terhadap dirinya jauh lebih agung dari cinta yang diperolehinya dari Jun dan Nancy.

Datuk menyuruhnya pergi meninggalkan Kampung Mempatih adalah demi keselamatan diri Meran sendiri. Datuk mahu Meran bersembunyi dengan aman di tempat ibunya.

"Ibu masih hidup?" Tiba-tiba terpancut pertanyaan itu dari mulut Meran.

Sungguh menakjubkan. Itu adalah satu-satu keajaiban yang selalu dinikmati oleh Meran ketika dia sedang tidur tetapi tidak pernah dia mengharapkan untuk dapat menemui kembali ibunya tatkala dia sedang terjaga.

Ketika melangkah di hutan besar di lembah puaka itu, Meran terkenang zaman kecilnya. Ketika itu, kalau dia terjatuh, ibunya akan menjerit ketakutan ataupun menangis apabila dia gagal mengawal kenakalan anaknya.

Pernah satu ketika dia menggomol dada ibunya. Perempuan cantik itu bukannya marah malah dia hanya ketawa melayani anak manjanya. Apa yang dia ingat. ibunya terus membuka bajunya lalu meletakkannya di muka Meran.

Lembah PuakaWhere stories live. Discover now