Meran tahu betul bahawa gadis yang ditemuinya di dalam sungai di tengah hutan belantara itu telah dua kali sampai ke kemuncak sebelum dia sendiri dengan nafas tertahan-tahan turut sampai ke kemuncak pendakian mereka.
"Dua kali," bisik hati Meran sambil bangun meninggalkan gadis tersebut yang masih terbaring lemah di atas batu besar di tengah sungai. Kelopak mata gadis yang baru dikenali oleh Meran itu tertutup rapat bagaikan ingin terus tidur sehingga mimpi
indah itu tidak berlalu begitu saja.Selagi memerhatikan wajah gadis cantik yang masih dibasahi keringat itu, Meran mendapati bahawa gadis itu tidak menyesali apa yang dilakukan oleh Meran terhadapnya sebentar tadi. Mungkin pada awalnya dia marah tetapi perasaan marahnya itu telah pun berlalu begitu saja.
Meran turun ke dalam air sungai yang sejuk dan mandi sepuas-puasnya. Kemudian, tanpa bersuara, gadis itu turut turun ke dalam air untuk mandi bersama Meran. Sebentar kemudian dia naik ke darat lantas terus mengenakan pakaiannya sedangkan mulutnya masih terkunci rapat. Kini dia hanya menanti Meran selesai mandi di air jernih dan sejuk itu. Melihat keadaan gadis itu, bergetar juga perasaan Meran. Dia menjadi gelisah tanpa sebarang sebab.
Setelah selesai mandi dan naik ke darat mendapatkan gadis yang sedang menantinya di tebing barulah dia mendengar gadis itu bersuara. Suaranya begitu lembut sekali.
"Aku merasakan seluruh tubuhku menjadi lemah dan lemas," ujar gadis itu sambil tersenyum ke arah Meran.
Meran hampir tertawa besar apabila mendengar pengakuan secara berterus terang dari gadis yang baru dikenalinya itu. Dan belum sempat Meran menyatakan sesuatu, gadis itu kembali bersuara:
"Kau bersetuju untuk menghantarku pulang bukan?"
"Jauhkah rumahmu?” Tanya Meran ingin tahu.
"Tak begitu jauh!”
Meran membungkus kembali bungkusan pakaian dan bekalan makanan yang diberikan oleh datuknya. Kemudian dengan suara yang agak perlahan dia
berkata: "Apa kata ayahmu nanti?"
"Ayah? Dia tak ambil kisah."
"Tetapi..."
“Dia memang sudah amat biasa degan orang asing yang datang ke hutan besar ini. Apakah kau takut menemuinya?"
"Tidakkk..." agak terketar-ketar suara Meran.
"Kalau begitu, marilah kita pergi!" Ajak gadis itu.Gadis itu berjalan di hadapan menuju ke arah denai yang tadinya dilalui oleh Meran. Kemudian gadis itu membelok ke kanan apabila dia tiba di sebatang pokok besar di tengah-tengah denai lalu meninggalkan terus denai yang mereka lalui tadi.
Meran yang hanya mengekori dari belakang hanya mengawasi jalan yang dilaluinya bersama gadis itu. Jalan yang sedang dilaluinya itu memang jarang dilalui oleh orang lain. Jalan itu berbatu-batu dan tidak rata. Ada ketikanya dia dan gadis itu terpaksa menuruni tebing yang curam dan merbahaya.
Namun begitu, walaupun tidak mengenakan kasut ataupun selipar, gadis itu tetap mampu berjalan dengan selesa dan pantas. Beberapa kali dia terpaksa berhenti kerana menunggu Meran yang ketinggalan jauh ke belakang.
"Agaknya kau bukanlah penduduk yang berhampiran dengan kawasan di lembah pergunungan ini," ujar gadis itu apabila dia melihat Meran agak kekok melangkah di jalan yang sedang mereka lalui itu.
"Sebenarnya, aku datang dari Kuala Lumpur," jelas Meran yang kelihatan sudah mulai letih.
"Pantaslah sikit!" Sergah gadis di depannya.Meran terdiam. Dia merasakan dirinya terlalu letih dan tidak bernafsu untuk melayani pertanyaan dan percakapan gadis itu. Dalam hatinya, dia menanggung perasaan malu kerana gagal menyaingi kelincahan gadis itu ketika meredah jalan yang sedemikian.
Meran teringat kembali apa yang telah dilakukan olehnya terhadap gadis itu ketika berada di atas batu besar di tengah sungai. Waktu itu dia memang seorang lelaki yang handal. Lelaki hebat. Dia mampu melumpuhkan gadis itu. Tetapi kekuatannya hanya di batas itu. Kini barulah dia menyedari bahawa dia juga punya kelemahan sebagai seorang manusia biasa manakala gadis itu pula memperlihatkan ketangkasannya yang amat luar biasa di sebalik tubuhnya yang kelihatan lemah dan tidak berdaya.
YOU ARE READING
Lembah Puaka
ParanormalUntuk makluman: cerita ini bukan hasil karya author, author ambil dari novel author asal Tok Unggal. author beri kredit sepenuh nya kepada tuan empunya yang asal. ini kerana author tertarik dengan garapan dan olahan ceritanya, author mengambil keput...