Chapter 1

1.4K 119 9
                                    

Pada 900 tahun dahulu, ada sepasang suami isteri tinggal di kawasan pedalaman yang terletak jauh dari pekan. Si suami yang tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala si isteri pula sedang sarat mengandung. Namun, si isteri merasakan sesuatu yang pelik sepanjang dia mengandung. Ada sesuatu yang buatkan dirinya tidak terkawal.

Salah satunya, si isteri cepat haus. Setiap masa dia mengadu haus sehinggakan rumah itu kekurangan air akibat si isteri yang tidak henti-henti minum air. Disebabkan itu, si suami terpaksa berjalan kaki menuju ke pekan yang jauh dari tempat tinggal mereka berdua semata-mata mahu membeli air buat si isteri. 

Si suami pulang dari kerja dengan baju yang kotor, rambut kusut-masai. Sungguh tidak terurus. Si isteri yang menunggu suaminya di tangga itu melangkah menuruni anak tangga dan mendapatkan suaminya. Lengan si suami dipegang. Muka yang pucat, dan berpeluh itu memandang si suami.

"Ha...haus..." ujar si isteri dengan suaranya yang serak. Si suami meletakkan barangan di tangga kemudian mendekati si isteri semula.

"Tunggu di sini." 

Si isteri mengangguk lalu duduk di atas tangga semula. Manakala si suami pula berjalan kaki menuju ke pekan untuk beli air. Rasa haus itu langsung tidak boleh dihilangkan. Sudah pelbagai cara si suami dan isterinya cuba, tetapi semuanya gagal. Si isteri sentiasa haus dan meminta air. Sejak kandungan berusia 5 bulan lagi, mereka mengalami masalah ini.

Dan sejak itulah, si isteri merasakan sesuatu yang sangat luar biasa. Dia merasakan kelainan pada kandungannya. Perut yang besar dan sangat susah untuk berjalan itu buatkan si isteri sentiasa keletihan dan hanya baring sepanjang hari. Terpaksa lah si suami mengemas rumah dan menyelesaikan segala hal rumah tanpa bantuan si isteri.

Wanita ini hanya termenung kosong sambil menanti kepulangan si suami bersama air. Si isteri nampak begitu lelah. Matanya merenung ke arah seekor rusa yang muncul di hadapan rumah. Renungan kosong berubah menjadi tajam. Si isteri merasakan sesuatu yang pelik ketika ini. Dia rasa begitu semangat. Kehausannya semakin terasa. Dalam tidak sedar, kuku menjadi panjang dan mencengkam papan tangga. Dari kulit putih menjadi hitam. 

Tajam mata menerkam rusa yang besar itu. Terasa suatu tarikan pada rusa. Tidak dapat ditahan lagi, si isteri mendekati rusa itu. Bukan menggunakan kedua kakinya sahaja malah menggunakan kedua tangan. Si isteri kelihatan bukan seorang manusia lagi. Dia bagaikan seekor haiwan yang mahu menerkam mangsa dan minum darah-darah dari terkaman tersebut.

Pergelutan di antara si isteri dan rusa tidak lama. Gigi si isteri yang turut berubah tajam dan panjang itu membunuh rusa. Si isteri minum darah rusa yang sudah mati itu dengan rakus. Dia merasakan satu kepuasan yang tidak pernah dia rasa sepanjang mengandung. Kehausan yang selama ini menganggu kehidupannya, kini hilang apabila dia minum darah rusa ini.

Seorang perempuan yang menjerit ketakutan tidak dihiraukan si isteri. Dia terus minum darah rusa sehingga tangan dan wajahnya dipenuhi darah. Sungguh menggelikan. Perempuan yang menjerit tadi memanggil seluruh keluarganya. Bunyi jeritan yang lebih kuat menyentakkan penduduk kampung. Masing-masing keluar dari rumah mereka dan mencari bunyi jeritan. 

Semua penduduk kampung berkumpul. Ada yang menjerit dan menangis kerana ketakutan, ada yang melarikan diri kerana mual dan geli melihat si isteri. Dan ada juga yang terkedu di situ kerana terkejut melihat apa yang berlaku di hadapan mata. Namun, semua itu tidak langsung menganggu si isteri. Habis darah yang diminum, si isteri menjilat tangannya yang dipenuhi dengan darah.

Ke kiri ke kanan ketua kampung menoleh mencari seseorang. Sekali lagi dia menoleh ke kiri, orang yang dicari telah dijumpai. Kakinya melangkah laju mendekati si suami yang berjalan perlahan-lahan itu. Ketua kampung menarik langan si suami namun si suami tidak mahu bergerak. Melihat reaksi ketua kampung buatkan si suami tertanya-tanya apa yang terjadi sehingga ketua kampung menariknya.

SOULWhere stories live. Discover now